Teki teki antara hubungan Isa Khan dan Risteena masih tidak terjawab. Risteena bongkarkan tarikh pada kad jemputan tapi warganet masih dalam persoalan lelaki yang menjadi pilihan Risteena

Teki teki antara hubungan Isa Khan dan Risteena masih tidak terjawab. Risteena bongkarkan tarikh pada kad jemputan tapi warganet masih dalam persoalan lelaki yang menjadi pilihan Risteena

KUALA LUMPUR: Teka-teki perhubungan Nur Risteen Munim, 30, bersama seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya semakin hangat diperkatakan apabila pelakon terbabit berkongsi kad jemputan ke sebuah majlis di Putrajaya, 6 Disember ini.Memuat naik gambar kad undangan berkenaan menerusi laman sosial Instagramnya, malam tadi, pelakon terbabit bagai mengotakan janjinya untuk berkongsi mengenai perkara itu bersama umum, dalam masa terdekat.

Teki teki antara hubungan Isa Khan dan Risteena masih tidak terjawab. Risteena bongkarkan tarikh pada kad jemputan tapi warganet masih dalam persoalan lelaki yang menjadi pilihan Risteena



Sehingga kini, biarpun tidak mendedahkan gerangan pemuda yang berjaya menawan hatinya, ramai yang membuat spekulasi jejaka terbabit adalah bakat baharu dunia seni, Isa Khan.“Jika anda ingin mengetahui cerita sebenar, kenalah datang ke majlis itu nanti. Segala-galanya akan terjawab pada tarikh berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

ARTIKEL MENARIK:Diva Azwan Ali Pergi Gerai Cempedak Balu Abam. Tapi Mengejutkan Ini Yang Diva AA Jumpa Kat Gerai Cempedak Balu Abam. Tak Sangka Benda Tuh Yang Diva AA Jumpa.


Biarpun tidak menyatakan dengan jelas majlis bakal diadakan itu, tidak kurang andaian dibuat kononnya ia majlis pertunangan pelakon terbabit dengan pemuda berkenaan.Pelakon Menjinak Ombak itu memaklumkan, majlis terbabit hanya dibuat secara kecil-kecilan.“Ia majlis biasa-biasa sahaja,” pintasnya yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung acara yang dikatakan bertemakan malam romantis itu.

Baru-baru ini, Risteena mendedahkan hubungan selama tujuh tahun dengan Ikhwan Khairuddin sudah berakhir, beberapa bulan lalu.Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas ketika bercakap kepada B*POP juga berkata, ‘jejaka misteri’ yang hadir ke dalam hidupnya bagaimanapun berjaya merawat kedukaan hati selepas perpisahan berkenaan.-bh

Setengah jam tak balas mesej, Isa Khan tak tentu arah risaukan Risteena – “Tunang saya fikir saya kena ambbil orang!”

Risteena tidak dapat dihubungi semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Isa.TIDAK dapat dihubungi kira-kira setengah jam membuatkan tunang pelakon Risteena Munim iaitu Isa Khan bimbang dan panik.Risteena, 27, berkata, tunangnya menyangka dia diambil orang apabila tidak menjawab panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

“Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena ambil orang atau ada perkara buruk terjadi.”Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap di telefon sampai dah sampai rumah.Risteena berkongsi kerisauan tunangnya, Isa, menerusi laman Instagram.

“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak dan tak sempat nak ambil telefon dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu,” tulisnya.Tambah Risteena, kerisauan itu membuatkan Isa segera datang ke rumahnya bagi melihat keadaan pelakon itu.

Kakak kepada pelakon Ruhainies itu berkata, dia tersentuh hati dengan cara tunangnya mengambil berat dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat.”Sampai saja di rumah, baru tengok telefon. Panggilan tak dijawab tak payah cakap la berapa banyak.”Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah bawah rumah, macam tak percaya langsung sebab baru sangat masuk rumah. 10 minit saja datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan adiknya and Qirin. Kesian mereka!

“Memang kena marah terus la lepas tu, apa lagi. Tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awak akan cari saya. My hero!,” katanya.Pelakon itu sempat memberi amaran kepada sesiapa yang cuba untuk berniat jahat terhadapnya perlu berhadapan dengan lelaki itu.”Jadi, kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan pada saya, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni.

“Kepada tunang saya, saya rasa selamat sejak awak jaga. Tak boleh bayangkan kalau awak tak ada. Ibu bapa saya dah boleh harapkan awak.”I love you, sayang. Cinta hati saya,” ujar Risteena.Pasangan itu mengumumkan berita pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:-mstar

“Risteena tak menduakan, saya juga bukan permpas!” – Isa Khan dan Risteena bertunang selepas 5 bulan bercinta

Risteena akhirnya mendedahkan lelaki misteri yang sering dimuat nik di media sosial itu adalah Isa Khan. PELAKON Nur Risteena dan Isa Khan membuat kejutan apabila mengumumkan mereka sudah bertunang pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.Menurut Risteena, 26, dia dan Isa memilih untuk merahsiakan hubungan cinta yang telah terjalin sejak bulan lalu kerana bimbang dengan tanggapan orang luar yang tidak tahu apa yang mereka lalui.

“Ada beberapa sebab yang membuatkan kami ketika itu tidak mahu terlalu heboh mengenai hubungan ini. Antaranya sebab kita nak kena jaga hati beberapa pihak juga.“Selain, orang tak akan faham dengan keadaan kami. Mungkin orang akan cakap saya ini cepat sangat cari pengganti dan ke apa, tapi yang sebenarnya mereka tak tahu apa yang kami lalui.“Saya pun tak nak cerita apa yang saya alami dalam hidup saya, biarlah saya seorang sahaja yang tahu dan simpan benda ini,” kata Risteena kepada mStar.

Isa dan Risteena bercinta sejak lima bulan lalu.Pasangan itu mengumumkan berita gembira tersebut di sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya, pada malam Jumaat.Risteena dan Isa mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Bulan Di Kota Langit dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.

Dalam pada itu, Isa turut mendedahkan ada beberapa pihak yang mencuba untuk mercuni fikiran bakal isterinya itu namun enggan membuat sebarang tudhan.Adik kepada pelakon Miller Khan ini juga menegaskan dia bukan seorang permpas dan ketika mereka mula berkenalan serta hubungan semakin rapat, Risteena tidak mempunyai kekasih.

Isa lamar Risteena di Bali, Indonesia.“Mungkin saya tak tahu pihak itu dan saya tak tudh sesiapa. Tapi saya tahu ada beberapa pihak yang cuba meracni fikiran Risteena. Yang pasti, saya bukan permpas!“Kami kenal pun ketika itu Risteena sudah tidak mempunyai sesiapa (kekasih). Jadi tiada istilah saya punca perpisahan Risteen dengan bekas kekasihnya,” ujarnya.

Khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki.Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam di sebalik sejambak bunga.

Menerusi foto tersebut, wargent mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa Khan.Sebelum ini, bekas kekasih Risteena yang juga seorang pelakon iaitu Ikhwan Khairudin, 29, mendedahkan mereka sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu tetapi semua perancangan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir termasuk majlis pernikahan.-mstar


Loading...
loading...


Sweet! Risteena kongsi momen bahagia Isa Khan basuhkan kaki, pot0ngkan kuku – “Kesungguhan dia tak semua orang boleh buat”

HAMPIR sebulan mengikat tali pertunangan dengan Isa Khan, pelakon Risteena Munim menyifatkan dirinya sebagai wanita paling bertuah kerana ditemukan dengan aktor tersebut.Menurut Risteena, 26, terlalu banyak memori yang tercipta dan berharap detik-detik indah itu akan berkekalan sepanjang perhubungan mereka.”Throwback zaman bercinta… terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya.

“Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.”Janji dia pada saya akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu,” katanya.

Risteena kongsi momen indah bersama tunang, Isa Khan.Risteena berkongsi rakaman pendek momen-momen indah ketika bersama dengan Isa Khan di laman Instagram miliknya pada Selasa.Antara yang meraih perhatian pengikut ialah aksi Isa Khan menyuapkan makanan, membasuh kaki dan memotong kuku pelakon drama Playboy Itu Suami Aku.Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini berkata dia kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Isa dan berharap supaya ikatan perhubungan mereka akan berkekalan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.“Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang, selalu bangga dengan dia, kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat.”I’m proud to say this, my Isa Khan,” ujarnya.

Terdahulu, Risteena dan Isa mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Bulan Di Kota Langit dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.Pasangan itu mengumumkan berita mengenai pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya, pada 6 Disember lalu.-mstar

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post