Kalau pakai smartphone, USB cable kena ada. Tapi masalah biasa kita hadapi, USB cable selalu saja silih berganti kena beli baru terutama selepas USB cable original rosak atau hilang.
Ada yang beli 3 bulan sekali. Kenapa macam ni ya? Jika ini yang selalu dihadapi, kemungkinan besar kita tersilap beli USB cable. Adalah amat penting untuk kita pilih USB cable yang betul dari segi spesikasi supaya proses pengecasan berjalan lancar dengan voltan dan arus yang sesuai dengan smartphone anda.
ARTIKEL MENARIK:Elak Terpedaya. Ini 5 Ciri Ayam Suntik Air Supaya Timbangannya Lebih Berat.
Melalui perkongsian sifupowerbank, berikut adalah tip untuk pilih USB cable yang betul supaya tidak berlaku kejadian tidak support antara USB cable dan smartphone atau handphone yang dicas lambat penuh.
1. Kena tahu jenis sambungan USB smartphone yang digunakan
Untuk pengetahuan, ada 3 jenis USB cable yang biasa digunakan untuk model smartphone iaitu :
- Micro USB : Biasa digunakan untuk smartphone jenis Android dari spesifikasi pertengahan sehingga yang model biasa Android.
- Type-C : Kebanyakkan smartphone model baharu yang di perkenalkan menggunakan sambungan USB-C atau panggilan lain , USB Type C . Ia berbentuk lebih panjang dan lonjong berbanding dengan USB Micro USB ( Perbezaan dalam gambar rajah di bawah) .
- Lightning 8 Pin – Ini adalah USB cable khas untuk peranti Apple sahaja seperti iPhone dan iPad . Ia berbentuk lebih kecil berbanding kabel Micro USB dan USB C .
Jadi sila periksa smartphone kita menggunakan sambungan USB jenis yang mana. Adakah Micro USB atau USB-C atau Lightning ?
Untuk pengguna Android, anda hanya perlu fikirkan antara Micro USB dan USB-C sahaja. Jangan beli Lightning USB untuk guna pada peranti Android anda.
2. Tahu berapa arus yang sesuai untuk smartphone yang digunakan
Arus yang mampu di terima untuk mengecas bateri anda tidak sama antara satu model ke satu model smartphone . Ada model yang menggunakan pengecasan biasa, ada yang menggunakan pengecasan pantas. Jadi, kadar output dari segi voltan serta arus adalah tidak sama.
Jadi, memilih USB Cable yang betul adalah juga sangat penting . Salah beli, ia akanberi kesan kepada proses pengecasan pantas.
Seperti contoh dalam gambarajah di bawah , kedua-dua nya adalah USB Type C. Nampak sama, tetapi sebenar nya, ia berbeza dari segi performance.
Untuk jenama Tronsmart, ia mampu membawa arus maksimum 3A sahaja, manakala yang jenama Baseus , boleh membawa arus sehingga 5A . Ini yang membezakannya.
Jadi, sudah faham nya kenapa USB cable bentuk sama, tetapi performance / spesifikasi nya berbeza. Salah pilih dan guna, ia akan jadi kan sama anda cas bateri lambat atau anda rugi duit.
Jadi, pastikan kita tahu berapa spesifikasi arus / voltan yang boleh dibawa untuk USB Cable tersebut. Jika tidak tahu , sila rujuk semula dalam laman web rasmi jenama smartphone/ buka semula buku manual smartphone anda.
3. Pastikan ada jaminan
Jika nak beli USB Cable yang tahan lama, serta performance yang terbaik, wajib pastikan yang USB cable tersebut datang sekali dengan jaminan dari pihak pengeluar / penjual .
Lagi lama jaminan yang berani diberi oleh pengeluar, semakin bagus dari segi kualiti USB cable tersebut.
Mereka akan menggunakan wayar serta penebat yang bahan terbaik supaya ia boleh mengecas bateri smartphone anda dengan lebih stabil dari segi aliran voltan dan arusnya. Kalau beli yang jaminan hanya seminggu faham-faham sajalah ya.
Sumber: Sifupowerbank via Vanilla Kismis.
Post a Comment