Dikatakan sudah temui lokasi terbaharu MH370. Pakar ini bongkarkan sesuatu tentang kehilangan pesawat tersebut dan berikut pihak yang terlibat

Dikatakan sudah temui lokasi terbaharu MH370. Pakar ini bongkarkan sesuatu tentang kehilangan pesawat tersebut dan berikut pihak yang terlibat

Baru baru ini, pakar penerbangan mendkwa mereka akhirnya telah mengenal pasti lokasi pesawat MH370 yang bakal memberi harapan baharu kira-kira enam tahun selepas ia hilang bersama 239 penumpang pada Mac 2014. DailyMail melaporkan jurutera, Victor Ianello bersama pasukannya yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lalu percaya pesawat Boeing 777 terjunm ke dalam Lautan Hindi berhampiran koordinat S34.2342 dan E93.7875 yang terletak kira-kira 2,070 kilometer di luar pantai Perth di Australia Barat.

Dikatakan sudah temui lokasi terbaharu MH370. Pakar ini bongkarkan sesuatu tentang kehilangan pesawat tersebut dan berikut pihak yang terlibat



Menurutnya, terdapat kemungkinan besar bngkai pesawat terbabit berada dalam lingkungan 185.2 kilometer daripada koordinat tersebut. Melalaui Indonesia. Ianello yang turut membantu pegawai Australia melakukan operasi carian MH370 juga percaya pesawat terbabit terbang sejauh 4,340 kilometer melepasi Indonesia sebelum kejadian itu berlaku.

ARTIKEL MENARIK:Dukacita dimaklumkan Pengiran Muda Abdul Azim anak kepada Sultan Brunei pergi menghadap illahi. Mengejutkan rupa rupanya ini punca pemergiannya


Sementara itu, seorang lagi pakar penerbangan, Byron Bailey mendkwa operasi carian dilakukan di lokasi yang salah dan mereka sepatutnya memfokuskan kawasan selatan Lautan Hindi.Jelasnya, kawasan carian dilakukan pada lingkungan 30 kilometer dari lokasi sebenar bngkai pesawat tersebut dipercayai berada.

Di rmpas Makhluk Asing.“Jika jangkaan saya salah, pesawat itu mungkin dirmpas oleh makhluk asing atau ditempatkan di hangar di suatu tempat di Kazakhstan. Saya sanggup pertaruhkan segalanya sebagai jaminan untuk maklumat itu kerana saya tahu di mana ia berada,” katanya.

Usaha carian besar-besaran selama empat tahun disertai pasukan antarabangsa meliputi kawasan seluas lebih 120,000 meter persegi dan menelan kos AS$200 juta (RM831 juta) masih gagal untuk menemui bngkai pesawat tersebut atau merungkai misteri di sebalik kehilangannya.Sebelum ini, terdapat pelbagai cerita dan teori knspirasi tidak masuk akal tentang kejadin itu termasuk MH370 didkwa diramps Rusia dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan dan digunakan penggnas untuk srngn bnh d1ri menyasarkan kapal milik China. -Agensi

Rata-rata warganet sudah ptus harapan untuk misi pencarian kerana terlalu banyak cerita yang timbul sepanjang enam tahun pesawat tersebut hilang. Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga mempunyai andaiannya sendiri apa yang mungkin telah berlaku kepada pesawat MH370.

Dalam blognya kira-kira dua bulan selepas pesawat itu hi-lang, beliau menulis “orang tertentu” telah mermpas pesawat itu daripada juruterbangnya menggunakan kawalan jarak jauh.Hujah beliau berdasarkan kepada paten yang diterima oleh Boeing pada tahun 2006 untuk “sistem pendaratan automatik ant1 penggnas” yang apabila diaktifkan, mengambil alih semua kawalan daripada juruterbang untuk membawa pesawat komersial ke lokasi pendaratan yang ditentukan. Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyebut siapa “orang tertentu” itu di sebalik komplt berkenaan. Nampaknya masih belum ada jawapan kepada kehilangan pesawat MH370.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

MH370 kekal mistri selepas hilang 6 tahun lalu

HARI ini, 8 Mac, genap enam tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Walaupun lama telah berlalu, dunia masih buntu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod sedih itu.

Malah penemuan beberapa serpihn daripada sayap dan fiuselaj pesawat di Lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana pesawat berkenaan boleh menyimpang jauh dari laluan asalnya.         

Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang yang berada di dalam pesawat itu, enam tahun merupakan tempoh penantian yang melukakan bagi mendapatkan jawapan dan setiap kali ulang tahun kehilangan pesawat itu, keluarga dan sahabat akan mengenang nasib mereka yang hilang itu.    

Pencarian secara meluas oleh pelbagai negara dijalankan sejurus selepas pesawat hilang dan pencarian khusus kemudiannya menggunakan peralatan laut dalam yang canggih selama berbulan-bulan juga gagal untuk menemui bukti yang mencukupi untuk merungkai teka-teki. Bagaimanapun, terdapat ura-ura pada awal tahun ini, usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula beberapa bulan lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terkini itu, pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk baharu yang boleh dipercayai, yang kini belum wujud.”Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) dan terlibat dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas hati kepada waris,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Setiap tahun, ada sahaja teori baharu muncul mengenai MH370 dan akan dipathkan oleh pihak berkuasa, sama ada daripada Malaysia, China atau Australia, pihak yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan kembali pencarian memandangkan tiada petunjuk baharu. Kementerian juga perlu berunding dengan China dan Australia sekiranya keputusan dibuat untuk melancarkan semula pencarian.

Penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, Kementerian Pengangkutan tepat dalam keputusan tidak menjalankan pencarian tanpa bukti baharu.Abdul Rahmat Omar, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia, mencadangkan dalam keadaan semasa, mungkin Kementerian Luar boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya di Madagascar, La Reunion dan negara-negara barat daya Afrika.

“Kerajaan negara-negara yang terlibat boleh diminta untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin dikaitkan dengan pesawat itu.”Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi terakhir pesawat,” katanya.

Sementara itu, Geostrategis Azmi Hassan berkata sebarang usaha pencarian akan melibatkan kos tinggi dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.“Bukti baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini sebenarnya banyak berlandaskan model arus laut berbeza yang juga digunakan sebelum ini,” katanya.Ringkasnya, tanpa sebarang bukti baharu, mistri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan kekal tidak terungkai. – BernamaTags/Kata Kunci:

“Sayang Papa, Muhammad nak tahu Papa di mana” – Luahan anak pramugara MH370 berusia 5 tahun undang sebak

HARI Ini, genap lima tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.Namun ingatan war1s pada insan tersayang tidak pernah pudar, termasuk isteri kepada pramugara pesawat itu, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othaman, 39, dan dua anaknya, Iman, 10 serta Muhammad, 5.

Nyata kesan kejadian itu begitu mendalam buat Muhammad yang mana ketika kejadian berlaku pada 8 Mac 2014, Intan sedang mengandungkan anak bongsunya itu.Menerusi laman sosial Instagram pada awal pagi Jumaat, Intan memuat naik video perbualannya bersama Muhammad mengenai Mohd Hazrin dengan panggilan Papa.

Intan: Muhammad kalau jumpa Papa, Muhammad nak cakap apa?Muhammad: Muhammad sayang Papa, Muhammad nak tahu Muhammad punya Papa mana.Intan:Sekarang Papa dekat mana?Muhammad:Papa dekat kbur. Intan: Kbur Papa dekat mana?Muhammad:Dekat Shah Alam.Intan:Mana Mama tahu kbur Papa dekat Shah Alam.Demikian perbualan dua beranak itu menerusi video yang diakhiri dengan Muhammad membaca surah al-Fatihah.

Kenangan… Intan (kanan) bersama suami tercinta. Foto Intan Maizura Othaman.Memasuki tahun kelima kehilangan suaminya, Intan reda dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana diberi kekuatan untuk mengharungi keadaan yang menimpanya.”Disyukuri dengan anak perempuan dan anak lelaki yang comel dan berdikari. Kedua-duanya amat merindui kamu. Mereka kirim salam kepada kamu. 

“Ia tidak pernah mudah untuk saya mengendalikan segala-galanya sendiri tetapi saya perlu melihatnya secara positif. Ambil yang negatif dan menjadikannya positif,” katanya menerusi catatan di laman sosial Instagram miliknya.Intan turut bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikannya lebih kuat dan gembira berdepan dengan cabaran-cabaran setiap hari tanpa di sisi suami.  

“Luka dan kesedihan saya tidak dapat dibandingkan dengan wanita yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk anak-anak dan keluarganya; ibu tunggal yang tidak mempunyai perlindungan untuk duduk dan tidur serta ramai lagi di luar sana yang masih dalam kesusahan

“Saya masih tersenyum, masih ketawa tetapi saya kurang menangis. Tidak akan biarkan anak-anak melihat Mama mereka menangis di saat saya menggalakkan mereka supaya gembira dan kuat,” ujarnya.Tiga beranak ini bersyukur terus diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan meskipun tanpa insan bergelar suami dan bapa.



Loading...
loading...


Mendoakan suaminya setiap hari, Intan memberitahu, Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya dan sebaik-baik perancangan adalah daripadaNya.”Kamu tidak pernah lnyap daripada ingatan saya B. Kamu dan kenangan manis kamu selamanya akan bersama kami selama-lamanya. Assalamualaikum B…. kami merindui kamu B, amat merindu kamu,” katanya.

Mohd Hazrin merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370, yang hilang kira-kira sejam selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.

Kronologi Peristiwa Kehilangan Pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Mistri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 pada Jumaat, mungkin terungkai tidak lama lagi.Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.

Berikut kronologi kejadian kehilangan MH370:* 8 Mac – Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac – Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.* 8 Mac – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac – Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac – Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.* 9 Mac – Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.* 10 Mac – APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac – Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan penggnas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac – Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan tinggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.* 13 Mac – Hishammuddin menafikan dkwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar. * 13 Mac – China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac – Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian. * 14 Mac – Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.* 15 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirmpas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. 

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.* 16 Mac – Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.* 16 Mac – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakr berkata kejadian kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Kesksaan bagi kesalahan mermpas, kegnasan dan sabtaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac – Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.* 17 Mac – Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.* 18 Mac – Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac – Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.* 20 Mac – Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth. Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

Syarikat AS Tawar Khidmat Percuma Cari MH370

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat (AS) sedia merungkai msteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 apabila menawarkan bantuan untuk mencari pesawat itu.Syarikat yang dikenali sebagai Ocean Infinity itu mengemukakan tawaran itu pada Rabu dan perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi melalui pesanan teks kepada Reuters.

Ocean Infinity menerusi kenyataan dalam laman webnya, berkata, pihaknya mempunyai kenderaan dalam air paling canggih di dunia untuk menjalankan pemetaan, kajian dan pencarian di dasar laut.Bagaimanapun Aziz berkata, pihah berkuasa Malaysia telah menerima tawaran tersebut tetapi belum memutuskan untuk sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Berdasarkan tawaran, firma AS itu sedia melaksanakan operasi pencarian secara percuma dan hanya meminta ganjaran sekiranya pesawat malang itu ditemukan.Pesawat Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan kru.

Siasatan menyeluruh berdasarkan analisis data radar dan satelit komunikasi menunjukkan tindakan pihak tertentu di dalam kapal terbang itu mematikan transponder pesawat sebelum melencongkannya ribuan kilometer ke Lautan Hindi.Usaha mencari pesawat itu digantung pada Januari lalu selepas kerjasama antara Australia, Malaysia dan China yang menelan belanja AS$159.16 juta, gagal membuahkan hasil.

Sementara itu, pakar mencari bngkai kapal, David Mearns berkata, misi pencarian pesawat MH370 perlu diteruskan kerana peratusan untuk menyelesaikan misteri kehilangan kapal terbang terbabit sangat tinggi.Mearns juga menyuarakan keyakinan bahawa pesawat terbabit akan ditemukan dan harapan untuk meneruskan misi pencarian masih ada.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku pada pesawat itu dan tidak boleh dilupakan begitu sahaja.”Jika kita kita menemukannya, perkara paling penting adalah tidak mengabaikannya dan beralih ke lokasi baharu,” katanya.

Kementerian Pengangkutan belum putuskan sama ada mahu gerakkan semula misi mencari MH370

Kementerian Pengangkutan belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak, kerana tiada sebarang bukti baharu mengenainya untuk mengerakkannya semula.KEPUTUSAN untuk melancarkan semula misi pencarian pesawat MH370 masih belum diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Kementerian tersebut berkata, ini kerana tiada sebarang bukti baharu mengenainya kini.Dalam menjawab laporan berita mengenai pelancaran semula pencarian kapal terbang itu, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan pada Isnin menyatakan, mereka akan mengkaji sebarang bentuk bukti baharu yang diterima secara rasmi.

“Sebagai tambahan, kementerian juga perlu untuk merujuk kepada China dan Australia, jika sebarang keputusan dibuat bagi melancarkan semula pencarian itu,” katanya.Satu laporan berita mengenai gerakan pencarian semula dilaporkan pada Sabtu (8 Februari), menyatakan pencarian kapal terbang MH370 mungkin akan dimulakan semula dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Laporan itu menyebut, keluarga penumpang dan kerajaan Malaysia kini sedang melihat kemungkinan menghantar pasukan pencarian dasar laut ‘Ocean Infinity’, untuk satu misi baharu bagi mencari kapal terbang yang hilang itu.Penerbangan MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang penumpang. – BERNAMA

Wanita Australia Dkwa Temui Barangan Peribadi MH370

KEEN menunjukkan selipar yang ditemukan di kawasan pantai Madagascar yang didkwa dipakai oleh seorang penumpang wanita MH370 (kiri) ketika berada di KLIA pada 8 Mac 2014.PERTH: Kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi antara barangan yang ditemukan oleh seorang wanita di Australia yang mendkwa kesemua barangan peribadi itu merupakan milik penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.

Wanita terbabit, Sheryl Keen yang tinggal di Perth, bekerjasama dengan penyiasat amatur, Blaine Gibson untuk mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai mistri kehilangan pesawat tersebut.Antara barangan penting yang ditemukan adalah selipar berwarna prang yang dipercayai dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian.

Menurut Keen, dia percaya selipar itu merupakan milik wanita terbabit yang dinamakan sebagai “Cinderella” dan kesemua barangan yang ditemukannya datang daripada pesawat MH370.”Kami mendapati barangan peribadi yang ditemui di sepanjang kawasan pantai Madagascar mempunyai kesan yang sama iaitu sudah lusuh dan rosak.

“Malah pakar kaji laut memaklumkan bahawa kemungkinan besar barangan penumpang dan krew pesawat MH370 akan terdampar di kawasan pantai tersebut,” katanya.Dalam pada itu, Keen yang merupakan pengerusi Kumpulan Sokongan Kemalangan Udara Australia (ACSGA), berkata, pihaknya akan menyerahkan kesemua barangan tersebut kepada Polis Persekutuan Australia untuk tindakan lanjut.

Dia menubuhkan kumpulan itu selepas pemergian suaminya dalam kejadian pesawat pada 2009 dan berharap dalam membantu lebih ramai keluarga penumpang yang terlibat dalam kejadian sama.Bagaimanapun Keen mengakui bahawa Australia hanya terlibat sebagai sebahagian kecil dalam misi pencarian pesawat itu, sekali gus mungkin terlepas petunjuk penting.

“Kami dalam proses rundingan dengan pihak polis untuk menyerahkan barangan tersebut tetapi pihak berkuasa Malaysia bertanggungjawab dalam mengendalikan penemuan barangan peribadi.”Australia hanya terlibat dalam pencarian di dasar laut dan saya tidak pasti mahu berhubung dengan pihak mana untuk menyerahkan barang ini,” katanya


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post