Bayi berusia lapan bulan ditemui mati dibunuh oleh bapanya yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, kejadian itu berlaku pada pagi tadi di Kampung Sungai Dua, Bachok dan mayat bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan menyayat hati di mana badannya dilumur dengan garam selepas dipukul menggunakan objek tumpul.
ARTIKEL MENARIK:'Lebih 120 Anggota Parlimen sokong, beri ruang YDPA untuk menelaah dokumen' - Anwar
Terdahulu, sepupu suspek berusia 50-an datang ke balai membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Difahamkan, semasa kejadian pengadu telah dihubungi oleh suspek yang memintanya datang untuk melihat keadaan anak tunggalnya itu. Pengadu datang dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam keadaan yang mencurigakan lalu segera membuat laporan polis.
Bertindak di atas laporan itu, polis menyerbu kediaman suspek dan terpaksa memecah pintu utama yang dikunci dari bahagian dalam. Sebaik saja masuk, mereka menemui seorang wanita yang merupakan ibu mangsa berusia 32 tahun menangis dalam keadaan trauma lalu dibawa keluar dari rumah.
Pemeriksaan di dalam rumah kemudian menemui satu bungkusan guni yang mengandungi mayat mangsa, disorok di bawah meja di bahagian dapur.
Pemeriksaan awal pihak forensik mendapati, terdapat kesan lebam di seluruh badan, kesan lelasan di leher kiri dan kanan, tetapi tidak tiada sebarang luka berdarah. Selain itu, badan mangsa dilumuri dengan garam kasar.
Polis percaya, mangsa mati akibat dipukul dengan objek tumpul.
Suspek juga dipercayai mengalami masalah mentak sejak dua minggu lalu. Pemeriksaan awal terhadap isteri suspek juga mendapati kesan lebam dan calar di kedua-dua belah tangannya. Wanita itu dihantar ke Klinik Kesihatan Bachok untuk mendapatkan rawatan dan mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut ahli keluarga pasangan itu, Masitah Mohd Ragimi, 46, terkejut dimaklumkan mengenai kejadian berdarah itu. Sedangkan kali terakhir pasangan itu dan mangsa hidup baik dan tidak pernah menghadapi masalah.
"Setahu saya, suspek duduk elok dengan isteri dan anaknya. Kami pun tak pernah dengar mereka ada masalah. Mangsa juga anak pertama hasil perkahwinan suspek dengan anak saudara saya," katanya.
Sumber: Harian Metro via The Reporter
Post a Comment