Majlis resepsi kedua belah pihak melibatkan pelakon popular, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar telah pun berlangsung dengan meriah sepanjang minggu lalu.
Walaupun majlis tersebut disifatkan berjalan dengan lancar, namun, masih ada suara-suara nakaal di media sosial yang memberi reaksi misalnya yang menyentuh soal persalinan yang dikenakan Mira hasil rekaan indah pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi.
ARTIKEL MENARIK:Dikatakan saman ibu mertua. Ali Puteh sanggup keluarkan kenyataan dan ini respon dari balu Abam sendiri susulan isu yang masih belum jumpa jalan penyelesaian
Menerusi ruangan Twitter, terdapat seorang individu yang menyifatkan sepersalinan yang dikenakan Mira saling tak tumpah seperti ‘alas meja keras’. “Lace nampak padat and keras macam alas meja yang kejung terakngkat tu,” tulisnya.
Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Rico sendiri;“If you have nothing nice to say, say nothing at all.“Your voice unfortunately doest not represents the majority. #saynotocybrbllying,” balas Rico.Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rico menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, ciapan tersebut turut disertakan dengan tanda pagar ‘katakan tidak kepada bvli sibr’.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat selain turut memuji hasil kerja Rico itu.Sumber: Twitter Rico Rinaldi
Pants Dress Biru Mira Filzah Jadi Bualan Warganet, Rico Rinaldi Siapkan Dalam Masa 130 Jam Saja!
Pereka fesyen baju resepsi biru Mira Filzah, Rico Rinaldi mendedahkan dia mengambil masa selama 130 jam untuk menyiapkan ‘pants dress’ pelakon popular itu. Jelas Rico, rekaan dres yang dilengkapi dengan seluar tapi masih mengekalkan ciri-ciri sopan itu adalah hasil perbincangan dengan bakal pengantin dua minggu sebelum majlis resepsi berlangsung.
“Mira datang pada saya dua minggu sebelum majlis resepsinya, kata Mira dia mahukan rekaan yang sesuai dengan majlis dalam taman pada waktu pagi dan selesa untuk bergerak untuk sesi games. “Jadi, saya mahukan rekaan yang tidak boleh terlalu sarat dan berat untuk pengantin. Terus terlintas untuk buat seluar dan sut.
“Tapi selepas berbincang semula dengan Mira, kami putuskan untuk menghasilkan dress pants yang sesuai dengan imej Mira tetapi punyai kelainan dengan belahn slit pada dres itu di bahagian hadapan,” kongsinya kepada Gempak.
Tambah Rico, dia memilih warna powder blue berdasarkan warna pelamin pilihan Mira dan Emir.”Mira sudah pilih warna putih dan ‘chmpagne’ untuk dua majlis sebelumnya, jadi saya cadangkan Mira untuk bermain dengan warna.
“Jadi, kami putuskan warna powder blue dan kekalkan gaya kasual serta perincian Rico Rinaldi.”Pants dress ini menggunakan fabrik sutera crepe dan menggabungkan manik berbentuk bunga yang dicampurkan dengan warna biru gelap, silver dan sedikit hijau,” katanya yang menggunakan kain layah panjang untuk menyeimbangkan persalinan tersebut.Manakala, bagi persalinan Emir pula Rico memilih sut yang berwarna senada dengan pants dress Mira. “Saya tak mahu Emir pakai tali leher atau bow tie sebab mahukan mood kasual, malah pasangan itu juga tidak dipakaikan sebarang aksesori seperti tiara dan bunga tangan bagi menampakkan majlis ini lebih santai,” tambah Rico.
Pants dress Mira tu merupakan sentuhan pertama Rico sepanjang 12 tahun beroperasi untuk menghasilkan persalinan yang berbeza bagi pasangan mempelai. Majlis resepsi Mira dan Emir berlangsung meriah pada Ahad lalu di A-Park, Puchong, yang dihadiri teman rapat, rakan selebriti dan media. Pants dress rekaan Rico juga menjadi bualan hangat warganet di media sosial.-gmpk
Anak Buah Mira Filzah Pernah Tular Terpilih Untuk Belajar Di New York. Kali Ini Umar Raih Perhatian Pula Dengan Ucapannya Sempena Majlis Mira Dan Wan Emir
Seperti diketahui umum, majlis pernikahan Mira Filzah terpaksa dipercepatkan berikutan kakaknya iaitu Ain Farhanah yang menetap di New York tak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Selain akad nikah dan resepsi Mira serta Wan Emir semalam, seluruh ahli keluarga kakak sulung termasuk anak buahnya yang bernama Umar juga berkesempatan menyaksikan majlis pernikahan adik bongsu mereka sebelum ini.
