Dikatakan halau pelajar untuk mendaftar. UITM beri kenyataan berkaitan isu tersebut dan ini keadaan yang sebenarnya yang berlaku dan harap pelajar semua maklum

Dikatakan halau pelajar untuk mendaftar. UITM beri kenyataan berkaitan isu tersebut dan ini keadaan yang sebenarnya yang berlaku dan harap pelajar semua maklum

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan kenyataan yang mendkwa institusi pengajian tinggi awam itu telah menghalau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal yang berkuat kuasa hari ini.

Dikatakan halau pelajar untuk mendaftar. UITM beri kenyataan berkaitan isu tersebut dan ini keadaan yang sebenarnya yang berlaku dan harap pelajar semua maklum



Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan salah faham berikutan sumber yang tidak tepat diperoleh para pelajar.

ARTIKEL MENARIK:Kes makin meningkat dan ramai hilang pekerjaan. Seorang rakyat Malaysia ini berani tampil buat kenyataan virus COVID19 ini tidak masuk akal dan siap boleh samakan COVID19 dengan satu sakit ini


Menurutnya, UiTM telah mengeluarkan surat pekeliling berhubung arahan penangguhan pendaftaran para pelajar yang jelas menyatakan bahawa penangguhan itu dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pelajar terpelihara.“Meskipun penangguhan pendaftaran secara fizikal dikuatkuasakan, ini tidak bermakna para pelajar yang mendaftar akan dihalau malah para pelajar diberi pilihan sama ada untuk pulang atau tinggal di kolej.

Jadi, saya tegas menafikan kenyataan yang mengatakan bahawa kita menghalau para pelajar seperti yang didkwa. Malahan kita mendekati para pelajar yang telah mendaftar lebih awal untuk membantu mereka susulan arahan penangguhan ini,” katanya.Bagaimanapun, Mohd Azraai berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan dan rungutn pelajar yang tular di media sosial bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

“UiTM tidak akan mengambil mudah dengan sebarang isu yang dibangkitkan kerana dalam suasana semasa, kita amat memahami sebarang kemungkinan, kesulitan dan kekeliruan yang timbul,” katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar yang berhadapan dengan masalah seperti yang telah berada di kampus yang ingin pulang dan tidak pasti apa yang hendak dibuat supaya berhubung dengan bilik gerakan di kampus masing-masing bagi mendapat bantuan sewajarnya.Menyentuh isu yang mendkwa UiTM tidak menanggung segala kos penginapan para pelajar sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, beliau berkata kenyataan tersebut bukan kenyataan rasmi UiTM.— BERNAMA

Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19, Kata KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID-19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.“Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi kes-kes telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Ditanya mengenai unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia bergantung kepada tindakan KKM, pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia.“Kalau kita bersama dapat mengamalkan tindakan masing-masing iaitu patuhi SOP manakala KKM akan melaksanakan tindakan kesihatan awam, (sebagai contoh) PDRM akan melaksanakan sekatan jalan raya serta ATM mempertingkat kawalan sempadan, jalan-jalan tikus dan sebagainya.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan untuk melindungi tempat-tempat seperti pusat jagaan warga emas dan depoh tahanan Imigresen, pnjara dan tempat tahanan yang lain,” katanya. Dr Noor Hisham berkata persiapan dan kesiapsiagaan KKM kali ini adalah lebih tinggi berbanding pada peringkat permulaan wabak iaitu dari segi persediaan mobilisasi petugas, jumlah Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan mesin ventilator.

“KKM telah menjalankan tindakan mobilisasi pasukan bantuan kesihatan, sebelum 27 Sept kami telah menghantar petugas-petugas kesihatan KKM ke Sabah di daerah tertentu (Tawau, Lahad Datu dan Semporna).“Kita akan melihat keperluan, kalau ada kita akan hantar lebih ramai lagi pakar-pakar (pakar pediatrik, pakar bius, pegawai perubatan dan jururawat) kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kluster Tembok di Kedah, beliau berkata jangkitan COVID-19 bagi kluster ini masih terkawal kerana ia adalah dalam kawasan tertutup iaitu di pnjara.“Ia tidak berada dalam komuniti dan Kluster Tembok ini sama seperti kluster di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil,” katanya.Kluster Tembok hari ini mencatatkan 128 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 220.— BERNAMA

KKM Hantar 11 Jururawat Semenanjung Bantu Pasukan Perubatan Di Dua Hospital Di Sabah

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan 11 jururawat di Hospital Semporna dan Tawau bagi membantu pasukan perubatan di kedua-dua hospital yang terkesan akibat peningkatan kes COVID-19 di Sabah.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumpulan jururawat itu merupakan kelompok pertama dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah secara berperingkat sejak pagi tadi.

“Mereka ini merupakan jururawat dari beberapa buah hospital dan telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.Beliau berkata daripada jumlah itu, lima adalah jururawat dari Institut Knser Negara yang ditempatkan di Hospital Semporna manakala masing-masing dua dari Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Dungun serta masing-masing seorang dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Hospital Tengku Ampuan Afzan ditugaskan di Hospital Tawau.

Terdahulu dalam sidang medianya, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 287 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di Malaysia. Beliau berkata kesemua kes adalah penularan tempatan dan 20 daripadanya merupakan individu yang pulang dari Sabah.Sumber: BERNAMA


Loading...
loading...


Kerajaan Selangor Umum Beberapa Langkah Hadapi Peningkatan Kes COVID-19

SHAH ALAM, 2 Okt  — Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan beberapa langkah  sebagai  persediaan negeri ini menghadapi peningkatan kes baharu penularan wabak COVID-19 ketika ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah utama yang akan dilaksanakan  adalah saringan bersasar secara percuma untuk rakyat negeri ini yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 Sept lepas.

“Memandangkan kemungkinan jangkitan baharu yang berkait dari Sabah, kerajaan negeri ingin  membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan memudahkan pengesanan jangkitan COVID-19  dengan  mengadakan  saringan bersasar secara percuma kepada rakyat terlibat.Saringan itu boleh dilakukan di semua cawangan Klinik Selcare milik anak syarikat kerajaan negeri,  Selgate  Healthcare Sdn Bhd dengan membawa dokumen penerbangan pulang dari Sabah serta bukti pemastautin tetap (bil air dan elektrik) di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata individu terlibat diminta hadir ke klinik berkenaan mulai Ahad ini dengan merujuk lokasi menerusi laman web https://selcareclinic.com/our-clinics/ dan bagi Daerah Kuala Selangor, kerajaan negeri turut menyediakan aturan khas untuk saringan di dewan orang ramai pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Pada masa sama, Amirudin mengumumkan bahawa waktu operasi restoran berkonsepkan bar di seluruh Selangor juga dihadkan operasinya sehingga pukul 11 malam sahaja manakala semua jenis kelb mlam dan bar masih kekal tidak beroperasi beroperasi.“Kerajaan negeri juga menggalakkan masyarakat untuk sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak digalakkan menganjurkan sebarang himpunan atau persidangan melebihi had 250 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata waktu operasi Bilik Gerakan COVID-19 Selangor juga akan dilanjutkan sehingga pukul 7 malam selain pihaknya juga menaik taraf aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dengan menambah baik ciri peta, semakan premis dan semakan kendiri.-bernama

Peningkatan Kes COVID-19: Sambutan Hari Sukan Negara 2020 Ditangguh

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2020 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Okt ini ke satu tarikh bersesuaian, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan berkata penangguhan berkenaan diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko penyebaran wabak itu selain memastikan keselamatan semua pihak yang bakal terlibat pada sambutan berkenaan nanti.

“Negeri-negeri, kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, mahupun persatuan-persatuan dan komuniti sukan yang telah bercadang untuk menganjurkan sambutan bersama bagi merancakkan lagi suasana Hari Sukan Negara juga disarankan supaya mengambil langkah yang sama,” kata Reezal Merican.

Beliau turut menasihatkan semua penggiat sukan di negara ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan pihak berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan, KBS dan Pihak Berkuasa Tempatan.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini memaklumkan sebanyak 287 kes baharu COVID-19 dikesan, jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di Malaysia yang sekali gus menjadikan kes positif virus itu kini berjumlah 11,771 kes.— BERNAMA

Guru Positif COVID-19, Sekolah Rendah Ditutup Sementara

KUALA TERENGGANU, 2 Okt (Bernama) — Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara mulai hari ini setelah seorang gurunya disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.Beliau berkata aktiviti disinfeksi secara menyeluruh di sekolah itu akan dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu.“Seramai 62 pelajar, 23 guru dan lima kakitangan sokongan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit telah menjalani ujian saringan pada 1 Okt dan diletakkan di bawah perintah pengawasan serta dikuarantin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini Terengganu telah merekodkan tiga kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes aktif di negeri itu.Dr Nor Azimi berkata satu daripada kes baharu itu mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah manakala dua kes lagi adalah kontak rapat kepada pesakit yang juga baru pulang dari Sabah.“Kesemua 11 kes aktif ini telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu bagi rawatan dan pengasingan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan, elakkan berada dalam kelompok ramai dan patuhi prosedur operasi standard serta amalkan kebiasaan baharu yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.Beliau berkata individu yang baru pulang dari Sabah atau mana-mana zon merah dalam tempoh 14 hari lepas diminta bersikap jujur dan bertanggungjawab dengan hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan di Terengganu bagi menjalani penilaian risiko COVID-19 oleh anggota kesihatan.

