Petang Isnin 12/10/2020, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bersasar (PKPB) di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan selepas tamatnya Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lalu.
Bagaimanapun, ada sesetengah individu mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan keluarga dengan pulang ke kampung.
ARTIKEL MENARIK:7 PATI lolos dari pusat tahanan Tawau kini sedang diburu
Tindakan golongan ini adalah amat tidak wajar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menegur sikap golongan ini yang jelas sekali tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan PKPB dilakukan bagi memastikan rakyat di kawasan terbabit duduk di rumah dalam masa yang sama memutuskan rantaian penularan Covid-19.
Namun, dengan tindakan golongan itu pulang ke kampung mendatangkan risiko kepada orang tua yang sepatutnya dilindungi daripada dijangkiti wabak itu.
"Bahaya pulang ke kampung kerana kita tidak pasti sama ada kita pembawa virus tersebut atau tidak.
"Adalah tanggungjawab kita bersama untuk pastikan tidak bawa virus ini ke kampung. Pelaksanaan PKPB adalah untuk pastikan lebih ramai rakyat duduk di rumah.
"Sekiranya terpaksa keluar, sila pastikan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan dengan jarak fizikal satu meter," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
1 Oktober lalu, Noor Hisham pernah memuat naik tweet "How about all stay at Home for awhile again" menimbulkan banyak reaksi netizen yang menganggap tweet itu memberi bayangan PKP 2.0 akan dilaksanakan semula.
Keesokan hari, Noor Hisham menjelaskan tweetnya itu hanya sekadar memberi peringatan agar rakyat yang tiada urusan penting di luar, duduk di rumah.
via The Reporter
Post a Comment