Syukur kaki dah boleh lurus dan otot paha hidup balik. PU Amin dedahkan perkembangan dia terkini dan punca dia berehat daripada membuat aktiviti fizikal

Syukur kaki dah boleh lurus dan otot paha hidup balik. PU Amin dedahkan perkembangan dia terkini dan punca dia berehat daripada membuat aktiviti fizikal

Pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada berkongsi perkembangan terkininya selepas menjalani operasi ligamen lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) lebih kurang dua minggu lalu.

Syukur kaki dah boleh lurus dan otot paha hidup balik. PU Amin dedahkan perkembangan dia terkini dan punca dia berehat daripada membuat aktiviti fizikal
Menurut PU Amin, dia kini harus menjalani sesi fisioterapi dan berehat daripada segala aktiviti sukan buat sementara waktu. “Alhamdulillah dah boleh jalan sikit sikit dengan bantuan tongkat. Hari ke 17 lepas operasi ACL. “Berkat usaha fisio kaki dah boleh lurus, otot peha dah hidup balik, cuma sekarang ni kaki kanan boleh bengkok 50’ je.

ARTIKEL MENARIK:Satu demi satu ujian yang datang. Terkini Elewsmart pula dimasuki individu yang tidak bertanggungjawab dan ini doa UEL buat 2 lelaki pakai helmet tersebut




“Setahun juga lah gntung boot bola lepas ni. Kepada semua yang sedang melalui rawatan pemulihan ACL macam saya, saya doakan anda semua cepat sembuh. “Inshaallah. Harap harap cepatlah sembuh, tak larat nak pakai tongkat je ni.

“Kalau ada info best best untuk pulihkan lutut lepas operate ACL ni share la,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Amin menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi foto berkenaan, PU Amin kini dilihat harus menggunakan tongkat untuk membantu pergerakannya. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mendoakan semoga penceramah itu lekas sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Instagram Pu Amin

Video Tular 20k Masih Jadi Perbualan Orang Ramai. PU Amin Pula Tampil Beri Kenyataan Selepas Dai Wan Beri Pendapat

Video tular 20k sehingga kini masih menjadi perbualan masyarakat, ada yang menyokong namun ramai yang mengkritik ‘content’ sedemikian rupa. Namun admin tertarik dengan perkongsian Ustaz Amirul Amin atau lebih mesra disapa PU Amin di twitternya mengenai budaya prank ini. Nabi pesan nak berhibur jangan sampai berdvsta”

Malah PU Amin ada mengulaskan lebih lanjut dalam instagramnya berhubung isu tersebut. Malah beliau meminta penyedia content di luar sana untuk berhati-hati dalam menghasilkan content di media sosial. Katanya prank yang mempunyai unsur pen1puan dan lakonan yang menjurus kepada perbalahan hingga terpvtusnya silaturrahim adalah sangat dil4rang dalam agama islam.Sumber: Instagram

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا..
.
Nabi Muhammad Saw bersabda, permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan mendukacitakan.Prank yang ada unsur pen1puan dan lakonan yang membawa kepada perbalahan dan pertel1ngkahan hingga boleh terputusnya silaturrahim adalah sangat dil4rang oleh agama kita. Jaga jaga dalam berhibur atau menghasilkan content di media sosial kita. Menakvtkan orang dengan sesuatu yang direka reka adalah bncana yang sangat negatif. Pelihara diri kita semua dengan tinggalkan sesuatu yang tidak manfaat bagi kita..
.
Ini pesan Rasulullah. Kalau nak jadi ummat yang terbaik jangan lah kita lakukan lagi. Berhentilah, memang kita kata itu kejutan tapi ia tetap dil4rang dan bukan hiburan yang dibenarkan. Inshaallah semoga kita dapat fahami bersama. Saya hanya menyampaikan , terpulang pada semua untuk menerima dan menilai nya.  Salam Zulhijjah. Tepuk dada, tanya selera.-lobalmerah

“Belajar Tak Habis Lagi Tapi Dah Nak Kahwin” – PU Amin Throwback Momen Manis Sempena Birthday Isteri


Pengacara dan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi momen manis sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya di laman Instagram. Memuat naik foto ketika hari perkahwinan mereka, PU Amin mencoretkan ucapan khas yang didedikasikan khas untuk suri hatinya.

“Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat. Semoga terus sihat, panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidupmu. “Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa.


Loading...
loading...


“Berkat perkahwinan ini Allah SWT tambah rezeki kita dari hari ke hari. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke syurga. Semoga Allah turunkan kasih sayang-Nya pada keluarga kita,” tulisnya. PU Amin turut menceritakan kisah disebalik foto perkahwinannya.

“Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012. Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar. Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin. “Hanya ada motor Kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian. Tapi sebab kenal dari Form 3, lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang.

“Muka saya pun masa ni sangat remaja. Alhamdulillah selepas guna collogen kurma, muka jadi berseri dan matang sikit. Selamat Hari Jadi Sayang,” tulisnya lagi. Di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar perkahwinan yang dibina PU Amin kekal sehingga ke syurga. Hasil perkahwinan mereka, keluarga bahagia ini dikurniakan dengan kehadiran tiga cahaya mata pelengkap hidup.-gmpk

Urat Lutut Pvtus Gara-Gara Main Bola Sepak, PU Amin Terpaksa Jalani operasi

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin terpaksa menjalani operasi di sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut kanannya. Menurut PU Amin, pembedahan itu perlu dilakukan selepas doktor mendapati urut lutut kanannya terputtus akibat kecederaan ketika bermain bola sepak dua minggu lalu.

