Teruk dikritik oleh warganet gara gara muat naik foto tengah berpaut di bahu Azwan Ali. Akhirnya Iesya Toh tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar. Rupa rupanya ini cerita sebenar.

Teruk dikritik oleh warganet gara gara muat naik foto tengah berpaut di bahu Azwan Ali. Akhirnya Iesya Toh tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar. Rupa rupanya ini cerita sebenar.

Pengacara Iesya Toh berkongsi foto yang diambil bersama Azwan Ali ketika mereka bertemu baru-baru ini. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya. Iesya memuji kebaikan pengacara terkenal itu, menurutnya, sikap dan kebaikan sebenar Azwan amat berbeza daripada apa yang dipamerkan.

Teruk dikritik oleh warganet gara gara muat naik foto tengah berpaut di bahu Azwan Ali. Akhirnya Iesya Toh tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar. Rupa rupanya ini cerita sebenar.
“Dia lah big brother saya, sisi lain Diva AA yang dia sendiri tak suka tunjuk. “Orangnya bijak! Belajar law, tahu baik buruk, cuma terlalu banyak laluan kehidupan yang kita semua tak terduga, hanya Allah maha mengetahui. “Duduklah dengan Diva AA, dia bukan macam mana yang dipamerkan,” tulis Iesya sebagai kapsyen.

ARTIKEL MENARIK:Ibu Sandra imbas kenangan masa lahirkan anknya buat ramai yang sebak. Rupa rupanya empat hari lagi adalah ulang tahun kelahiran Sandra. Sebak ini luahan hati ibu Sandra.


Dalam pada itu, Iesya juga menegaskan, foto yang diambil itu tidak melibatkan sebarang sentuhan meskipun kelihatan rapat seakan dia berpaut pada bahu Azwan.

Sebaliknya, ia hanya helah dari sudut kamera sahaja. “Anyway, camera trick yang berjaya, tak perlu sentuh pun, angle kamera memainkan peranan, saya masih tahu batas,” tulisnya lagi. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Iesya tinggalkan respon positif.

Malah, ada juga yang berkeinginan untuk bertemu dengan Azwan atau lebih terkenal dengan nama gelaran Diva AA itu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink media

Sumber : Gempak

Keluarga Berantakan Gara Gara Harta. Terkejut Bila Tiba Tiba Azwan Ali Nak Bersemuka Dengan Noor Hidayah Gara Gara Ini. Warganet Tergamam Sampai Macam Ni Sekali Azwan Ali Nak Buat.

Tersentuh dengan masalah dalaman keluarga membabitkan Nor Hidayah Mohd Ali dengan adik iparnya, Ali Puteh, personaliti yang selalu mencetuskan kontroversi, Azwan Ali, menyatakan hasrat untuk menemui balu pelawak Abam Bocey itu.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu berkata, dia memahami situasi dialami ibu tunggal anak satu itu kerana keluarganya sendiri berantkan sehingga kini. Katanya dia amat tersentuh dengan apa yang berlaku pada keluarga mereka. “Keluarga saya pun berantkan sampai hari ini, jadi apa berlaku pada keluarga abam, saya rasa – oh my god (oh tuhanku),” katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Azwan walaupun kisahnya agak berbeza kerana membabitkan kemelut dalam kalangan adik-beradik manakala Nor Hidayah pula dari segi harta-benda, dia tetap memahami perasaan ditanggung balu berkenaan. Menurut pemilik nama penuh Mohamed Azwan Ali itu, ada pengajaran boleh diambil oleh orang ramai daripada situasi yang menimpa mereka berdua.

“Kepada pembaca, kutip iktibar daripada kisah kedua-dua keluarga ni. Masalah sebeginilah yang sering terjadi dalam kalangan segelintir orang Melayu,” katanya. Nak minta maaf sebab terkecm Azwan, 54, yang popular dengan ungkapan antaranya “see my level” dan “ada aku kisah” itu berkata, dia berhasrat untuk menemui Nor Hidayah di lokasi balu terbabit menjual cempedak dan durian goreng.

Terdahulu, melalui Twitter, adik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali itu berkata, dia ingin bertemu Nor Hidayah tetapi tidak mengetahui secara terperinci kedudukan lokasi gerai bekas akauntan itu. “Siapa boleh hantar lokasi tempat Hidayah jual cempedak goreng? WhatsApp ke 012-2896100, Diva AA teringin nak terjah Hidayah dan anak Abam,” ciapnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan pergi menghadap illahi di kediamannya di Gombak, dipercayai akibat demeam panas pada 10 Februari lalu. Ketika itu Abam berusia 32 tahun. Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah pada 8 Dis 2017 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Semalam, Nor Hidayah berkata dia berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam merangkumi hak pemilikan rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi peninggalan suaminya. Ali juga memberi respons positif dengan menganggap keputusan tersebut adalah yang sebaik-baiknya.

Azwan juga mengaku pertemuan tersebut – jika dapat dijadikan kenyataan – juga diusahakan untuk dia menyatakan kekhilafan menilai sikap Nor Hidayah sebelum ini. “Saya nak jumpa dia sebab nak minta maaf gara-gara pernah memuat naik kritikan pada Nor Hidayah melalui Twitter. Saya termaki-hamun dia sebab tak tahu kisah sebenar. “Semuanya disebabkan saya mudah terpengaruh dengan kenyataan pihak sebelah lagi sewaktu awal-awal kes terbabit disiarkan di media,” katanya

Ali Keesal

Dalam perkembangan lain Ali meluahkan rasa kesal apabila ramai yang masih menganggap dia dan anggota keluarga sengaja mahu mengganggu proses pembahagian harta secara faraid biarpun perkara itu dakwanya, tidak pernah berlaku.

“Saya tahu memang ada yang mengatakan kami sengaja menghalang proses pembahagian harta mengikut faraid. “Kalau melihat kembali video saya sebelum ini dan yang terkini, saya memang menggalakkan pembahagian harta mengikut hukum faraid kerana itulah yang sebaiknya,” katanya.


Loading...
loading...


Sebelum ini, Nor Hidayah meluahkan rasa puas hati apabila pembahagian harta peninggalan suaminya dibuat mengikut hukum faraid seperti yang dituntut. Nor Hidayah dilaporkan berkata, mahkamah menetapkan bulan depan sebagai tarikh baharu untuk prosiding kes tuntutan hak penjagaan anak berikutan kegagalan bekas ibu mentuanya untuk hadir ke mahkamah, pagi tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://trendingsangat.pw

Pihak Sana Tak Datang Ke Mahkamah. Noor Hidayah Puas Hati Dengan Keputusan Mahkamah Tentang Tuntutan Faraid. Terkedu Rupanya Ini Keputusan Yang Mahkamah Tetapkan.

Pihak sana tak datang ke mahkamah. Noor Hidayah puas hati dengan keputusan mahkamah tentang tuntutan faraid. Terkedu rupanya ini keputusan yang mahkamah tetapkan.

BALU Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu. Hidayah, 28, berkata, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Abam.

“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak. “Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan Abam seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan,” katanya.

Ditanya mengenai soal berapa banyak wang peninggalan Abam, Hidayah enggan mendedahkannya. “Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah,” katanya.

Ia sekali gus menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik Abam suaminya itu sudah ditarik. “Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya. Berkenaan dakwaan adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau pelawak

Ali Puteh yang mana wang RM10,000 dikeluarkan dari akaun Abam, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan. “Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,” katanya.

Dalam masa sama, Hidayah berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah. Ia berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah. “Saya harap selepas ini pihak sana akan hadir untuk kes hadanah,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada Ali Puteh tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. Terdahulu, pada Isnin lalu, Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap ibu mentuanya.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang menfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu. Sebelum ini menerusi siaran langsung di Facebook sebuah portal berita, Ali Puteh menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Hidayah kepada ibunya.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris. Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tiga bulan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Bila Dah Jadi Macam Ni Ramai Yang Ambil Kesempatan. Peguam Dedahkan Ramai Ejen Takaful Buat Duit Dengan Cerita Noor Hidayah.

KEMELUT membabitkan Nor Hidayah Mohd Ali dan keluarga mentuan terutamanya berkaitan isu tuntutan harta peninggalan Abam menarik perhatian ramai pihak. Namun gara-gara isu tersebut, ada segelintir pihak terutamanya ejen insurans mengambil kesempatan dengan menjadikan kes tuntutan berkenaan sebagai modal rujukan bagi melariskan produk mereka.

Justeru, peguam syariah yang dilantik Nor Hidayah iaitu Fadhlina Siddiq menegur sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyedia perkhidmatan insurans menggunakan kes anak guamnya sebagai modal pemasaran mereka. “Ejen-ejen takaful dan hibah, jangan ambil kesempatan atas kes-kes begini! Buat marketing tak ada asas dan fakta… menggunakan kesusahan dan penderitaan orang lain.

“Apa yang mereka lakukan ini tak baik dan salah daripada segi moral… hentikan tindakan tersebut dan beri ruang untuk proses keadilan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada mStarAntara paparan skrin ejen insurans menjadikan kes Abam sebagai modal pemasaran.

Menerusi carian di Facebook, ternyata dakwaan peguam berkenaan adalah berasas apabila sememangnya terdapat beberapa ejen insurans menjadikan kes Nor Hidayah sebagai rujukan bagi memancing pelanggan. Tindakan mereka mempromosikan produk dengan memuat naik kapsyen bersama paparan berita membabitkan Abam dilihat kurang beretika dan menyentuh sensitiviti keluarga.

Dalam pada itu, Fadhlina turut meminta warganet tidak menyebarkan berita tidak sahih mengenai tuntutan membabitkan Nor Hidayah dan keluarga mentuanya. Peguam, Fadhlina (kanan) menegur sikap jurujual insurans guna kes Nor Hidayah untuk menarik pelanggan.

“Saya nasihatkan orang awam jangan sebar atau komen jika tidak pasti kerana segala fakta hanya akan dibentangkan dalam mahkamah, jadi jangan buat andaian liar. “Serahkan pada pihak mahkamah untuk menilai dan menjaga kepentingan serta keadilan semua pihak. Prosiding sudah bermula dan jangan ada mana-mana pihak mengganggu proses mahkamah itu,” ujarnya.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada usia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Februari lalu. Abam tinggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Azwan Ali minta maaf

PENGACARA popular, Azwan Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pengurusan Hospital Putrajaya atas dakwaan menghina kakitangan hospital itu dalam mengendalikan wabak Covid-19. Azwan menerusi rakaman video berdurasi 4 minit 16 saat yang dimuat naik di saluran YouTube DivaAATersohor itu semalam, berharap permohonan maaf itu diterima pihak terbabit.

“Saya nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut ‘hangsuang’ dan mulut ‘ters!al’ saya. Truly Diva AA nak buat macam mana kan, dah memang begitu kaedahnya. “Terkini, mohon maaf terbuka kepada Hospital Putrajaya khasnya doktor, pengurusannya kerana kandungan ‘Perutusan Khas Diva AA Part 3’ menjadi begitu panas dan mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak yang tertekan, diganggu emosi sebagainya. Saya mohon maaf.

“Tentu saja, saya kutip setiap hikmah yang berlaku di sebalik kejadian yang tidak dijangka ini. Sekali lagi, mohon maaf kepada pengurusan Hospital Putrajaya. Buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya. Menerusi video yang dirakam di hadapan pusat beli-belag terkenal di Bandar Sunway itu, Azwan berniat untuk memberi sumbangan berupa rendang masakannya.

“Dekat nak bulan puasa dan raya ini, insya Allah, kalau ada rezeki saya akan masakkan rendang Diva AA dan disedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata saya. “Saya percaya pihak pengurusan Hospital Putrajaya akan bersikap terbuka dan menerima permohonan maaf daripada saya.

Kita kadang-kadang tak jaga mulut dan bahasa. Mungkin ramai suka mulut celupar saya yang maki hamun sana sini, tapi ada juga pihak yang akan tersinggung. Jadi kena hormat. “Kalau betul bersalah, kena reda dan minta maaf. Tak jadi masalah. Hidup bukannya lama. Kita atas dunia ini jangan bagi orang dendam kepada kita. Itulah pendirian saya semoga permohonan maaf terbuka ini diterima oleh pihak pengurusan Hospital Putrajaya,” katanya.

Terdahulu, pada Selasa lalu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19. Dalam kenyataan itu, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama. Difahamkan video pertama milik penyanyi, Dayangku Intan dan kedua daripada Azwan Ali. Bagaimanapun, usaha Harian Metro menghubungi Dayangku Intan bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon.

 via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post