Sejak dua hari yang lalu, rakyat Malaysia menerima perkhabaran kegeringan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah apabila baginda dilaporkan telah dimasukkan ke Wad Diraja, Institut Jantvng Negara (IJN).
Berita ini sudah semestinya disusuli dengan ucapan dan doa dari rakyat jelata agar YDPA dikurniakan kesembuahan dengan segera. Terbaharu, dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di Instagram peribadi Ke Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah agar semua masjid di negeri Pahang mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.
ARTIKEL MENARIK:Ramai yang kesian. Terkejut tengok keadaan PM nampak macam penat sangat masa sampaikan perutusan khas tadi. Rupa rupanya ini yang terjadi pada PM.
Majlis solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat tersebut akan diadakan selepas Solat Maghrib pada Khamis 24 September 2020. Kemudian pada hari Jumaat 25 September 2020, solat hajat sahaja akan didirikan setelah selesai menunaikan Solat Jumaat. Dalam kenyataan yang sama, baginda juga mendoakan agar negara kita bebas dari wab4k, dan huru hara.
Sumber: Bernama
Permaisuri Agong Tinggalkan Nota Yang Mengejutkan Di Atas Periuk. Katanya Jangan Sentuh Lansung Atau Ini Tindakan Yang Akan Diambil.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sememangnya cukup dikenali dengan minat menghasilkan pelbagai jenis masakan. Minat Permaisuri Agong itu pada masakan dapat dilihat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan.
Melalui kiriman terbaru, Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk namun apa yang mencuit hati adalah terdapat nota ‘amaran’ yang ditulis agar tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh periuk tersebut.
Sudah warning kpd semua org …… don t touch or move this periuk , atau sy peliat telinga dan ketuk jari!
Perkongsian Baginda Permaisuri itu mendapat perhatian warganet dan mereka nyata terhibur dengan ‘amaran’ tersebut.
Sumber: airtangan_tunkuazizah
Minta 21 Dulang Hantaran Kalau Ada Yang Nak Meminang. Tak Sangka Si Bulus Kesayangan Tunku Azizah Jadi Perhatian Warganet.
PERKONGSIAN terbaharu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai dua anak kucing yang baharu dibelinya sekali lagi ‘menjadi’ tumpuan rakyat di negara ini. Apa yang menarik perhatian bukan sahaja kecomelan kedua-dua anak kucing yang dimuat naik di laman Twitter Tunku Azizah itu tetapi gelaran nama ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Juling’ yang diberikan baginda.
“Kenalkan Yang Amat Meow Ku Jeling dan Yang Amat Meow Ku Juling…anak-anak saya!.” tulis Tunku Azizah dalam ciapan yang dimuat naik. Sehingga jam 12 tengah hari Ahad, perkongsian itu telah diulang kicau sebanyak 6,100 selain memperoleh lebih 19,600 tanda suka.
Dalam ruangan komen gambar tersebut, rata-rata warganet memuji kecomelan kedua-dua kucing ‘diraja’ itu. Beberapa jam selepas itu, baginda sekali lagi memuat naik status berkisar tentang kucing peliharaannya yang menjadi tumpuan ramai itu.
“Kucing ku puteri dua-dua..siapa naik minang, hantarannya 21 dulang ok!,” ciap Tunku Azizah. Difahamkan, baginda membeli kedua-dua anak kucing baka Scottish Fold dan British Short Hair di sebuah kedai haiwan peliharaan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Terkenal dengan jolokan sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dalam kalangan warganet, apa sahaja perkongsian di laman sosial Tunku Azizah pastinya sering menjadi tumpuan ramai.- Sinar Harian.
Ketahuilah Kadang Allah Hantar Kucing Untuk Kebaikan Kita. Tak Sangka Berkat Bagi Si Comel Ini Makan Lelaki Dapat Rezeki Yang Tidak Dijangka.
Tidak dapat dinafikan, kucing adalah antara haiwan yang sering mendapat tempat di hati manusia, berkat kecomelannya serta sifat manja yang dimiliki. Akan tetapi, kadang kala nasib kucing ini juga berbeza mengikut rupa parasnya. Kucing yang bersih dan comel biasanya akan mendapat layanan lebih baik berbanding kucing yang kotor dan comot.
Namun, dalam tidak sedar, ada kalanya kucing-kucing kotor inilah yang dihantar oleh Tuhan sebagai perantara bagi rezeki yang ingin diberikan. Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dengan nama Twitter, @AidilZharif yang memperoleh rezeki yang tidak disangka selepas memberi sedikit ayam kepada kucing yang datang kepadanya sewaktu sedang sarapan di sebuah restoran baru-baru ini.
“Kisah lepas Subuh tadi aku pi breakfast dekat kedai mamak , kucing ni lapar asyik meow ja so aku bagila ayam sikit . Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah . Time nak bayar dekat kaunter , “Dik , ada hamba Allah dah tolong bayarkan minuman dan makanan adik” Thankyou !!!
Beberapa orang pengguna Twitter lain turut berkongsikan kisah yang hampir sama seperi yang dialami oleh Aidil Zharif ini di ruangan komen. Jumlah atau kadar pemberian itu mungkin kecil, namun ia menunjukkan bahawa walaupun kita memberikan sedekah kepada seekor haiwan, Allah swt pasti akan membalaskan dalam apa jua cara gantian. Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita mengenai kebaikan bersedekah walaupun kepada seekor haiwan serta pentingnya untuk kita menyayangi haiwan tanpa melihat rupa parasnya.
Sumber: Twitter @AidilZharif
Perkongsian Lelaki Ini Tentang Kewujudan Pulau Kucing Telah Menarik Perhatian Tuanku Raja Permaisuri Agong.
Pengguna Twitter Ikhwan yang menggunakan akaun Twitter @JatIkhwan berkongsi kisah lawatannya di sebuah tempat yang dipanggil Pulau Kucing, di Pekan, Pahang. Baca perkongsian beliau yang turut mendapat perhatian Tuanku Raja Permaisuri Agong di Twitter.
Saya berkesempatan untuk mengunjungi Pulau Kucing yang terletak berhampiran Pusat Tenun Pekan, Pahang. Buat masa sekarang ada lebih kurang 100 ekor kucing jalanan yang dibela. Sebuah tempat yang sangat cantik dan tenang, sesuai untuk pengunjung yang sukakan kucing.
Pada mulanya, tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan oleh seorang lelaki penduduk asal Pekan. Beliau telah menghadap ilahi dan tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis. Bayaran masuk adalah RM 3 untuk dewasa.
Suka untuk saya mengajak mereka yang berada sekitar Kuantan dan Pekan untuk datang ke sini dan memberi sumbangan terutamanya daripada segi makanan dan perubatan. Ada beberapa ekor kucing yang saya perasan ada masalah fungus. Sumbangan berbentuk wang ringgit juga sangat dialukan.
Selain kucing, turut ditempatkan di sini adalah kambing, itik dan monyet. Secara asas, ini adalah sebuah pulau untuk haiwan berlindung. Amaran keras, dilarang untuk membuang kucing di pulau ini. Ada beberapa kes sebelum ni orang tak bertanggungjawab melepaskan kucing yang sakit.
Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze “Meow Island” atau cari Pusat Tenun Pekan. Saya berbesar hati jika Tuanku Permaisuri @cheminahsayang sudi retweet Pulau Kucing di Pekan ini.
(Tuanku Raja Permaisuri Agong turut membalas Tweet tersebut)
di Pekan …. nanti sy lawat!— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 10, 2019
Semua kucing kat sini sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda. Setiap daripada mereka ada namanya sendiri. Jom sama-sama bantu naikkan tempat ni. Jalan masuk ke Pulau Kucing. Belakang tu adalah Sungai Pahang. Perhatian: Pulau Kucing hanya dibuka dari hari Khamis hingga Selasa, jam 1 tengahari hingga jam 6.30 petang.
Kalau ada yang nak pergi buat kerja sukarela pun boleh. Saya tengok ramai yang komen kata rumput tu panjang, apa kata pergi hujung minggu tolong tebas. Sebab sukarelawan pun dah sibuk jaga kucing- bagi makan, ubat dan lain-lain. Bayaran masuk bagi dewasa adalah RM 3 dan kanak-kanak RM 1. Tapi, digalakkan untuk bayar lebih. Meow Island ini juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dan mereka yang ingin buat kerja amal.
Anda boleh membuat sumbangan kepada Meow Island bagi menampung kos menjaga kucing dan haiwan lain di sini pada maklaumat bank yang diberikan dalam rajah di bawah. Terima kasih. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat pengasas Meow Island, almarhum Tengku Lukmannadzira bin Tengku Hussin yang telah menghadap ilahi pada 14 Julai 2019.
Jika ada kumpulan yang ingin buat kerja amal di sini, mohon untuk hubungi saya juga ya? Nak turut serta membantu mana yang mampu. Setakat ni mereka sangat alu-alukan kedatangan orang ramai dan sukarelawan yang boleh menyumbang wang ringgit, makanan dan perubatan.
Kredit Gambar : Twitter @JatIkhwan / Facebook via apampink
Post a Comment