Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditetak sehingga mati sebelum suspek memperkosa ibunya berusia 28 tahun di Aceh, Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Arife S Sukmo mengesahkan, suspek bernama Samsul, 36, bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran kediamannya telah ditahan pada pagi Ahad (11/10/2020).
ARTIKEL MENARIK:Ayah menangis peluk mayat anak yang baru pandai bawa motor maut dilanggar kereta
Kejadian pembunuhan itu berlaku pada Sabtu (10/10/2020) di mana ketika itu mangsa dan anaknya, Rangga, sedang tidur di ruman, sementara suaminya pula pergi keluar mencari ikan.
Tiba-tiba Samsul datang dan masuk ke dalam rumah lalu menekap mulut mangsa serta memaklumkan hasratnya untuk melakukan hubungan intim.
Rangga yang terdengar kekecohan itu terus terbangun dan cuba menyelamatkan ibunya. Geram niat jahatnya terbantut, Samsul terus menetak Rangga dengan sabit berkali-kali sehingga mati.
BACA LAPORAN BERKAITAN:
- 'Isteri saya suruh lari tapi dia enggan & melawan perogol itu yang menetaknya sehingga tak bernyawa'
- Jenazah suspek dikuburkan di tanah perkuburan yang sama dengan mangsa bunuhnya, Rangga
Mangsa yang emosi melihat anaknya dibunuh terus cuba melawan tetap gagal apabila Samsul melibas lengannya dengan parang.
Mayat Rangga kemudian disimpan dalam guni dan dibawa ke tengah ladang kelapa sawit bersama dengan ibu mangsa.
Setibanya di lokasi, Samsul terus mengikat dan memperkosa mangsa. Biarpun mangsa menjerit berkali-kali, tiada sesiapa yang mendengar jeritan itu kerana jarak lokasi itu terlalu jauh dari rumah penduduk lain.
Suspek kemudian melarikan diri dan membawa bersama dengannya mayat mangsa.
Tidak beberapa lama selepas itu, Samsul ditahan polis dan ketika disoal di mana keberadaan mayat Rangga, dia enggan memberitahu.
Dua hari kemudian, mayat Rangga ditemui nelayan yang sedang mencari ikan di sebatang sungai, lalu dilaporkan kepada pihak berkuasa yang sedang giat mencari mayat mangsa.
Mayat Rangga dibawa ke hospital dan pemeriksaan awal mendapati ada kesan tetakan di bahagian leher, dagu, dan jari kelingking tangan kiri juga tiada dipercayai dipotong oleh suspek.
Sumber: Agensi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment