Menerusi perkongsian di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya memaklumkan anak perempuannya dikejarkan ke hospital beberapa hari lalu selepas sebiji tasbih kristal dimasukkan ke dalam hidungnya.Menurut PU Syed, selepas cubaan mengeluarkan semula biji tasbih itu gagal, dia terus membawa anaknya, Faathimah ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.
“Anakanda Faathimah masukkan biji tasbih kristal dalam hidungnya. Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya.“Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh. Bagaimanapun, doktor bertugas minta datang pagi ini untuk jumpa ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Terbang RM120 tanpa apa-apa selain jenguk sahaja,” kongsinya.
ARTIKEL MENARIK:Lepas Puteri Sarah bongkarkan apa yang terjadi dengan hubungan dia dan Syamsul Yusof kini Mawi pulak tiba tiba tampil bongkarkan apa sebenarnya yang berlaku.
Bagaimanapun, PU Syed berkata setiba di rumah dia berusaha sekali lagi untuk cuba mengeluarkan biji tasbih yang masih tersekat dalam hidung anak perempuannya itu dan akhirnya berjaya.“Bawa balik Faathimah, saya dan isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, pakai penyedut hingus, bukan vakum tu ya..korek sikit-sikit. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam hampir 12 malam. Alhamdulillah,” tulisnya.Menerusi perkongsian itu, PU Syed turut memuat naik foto memaparkan biji tasbih yang berjaya dikeluarkan dari hidung anaknya. Ujarnya, apa yang terjadi itu dijadikan pengajaran untuk mereka sebagai ibu bapa lebih berhati-hati.-mstar
“Foto berpelukan seperti suami isteri, sebaiknya nikah sahaja” – PU Syed minta Jakim buat garis panduan bendung gaya kehidupan artis
PENYEBARAN foto aksi mesra memperlihatkan pelakon Zul Ariffin memeluk dan mengangkat Intan Najuwa ketika sedang bermandi-manda di pantai menerima teguran Pencetus Ummah (PU) Syed.PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, berkata tindakan yang dilakukan dua selebriti itu bertentangan dengan syarak dan adalah lebih baik jika mereka berkahwin secara halal.
“Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar gambar kalian berdua berpelukkan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.”Sebaiknya kalian bernikah sahaja dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram apatah lagi kita semua mengatakan takut dihmban ke neraka dan inginkan masuk ke syurga.
“Namun kita lakukan perkara yang sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke neraka. Adakah terlalu murah perintah dan lrangan Allah ini sehingga kalian berani melnggarnya? fikir-fikirkanlah!” katanya.PU Syed memuat naik teguran terhadap dua pelakon ini di Instagram.PU Syed membuat teguran secara terbuka itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.
Pada Khamis, nama aktres Intan Najuwa sekali lagi menjadi perbualan hangat warganet apabila beberapa keping foto aksi mesranya dengan pasangan gandingannya, Zul Ariffin tersebar di media sosial.Foto tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet dan berpendapat kelakuan itu tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.
Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berwajib untuk mengeluarkan satu garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti.Aksi mesra dua pelakon ini menerima kritikan warganet.“Ambe (saya) rasa perlu Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu membuat satu garis panduan.
“Bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar. “Takzir (hukuman) sangat baik ke atas mereka #AdeAmbeTakut,” ujarnya.Sehingga kini, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.-mstar
“Kalau pun bermazhab lain, tak payah ‘up’ gambar sebegitu rupa” – Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed
OPU Syed berpendapat Nabila tidak sepatutnya memuat naik foto bersama anjing kerana bimbang menjadi ikutan peminat.TINDAKAN pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya pada Rabu menerima teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed.PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, berkata, perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti tempatan sehingga boleh mendatangkan ftnah pada agama.
Malah, PU Syed turut menegur babak-babak bersentuhan dan berpelukan dalam drama yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah dan menjadi tontonan peminat.PU Syed turut berkongsi mengenai hukum menyentuh anjing berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A.
“Saya dah samak (sebenarnya adalah sertu). Itu kata-kata Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dalam kalangan artis yang semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa.”Dari adegan bersentuhan, berpelukan sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka.”Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan ftnah pada agama,” kata PU Syed di Facebook pada Khamis.
