Dua lelaki ini dulunya dianggap sebagai hero dan puji atas kejayaan mereka mengawal dan mengekang penularan c0v-19 di Malaysia. Mereka ini tidak lekang dipuji setiap kali buat live di media sosial. Hampir 95% wargamaya sentiasa memberikan kata-kata yang baik kepada mereka berdua.
Namun kini berbeza pula dramanya apabila kedua-dua lelaki ini sering kali dih1na dan dik3jì oleh segelintir wargamaya yang tidak berpuas hati selepas peningkatan semula kes c0v-19 di Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:Bakal diterima oleh 10.6 pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM7 billion. PM dedahkan tarikh bayaran Bantuan Prihatin 2.0 akan dikreditkan dan disertakan cara permohonan
Ada juga diantara mereka meminta agar dua orang ini meletakkan jawatan mereka kerana berasa mereka berdua sudah “gagaI” dalam memimpin negara bebas c0v-19.
Namun seperti yang kami katakan bahawa hanya segelintir sahaja yang mengec4m Hero Negara ini. Ini disebabkan peningkatan kes yang bermula di Pilihanraya Negeri Sabah baru-baru ini yang telah membawa penvlaran mendadak di setengah negeri.
Walaupun begitu masih ramai lagi yang bersama Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi anda yang ingin lihat sikap sebahagian rakyat Malaysia yang mengeluarkan kata-kata tidak baik kepada dua hero negara ini bolehlah lihat di Live sidang media laporan harian c0v-19 di Malaysia.
Pasti anda akan dapat lihat segelintir mereka meminta Dr Noor Hisham meletakkan jawatannya.
Dr Noor Hisham antara doktor terbaik di dunia tangani C0V-19
Namun tahukah anda Dr Noor Hisham diiktiraf di Dunia.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis C0V-19.
Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coron4virvs, selain pakar penyaak1it berjngk1it Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.
Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pendemik ini.
Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam meemerngi waabk C0V-19, malah ada yang menggelar mereka ‘pujaan hati, rock star dan hero negara’ di media.
“Di tengah pandemik global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadang kala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan,” lapor CGTN.
Dr Noor Hisham, 57, memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, dan dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat Malaysia kerana memberikan maklumat terkini mengenai C0V-19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.
Beliau sentiasa mengemas kini maklumat kepada umum menerusi media sosial sehingga lewat malam, jauh melepasi waktu kerja rasmi.
CGTN berkata penampilan berprofil rendah dan bersahaja menjadi daya tarikan Dr Noor Hisham manakala Bloomfield disifatkan sebagai kakitangan awam paling secocok bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Dr Noor Hisham, yang berkelulusan ijazah Sarjana dalam Surgeri dan Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyertai sektor awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988.
Beliau kemudian memilih bidang kepakaran dalam surgeri endokrin dan menjalani latihan di pelbagai universiti termasuk di Adelaide dan Sydney, Australia selain menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa dan tempatan serta menulis kandungan buku teks berhubung surgeri endokrin.
Dr Fauci, 79, pula dilaporkan bekerja hampir 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu sehingga orang ramai mula bimbang bila beliau tidak kelihatan ketika sidang media harian di Rumah Putih.
Bloomfield juga menerima pujian kerana ketelitian dan maklum balas yang jelas ketika bercakap kepada media, dengan ramai penduduk New Zealand mencalonkan beliau bagi anugerah ‘Tokoh Negara’.
Malah, peminat Dr Fauci dan Bloomfield turut memulakan laman sosial khusus di media sosial.
Dr Fauci diberi gelaran ‘coronavirus crush’ dan ‘national treasure’ oleh The Atlantic and The New York Times, dengan hampir 15,000 orang menandatangani petisyen a Change.org untuk dicalonkan sebagai People Magazine’s Sexiest Man Alive 2020.
Sementara itu, walaupun peminat Dr Noor Hisham tidak sampai ke tahap itu lagi, mereka mengambil inisiatif mengucapkan terima kasih dan memuji beliau dengan berkata Malaysia amat bernasib baik mendapat beliau. – AGENSI
Sumber : kinimysumber via Trending Kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Post a Comment