“Mia, you look beautiful tonight. Uncle Emir, you’re not bad too”
Bersempena majlis resepsi di Hotel Le Meridian, Putrajaya malam tadi, si cilik tersebut telah menjadi tumpuan apabila menyampaikan ucapan khas bagi mewakili keluarga kakak sulung Mira Filzah. Selain memuji Mira Filzah kelihatan sangat cantik, Umar malah sempat berseloroh bahawa bapa saudara barunya itu pun tak kurang hebat juga. Apa yang lebih menyayt hati adalah dia sempat memeluk mesra pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ itu seolah-olah tumpang gembira dengan pernikahan penuh bermakna tersebut.
Tamat majlis, Umar terus balik New York sebab mulakan sesi persekolahan
Menerusi perkongsian di IG Story milik Ain Farhanah, keluarganya terus berangkat ke New York malam tadi sejurus majlis selesai. Menurut kenyataan Mira sebelum ini, mereka perlu pulang kerana Umar bakal memulakan sesi persekolahan baharu di sana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rasa terharu mendengar ucapan daripada si comel tersebut. Malah ada yang turut memuji penampilan ayu kakak Mira Filzah serta bersedih kerana mereka sudah perlu berangkat pulang malam tadi. Sumber: hotfm976 & ainfarhanah16_
Mira akui dia menangis. Dia tak jangka anak buahnya terpilih untuk bersekolah di New York.
“Saya Sangat Beremosi, Menangis,” – Anak Buah Mira Filzah Antara 50 Kanak-Kanak Terpilih Ke Sekolah ‘Gifted n Talented’ Di New York. Pelakon terkenal, Mira Filzah berkongsi kegembiraan terhadap pencapaian anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar.
Ini kerana, dia menjadi antara 50 kanak-kanak terpilih untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di Amerika Syarikat. Pelakon berusia 27 tahun itu turut memuat naik surat tawaran kemasukan dan surat rujukan yang ditulis oleh guru kanak-kanak berkenaan sebagai sokongan.
“Repost this from my BIL’s ig story. I’m so emotional right now. I cried you know! “Over, but I really cried. Big boy already. Umar’s academic abilities and gifts far exceed what is typically expected of a child his age”. “May Allah always keep you safe, well, happy Sayang Mia, and where ever you are, I pray you’re never out of Allah’s protection, not even for a blink. “I miss you so much and I love you one million!” kongsinya. Lalu, warga net turut berkongsi kegembiraan seterusnya beri reaksi di ruang komen.
Sumber:media hiburan
Inilah Pekerjaan Dan Latar Belakang Mira Filzah Sebelum Bergelar Pelakon.. Bukan Calang-Calang Orangnya
Sudah namanya rezeki, sememangnya tiada siapa yang berhak menghalang. Demikian yang boleh disimpulkan mengenai nasib aktres Mira Filzah yang mencetus fenomena tersendiri selepas beberapa tahun terjun ke bidang lakonan.
Tahun lalu, beliau dinobat dengan gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32. Ia rentetan fenomena yang dicetuskan menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, selain siri Sweet Dreams yang turut menerima pujian ramai.
Selain bergiat sebagai pelakon, beliau turut meneroka beberapa cabang seni lain pada ketika namanya sedang memuncak dalam bidang hiburan ini. Tidak dinafikan dirinya kini merupakan antara pelakon yang sedang laris memenuhi pelbagai tawaran.
Namun ramai yang barangkali tidak tahu tentang latar belakang mengenai pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini. Aktres berusia 27 tahun ini merupakan bekas lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam bidang perniagaan antarabangsa. Pernah memegang tanggungjawab sebagai hos program Qari Junior, Hijabista dan KLTV, beliau juga pernah menyara kehidupan sebagai seorang blogger.
Ini Keputusan PMR Dan SPM Mira Filzah Yang Buat Ramai Terkedu!
Kredibiliti Mira Filzah sebagai seorang pelakon dan pengacara sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Mira atau nama lahirnya, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman yang juga merupakan bekas penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini membuatkan ramai kagum dengan kejayaannya sebagai antara selebriti yang disifatkan “Beauty With Brains”.
Berdasarkan keputusan PMR dan SPM yang diraihnya, sebagaimana yang didedahkan dalam program terbitan Astro, Trek Selebriti, tidak hairanlah dirinya mampu memiliki segala-galanya dengan satu persatu kejayaan digenggam pada hari ini.
Keputusan PMR dan SPM Mira Filzah
Bukan calang-calang, pelakon jelita ini mampu mencatatkan keputusan 8A dalam PMR dan SPM sewaktu usia remajanya. Beliau kemudian menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Sudah terang lagi bersuluh, aktres ini bukan sahaja dikurniakan raut wajah yang cantik, sejuk mata memandang kerana berhijab, namun juga seorang yang bijak!
via Era Kini
Post a Comment