Nabila atau lebih mesra dengan panggil Abil memuat naik swafoto dengan anjing tersebut ketika dia sedang bercuti di New Zealand bersama keluarganya baru-baru ini.Dalam pada itu, PU Syed juga berkongsi hukum menyentuh anjing berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A dan mazhab Syafie yang mengatakan setiap inci haiwan tersebut dikira sebagai najis.
Menurut PU Syed, anak kepada penyanyi Amy Search itu tidak sepatutnya memuat naik foto seperti itu yang boleh membawa ftnah terhadap diri sendiri dan menjadi ikutan peminatnya.Nabila dan keluarganya baru sahaja pulang daripada percutian di New Zealand selama dua minggu.
“Biar tahu jangan keliru. Hukum menyentuh anjing. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughalazah iaitu najis berat.”Sama ada yang digunakan untuk berbvru atau tidak, yang kecil atau yang besar. Merujuk kepada mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis.”Kalau pun artis ini bermazhab lain selain mazhab di Malaysia, tak payah up gambar sebegitu rupa yang membiarkan ftnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat-peminat dia,” katanya.Tags/Kata Kunci:-mstar
“Saya cuma nak tunjuk kasih sayang terhadap haiwan” – Nabila Huda ulas foto ‘selfie’ dengan anjing terima teguran PU Syed
PELAKON Nabila Huda menjelaskan tindakannya berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagram bukan untuk memberi pengaruh buruk kepada orang ramai.Sebaliknya kata Nabila, niatnya hanya untuk berkongsi kegembiraan selain menunjukkan rasa kasih sayang terhadap segala jenis haiwan, termasuk anjing.
“Anjing adalah makhluk daripada Allah juga… tidak ada masalah pun kita berbuat baik terhadap apa sahaja binatang yang ada.”Lagipun saya dah beritahu yang saya dah samak (sebenarnya adalah sertu).PU Syed membuat teguran terhadap Nabila menerusi laman Facebook miliknya.
“Saya tak rasa pun saya buat begitu untuk pengaruh semua orang pegang. Saya hanya nak tunjuk sebagai manusia, kita perlulah menyayangi setiap benda yang ada di muka bumi ini,” katanya kepada mStar.Nabila ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah Nabila, ia bukanlah isu yang harus diperbesarkan kerana lebih banyak perkara lain yang lebih besar dan harus dipandang serius.Kata Nabila, isu masalah sosial dalam kalangan remaja adalah lebih membimbangkan yang perlu diteliti golongan agamawan berbanding isu menyentuh anjing.”Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan mahram berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula.
Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan mahram berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula.
“Mereka tak fikir setiap komen itu sebenarnya saya boleh ambil dan buat laporan polis,” katanya.Pada Khamis lalu, anak kepada penyanyi Amy Search ini memuat naik sekeping gambar ‘selfie’ bersama seekor anjing.Perbuatannya itu kemudiannya mendapat teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed yang menyifatkan perbuatan seperti itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti tempatan sehingga boleh mendatangkan ftnah kepada agama.
Dalam perkembangan lain, lakonan mantap aktres berbakat besar ini menerusi drama Dia Tidak Berdosa berjaya mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam ASK2019.Drama Kamar Kamariah diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik ASK2019.Menurut Nabila, ia antara anugerah yang paling dinanti-nantikannya kerana bakat lakonan dinilai oleh juri dan bukannya berdasarkan undian peminat.
“Saya rasa gembira tak sangka masih boleh dapat lagi anugerah ini… ia adalah anugerah yang ketiga di Anugerah Skrin dan saya memang ternanti-nantikan majlis seperti ini sebab mereka menilai bakat kita dengan juri profesional dan bukannya berlandaskan daripada undian peminat.
“Sejujurnya saya tak suka watak yang berat dan selalu menangis kerana ia tak kena dengan jiwa saya. Kalau saya buat mesti akan rasa kekok.”Apapun, saya rasa bertuah kerana kebanyakan skrip yang saya dapat semuanya best-best dan menjadi antara faktor kemenangan saya pada malam ini,” katanya.-mstar
via Era Kini
Post a Comment