“Mulanya bila rasa sakit saya pergi klinik sahaja, tapi tak surut-surut pula. Lutut jadi bengkk. Sangkakan terseliuuh sahaja, rupanya-rupanya apabila pergi lakukan x-ray, urat ACL (ligamen anterior cruciate) saya putuus.
“Jadi, doktor terpaksa lakukan operasi untuk ambil urat di paha untuk digantikan di bahagian lutut,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurut PU Amin, dia sudah dimasukkan ke wad hospital di Kajang sejak semalam.”Hari ini pembedahan itu dilakukan. Insya-Allah jika semuanya okay, doktor jangka Rabu dah boleh keluar,” katanya. Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram, PU Amin turut berkongsi gambar dirinya yang kini berada di wad hospital.

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar dirinya cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa. “Allah, kenapa Amin? Hang bedah lutut ke? Cepat sembuh.” komen penyanyi Fakrul UNIC. “Moga cepat sembuh Amin,” tulis pelakon Fadzil Zahari.

Saksikan program yang menampilkan PU Amin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!-gmpk

“Caprice kata saya kurang pintar pun tak apalah!” – PU Amin mengalah, padam muat naik mengenai dosa pakai rantai emas


PU Amin mengambil keputusan memadam muat naik terbaharunya di Instagram. PENDAKWAH bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin mengambil keputusan memadam perkongsian terbaharunya yang menyentuh mengenai dosa mendedahkan aurat dan memakai emas untuk lelaki di laman Instagram pada Jumaat.

Meskipun mesej itu tidak ditujukan pada mana-mana pihak, PU Amin berkata perkongsian tersebut telah melukakan hati sahabatnya yang juga penyanyi rap Caprice.”Saya dah padam dah, saya tak nak keruhkan keadaan, minggu depan saya nak pergi umrah.

“Sedangkan posting saya itu tidak sebut nama siapa-siapa, tidak tuju pada sesiapa, terus dia melenting, marah semacam. Pelik juga, saya dan Caprice ni kawan, pernah jumpa banyak kali. “Caprice kata saya kurang pintar pun tak apalah, saya doakan Caprice sihat dan berjaya dalam hidup, semoga Allah memelihara Caprice dengan kasih sayang-Nya,” katanya menerusi laman Instagram.

PU Amin berkongsi paparan skrin komen yang ditulis di akaun Instagram Caprice.Sebelum itu, PU Amin menulis mengenai ujian akhir zaman di mana manusia semakin ingkar dan berani melanggar perintah Allah SWT.Antara yang disebut ialah mengenai kewajiban menutup aurat, hukum memakai emas untuk lelaki dan dosa berbicara perkara lucah.“Tahu pakai emas bagi lelaki haram, tapi itu hak aku lnggar je. Tahu tutup aurat wajib tapi itu life aku, jadi lnggar je.“Belum pernah ada dalam sejarah manusia boleh berjaya lwn Allah,” tulis PU Amin.

Saya tak tngking orang, saya tak marah orang. Saya nasihat supaya taubat itu pun kena marah, bukan saya mak1 hamvn orang.

Gara-gara perkongsiannya itu ada netizen yang mengaitkan dengan penyanyi rap MK K-Clique yang pernah mengeluarkan kenyataan mengakui selesa mengenakan rantai emas meskipun mengetahui ia berdosa. Tidak lama selepas itu, Caprice menerusi laman yang sama memb1das kenyataan PU Amin itu.

“Memang tak pernah ada dalam sejarah manusia lwnn Allah. Kau b0dh ke apa? “Tapi dalam sejarah Malaysia sudah ada Abu (PU Abu) dan Aura 19 (Dai Farhan) dan kamu tak faham tentang Allah itu maha penyayang dan maha mengampuni. Salam Jumaat ustaz,” tulisnya.Perkongsian PU Amin mengundang rasa kurang senang Caprice. Bagaimanapun, kedua-duanya sudah memadam muat naik tersebut.

Sementara itu, PU Amin berkata setiap kali ingin menyampaikan dakwah namanya pasti akan dikaitkan dengan isu dan kontroversi membabitkan pendakwah selebriti yang lain.Malah, dia juga mengakui tidak pernah menggunakan bahasa kasar dalam menulis sesuatu pesanan di laman sosial.

“Tiap kali saya nak buat nasihat dakwah mesti dikaitkan dengan Abu, Aura 19. Berat ujian dakwah, saya mengalah, saya buat dakwah media sosial ini dengan baik. “Saya tak tngking orang, saya tak marah orang. Saya nasihat supaya taubat itu pun kena marah, bukan saya maki hamn orang. “Subhanallah indah jalan dakwah ini! Apa pun sentiasa ceria dan happy semua. Jangan saling membnci, hidupkan sunnah, sebarkan mahabbah,” ujarnya.-mstar

 via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post