Tak kisah pandangan segelintir masyarakat. Kak KM bongkarkan perasaannya dan teknik pemasarannya yang menimbulkan rasa kurang enak untuk dipasarkan

Tak kisah pandangan segelintir masyarakat. Kak KM bongkarkan perasaannya dan teknik pemasarannya yang menimbulkan rasa kurang enak untuk dipasarkan

Sering tampil dengan teknik pemasaran sensasi sehingga mengundang cerita serta menimbulkan rasa kurang orang ramai, usahawan Liana Rosli tidak kisah dengan pandangan segelintir masyarakat yang tidak suka dengan kaedah tersebut.Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, setiap peniaga mempunyai cara mereka tersendiri untuk mempromosikan produk masing-masing. Menafikan caranya mempromosikan berbaur tidak elok, Kak KM berkata dia hanya bersikap jujur.

Tak kisah pandangan segelintir masyarakat. Kak KM bongkarkan perasaannya dan teknik pemasarannya yang menimbulkan rasa kurang enak untuk dipasarkan



“Sebagai peniaga kita kena ada kelainan dan jika kita ingin tonjolkan sesuatu benda… kena ada caranya. Contohnya, ramai yang jual jamu tapi bila produk kita dah laris ada yang nak tiru dan jual benda yang sama.“Korang boleh ada cara sendiri, tapi bagi saya, saya ada cara sendiri. Orang kata cara saya berbuat sesuatu yang tidak elok, sebenarnya ia tidak kerana saya lebih telus dalam penyampaian,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL MENARIK:Warganet tergamam Puteri Sarah tiba tiba muatnaik status baru di IG nya yang menjadi tanda tanya. Rupa rupanya ini yang terjadi antara dia dengan Syamsul Yusof.


Kak KM menegaskan jika mahu berjaya dan kaya dalam perniagaan seseorang itu perlu berani dan bersikap g1la-g1la. Dalam pada itu, Kak KM berkata tiada masalah menggunakan teknik pemasaran boleh menctuskan kontroversi demi mempopularkan sebuah produk.

“Kalau nak kaya kena berani, kena g1la. Kalau kau tak g1la duduklah di takuk biasa-biasa. Tekniknya, kita kena tahu apa yang kita jual, kena tahu keberkesanan produk dan kita sebagai pengasas mesti makan apa yang kita jual barulah orang percaya.“Untuk zaman ini, memang kita meniaga dekat media sosial, kalau tak kena kritik tak tular, benda tu tak meletop dan orang tak kenal. Tapi apa salahnya. Saya tak minta dikritik, tapi kalau kau dah kritik Alhamdulillah. Benda tu secara tak langsung akan lakukan produk,” katanya.-rotikaya

“Cukuplah kritik, Kasihan Dekat Mama Yang Sudah Tua”

Menyedari ada warganet melncarkan kempen B0ikot Keluarga Damanhuri susulan kontroversi tarian separuh bgl, anak kepada pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri iaitu usahawan kosmetik, Liana Rosli berharap perkara itu tidak berpanjangan.Katanya lagi, dia tidak menyangka kontroversi tersebut menjadi bualan hangat warganet dan turut meminta agar warganet diluar sana tidak memb0ikot produknya kerana itu adalah sumber rezekinya untuk membesarkan anak-anak.

“Saya rasa mungkin mereka hanya grtak sahaja kerana kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya nak besarkan anak-anak.“Janganlah b0ikot-b0ikot. Kita sama-sama Melayu janganlah jathkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan,” katanya kepada mStar Online.Lebih dikenali sebagai Kak KM, pengasas produk jamu itu juga turut meminta agar warganet berhenti mengkritik ibunya kerana bimbang ibunya akan jath sakit kerana tertekan.

“Cukuplah mengkritik mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda tular macam ni dia terkejut.“Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia jath sakit kerana tertekan. Janganlah kritik mama lagi. Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka tular sampai macam itu,” katanya.

Isnin lalu, Normah Damanhuri tampil memohon maaf diatas kejadian tarian bgel di majlis persandingan anaknya. Jelasnya, tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional dan tidak menyangka lelaki menyerupai wanita muncul berpakaian separuh bgl dan membuat tarian tak elok.-rotikaya

Gara-gara warganet melancarkan kempen Boikot Keluarga Damanhuri sejak semalam, pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri tampil memohon maaf diatas kejadian di majlis persandingan anaknya.Menerusi Instagram, Normah memohon maaf diatas kekhilafan semasa majlis persandingan anaknya, Ahya Rosli yang berlangsung Ahad lalu. Jelasnya tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional.

“Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya dan pasangannya”“Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan paperdoll itu sepatutnya tarian tradisional, zapin, miming, lawak jenaka dengan tetamu tapi saya tak sangka pula pakaian mereka itu keterlaluan untuk majlis perkahwinan,” jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menyangka lelaki menyerupai wanita itu berpakaian sebegitu dan membuat tarian sebgeitu sehingga beliau dikritik oleh pelbagai pihak termasuk ahli keluarga sendiri.Terdahulu Normah mengakui mengetahui jemputan individu berkenaan dan bersetuju dengan tarian yang akan dipersembahkan. Malah anaknya, Ahya pula mempersoalkan tindakan warganet mengkritik beliau. (rtky/w)

“Kami Sekeluarga Tahu & Setuju Jemputan Tarian Itu”

Ibu kepada Ahya Rosli yang juga seorang pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri mengakui tahu tentang jemputan seorang lelaki menyerupai wanita yang berpakaian sebegitu menari di majlis persandingan anaknya.

Bagaimanapun Normah enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video tersebut di hadapan tetamu ketika makan beradab pengantin berlangsung yang mulai tular semalam selepas dimuat naik.“Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita. Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah,” katanya kepada Harian Metro.javascript:false

Jelas Normah lagi, beliau tahu apa yang berlaku serta pengisian jadual dalam majlis persandingan anaknya. Malah segala jemputan termasuk tarian itu dipersetujui oleh ahli keluarga.Terdahulu beberapa siri rakaman tersebut mulai tular apabila kakak kepada Ahya, Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM memuat naik tarian terbabit di Instastory, yang sekaligus mengundang kritikan. (rtky/w)

Normah Damanhuri sedih komen warganet

KUALA LUMPUR: Masih panas dengan kontroversi penari lelaki berpakaian wanita sksi membuat persembahan pada majlis perkahwinan anak, Normah Damanhuri mengaku komen warganet membuat dirinya sedih terutama apabila dikritik cara dia mendidik keluarga.Normah berkata, sebagai ibu, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menegur anak-anak jika ada perkara yang dirasakan tidak betul dilakukan mereka.

“Saya tak tahu nak cakap apa… Orang selalu nampak saya membiarkan apa sahaja anak buat.“Tetapi sebagai ibu, semestinya saya menegur mereka tanpa henti jika ada salah silap pada pandangan mata saya. Takkan saya nak biarkan sahaja?“Benda yang tidak elok saya tak sokong, begitulah juga sebaliknya… Masing-masing sudah besar,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, warganet mengkritik klip video yang memaparkan aksi penari dipercayai lelaki menyerupai wanita sedang berdansa dengan rutin disifatkan keterlaluan pada majlis perkahwinan anak Normah, Ahya Rosli yang berkonsepkan tradisional Melayu.Klip video itu tular selepas dikongsi kakak Ahya, Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram.

Warganet bagaimanapun, menylar persembahan itu dan menyifatkan Ahya tidak wajar membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.Dalam permohonan maafnya, Normah menjelaskan, beliau tidak sangka persembahan hiburan untuk tetamu itu mengundang perasaan kurang senang warganet sehingga keluarganya menerima kritikan hebat.


Loading...
loading...


Normah berkata, dia bagaimanapun tidak marah kepada warganet. “Cuma, sesetengah komen mereka membuatkan saya sedih. Ada yang mengatakan, apabila kena hntam barulah nak minta maaf.“Ada juga yang menganggap saya menyokong perkara ini dan saya jugalah yang merakamkan videonya. Saya tak faham kenapa mereka suka membuat tduhan sebarangan?” katanya.

Ditanya mengenai beberapa komen yang dilayangkan membangkitkan kemarahan warganet, Normah berkata:“Betul, saya sempat membalas komen warganet. Saya komen bukan kerana warganet mengkritik majlis itu, tetapi mereka pergi ke ‘posting’ gambar lain dan menghntam kami anak-beranak menggunakan kata-kata yang sangat negatif.

“Walaupun anak-anak sudah melarang saya daripada membalasnya, sebaliknya abaikan sahaja komen terbabit.“Namun, sebagai ibu, saya marah kerana mereka bercakap mengenai anak-anak saya seolah-olah mereka tiada agama… Saya bukannya malaikat.”Normah kesal warganet yang tidak tahu hal-ehwal keluarganya, memberi komen sesuka hati

“Kalau mereka tidak tahu mengenai kami anak-beranak, jangan cakap sebarangan. Apakah mereka tahu bila anak saya bersedekah, bila anak-anak ke masjid, bila mereka membantu golongan memerlukan? Tidak… Mereka tak tahu kerana keluarga kami bukannya suka menunjuk-nunjuk perkara kebaikan yang dibuat.

“Kerana terlalu geram, saya membalas komen mereka. Tetapi tidak lama kemudian, saya padamkan semula,” katanya.Ahya atau nama penuhnya Ahya Ulumuddin Rosli, 32, bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur, pada 29 Mac lalu.-bh

Normah Damanhuri terima menantu

PELAKON dan model, Ahya Rosli, 32 juga merupakan anak dramatis terkenal, Normah Damanhuri, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan suri hati pilihannya, Shahirah Sanusi, pada petang Jumaat.Majlis yang berlangsung dengan meriah yang dihadiri ahli keluarga dan rakan kenalan telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian.

Dalam majlis itu Ahya menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan bentuk cincin kepada anak kacukan berdarah Sri Lanka, manakala wang hantaran sebanyak RM30,000.Sementara itu, Normah di Instagram memuat naik coretan istimewa buat anakanda tercinta.”Pesan mama sayangilah isteri mu agar dia bahagia dan anak mama akan merasa seperti di Syurga ALLAH SWT.”Cinta hati mama akan sentiasa mendoakan agar pernikahan Youngboy dan Ira diberkati kekal bahagia di dunia dan di akhirat,” tulis Normah.Di ruang komen Normah dan Ahya rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik.-sinarharian


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post