“Orang ramai juga diingatkan untuk meningkatkan kawalan kendiri dan tidak berasa selesa atau alpa kerana terdapat risiko jangkitan COVID-19 dalam komuniti serta sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang sedang berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2020,” katanya.Sumber: BERNAMA

SPR Sahkan Tiga Petugas Dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengesahkan tiga petugasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangkiti COVID-19.Ketika dihubungi Bernama, Abdul Ghani berkata selain tiga petugas itu yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, kesemua petugas SPR lain yang terlibat dengan pilihan raya itu diarah supaya menjalani kuarantin dua minggu.

Sebelum ini, sebuah media portal melaporkan dua petugas SPR dijangkiti COVID-19 selepas pulang daripada bertugas pada PRN Sabah.Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewajibkan semua pegawai SPR yang bertugas di Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

“Mungkin kita akan lihat mereka yang kembali dari Sabah terutama mereka yang berkhidmat di Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak yang ada kebarangkalian dijangkiti (COVID-19).“Jadi kita laksanakan saringan ujian dan mereka perlu duduk (kuarantin) di rumah. Sekiranya positif mereka akan masuk ke hospital untuk rawatan,” katanya.Sumber: BERNAMA

COVID-19: 11 Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini Termasuk Kedah Dengan 129 Kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semuanya melibatkan kes tempatan.Susulan itu, berikut merupakan beberapa negeri yang mencatatkan kes baharu Covid-19 pada hari ini.

Antaranya, Kedah mencatatkan kes baharu yang tertinggi iaitu sebanyak 129 kes diikuti dengan Sabah iaitu sebanyak 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.Selain itu, Perak dan Terengganu masing-masing mencatatkan sebanyak 3 kes. Kelantan dan Negeri Sembilan pula masing-masing dengan 2 kes.

Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Labuan pula masing-masing mencatatkan sebanyak 1 kes.Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:Sabah: 113 kes.52 kes saringan bergejala;35 kes daripada Kluster Benteng LD;15 kes daripada Kluster Bangau-Bangau;Dua (2) kes saringan rujukan ke hospital;

Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital;Satu (1) kes daripada Kluster Laut;Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);Satu (1) kes saringan petugas kesihatan;Satu (1) kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran;Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung; danSatu (1) kes saringan komuniti di Lahad Datu.

Kedah: 129 kes ,128 kes daripada Kluster Tembok; dan Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11471.Selangor: 31 kes 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Anggerik;Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru; Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 dan kes ke-10695;

Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Setia;Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illnss (SARI);Satu (1) kes saringan tahanan;Satu (1) kes saringan sebelum ke luar negara; dan Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.Kedah: Tiga (3) kes

Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan Satu (1) kes daripada Kluster Tembok.Terengganu: Tiga (3) kesDua (2) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477; dan Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Kelantan: Dua (2) kes,Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan,Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.Johor: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11200.Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).Sehingga kini, terdapat 22 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.Sumber: KP Kesihatan

TERKINI: Dua Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Selangor – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang dikesan pada hari ini.Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM, kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Seri Anggerik iaitu di Hulu Selangor dan satu lagi ialah Kluster Seri Setia di Gombak.Menerusi maklumat berkenaan kluster yang dikongsikan itu, kes indeks Kluster Seri Anggerik di Hulu Selangor itu mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Hasil saringan kontak rapat yang dijalankan berjaya mengesan 14 kes positif lagi.

Bagi Kluster Seri Setia yang dikesan di Selangor dan W.P Kuala Lumpur pula, kes indeks dilaporkan pernah ke Semporna, Sabah. Kes didapati positif pada 27 September 2020. Hasil saringan kontak rapat berjaya mengesan 3 kes positif Covid-19.Berikut adalah perincian dua kluster baharu yang dikesan pada hari ini:

Kluster Seri Setia, Selangor

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Seri Setia, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10927) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 36 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 16 hingga 20 September 2020.

Beliau bergejala sejak 21 September 2020 dan saringan COVID-19 dikesan positif pada 27 September 2020. Kes kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Seri Setia dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai buloh untuk rawatan. Sehingga 2 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:Empat (4) dikesan positif COVID-19;14 individu dikesan negatif; danLima (5) individu masih menunggu keputusan.

Kluster Seri Anggerik, Selangor

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Hulu Selangor, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10776) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dari 9 hingga 18 September 2020.Beliau mula bergejala sejak 25 September 2020 dan telah disaring. Setelah dikesan positif pada 26 September 2020, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 14 lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Seri Anggerik dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.Sehingga 2 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 67 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:14 dikesan positif COVID-19;15 individu dikesan negatif; dan 38 individu masih menunggu keputusan.Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Sumber: KKM


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post