Subway merupakan makanan segera (sandwich) yang berasal daripada Amerika. Sejak beberapa puluh tahun yang lepas, nama Subway sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.
Walaupun begitu, masih ramai yang tidak tahu cara nak order makanan ini supaya mendapatkan rasa yang padu dan sedap. Seperti yang anda semua tahu, di Subway pelbagai roti, sos, sayuran dan lauk yang disediakan.
ARTIKEL MENARIK:Rahsia Awet Muda Untuk Wanita 30an Hanya Guna Susu, Kunyit, Badam Dan Madu
Roti, sos, sayuran dan lauk tersebut adalah merupakan satu benda yang wajib anda pilih dengan betul dan tepat supaya mendapatkan rasa yang luar biasa. Jadi ada seorang remaja, dia merupakan bekas pekerja Subway berkongsi tips untuk mendapatkan sandwich yang sedap.
Tips Supaya Sandwich Anda Sedap Dan Padu
1.PILIHAN ROTI
Kalau nak pilih roti yang sedap, pilih yang Hearty Italian dan minta untuk triple toast. Sumpah sedap dan crunchy! Dia tak kan lembik atau lembab walaupun dah sejuk dan bercampur dengan sos.
Dan untuk pengetahuan anda semua, hanya roti Hearty Italian sahaja yang boleh double toast atau triple toast. Kalau roti lain macam Parmesan Oregano, Honey oat, Wheat tak sesuai double toast nanti terlalu lembik.
2. GABUNGAN SOS
Gabungan sos yang paling sedap adalah Ranch (minta extra), Thousand (minta extra), Sweet Onion, Mayonnaise, Olive Oil, Chili, Chipotle Southwest dan BBQ. Gabungan sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuklah salad dan wrap.
3. SAYURAN
Kalau anda penggemar sayur, minta je extra. Tak dikenakan cas tambahan pun. Sos pun tak dikenakan cas. Yang ada cas tambahan adalah daging sahaja.
4.SUP CENDAWAN
Tak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada sup cendawan. Kalau anda order wrap, boleh cuba makan dengan sup cendawan. Sedap!
5. SOS KETCHUP TAK SEDAP
Sos ketchup adalah sos yang paling tak sedap. Jadi jangan sesekali anda letak sos ketchup dekat sandwich/wrap/salad anda. Nanti anda tak rasa kesedapan sanwich tu sebab dia rasa masam-masam sikit. Lagi-lagi kalau makan dengan meatball marinara memang spoil habis.
Semoga anda berjaya mendapatkan sandwich yang sedap dan padu! Selamat mencuba!
2. combination sos yg paling sedap adalah ranch (minta extra), thousand (minta extra), sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili & BBQ. combination sos2 ni sesuai untuk semua jenis menu including salad & wrap.
[cont]
— hajaruru 🐌 (@hajaarudin) September 22, 2020
Kredit: hajaruru
Kredit : https://dailymakan.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment