Pelik suara dekat tv tiba tiba jadi kuat. Anak Idris tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar bila dapat tahu Idris pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini punca.

Pelik suara dekat tv tiba tiba jadi kuat. Anak Idris tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar bila dapat tahu Idris pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini punca.

Kuala Lumpur: “Ayah tanya bila kad kahwin saya akan siap kerana dia nak berikan kepada rakan-rakannya,” kata Nur Alia Muliyani, 27, anak kedua pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, yang meninggal dunia awal pagi hari ini.

Pelik suara dekat tv tiba tiba jadi kuat. Anak Idris tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar bila dapat tahu Idris pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini punca.


Nur Alia yang akan berkahwin pada hujung tahun ini berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu antara petanda pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan tinggalkan mereka buat selama-lamanya.

ARTIKEL MENARIK:Mira Filzah muatnaik gambar pergi bulan madu. Tapi Wan Emir pulak yang jadi buah mulut warganet. Rupa rupanya ini yang warganet nampak dalam gambar tersebut.


“Saya tak terfikir apa-apa dan suruh dia tunggu kerana kad belum siap. Memang saya tak mengesyaki apa-apa dan tak tahu rupanya itu soalan terakhir ayah kepada saya,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Alia, bapanya menghidap kencing manis, tetapi sukar ditentukan tahapnya kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan.

“Ayah memang tak makan ubat, tapi kami sekeluarga jaga pemakanan dia. Ayah pun jarang makan di luar dan sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada. Dia kurang makan. Saya dan emak bagi makanan yang dia suka tapi itu pun dia tak makan,” katanya.

Idris juga mengikuti rutin berpantang makan, namun sesekali dibenarkan merasa pelbagai menu seperti masakan bergoreng dalam kadar sedikit. “Kami satu keluarga amalkan minum air masak. Minuman bergula hanya dihidangkan untuk tetamu. Ia bukan dipraktikkan sejak ayah sakit, tapi disebabkan mak juga ada masalah jantung.

“Ayah pergi menghadap illahi mengejut mungkin salah satu sebabnya kerana dia tak makan. Selera sudah tiada, malah nak mengunyah makanan pun tak boleh,” katanya. Menurut Alia, bapanya suka berehat di rumah dan jika keluar pun hanya untuk bertemu rakan-rakan.

“Dia sangat menghargai mereka. 7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama terakhir lakonannya. Satu perangai ayah, dia bukan jenis yang suka bawa cerita kerja di rumah. Sepanjang 27 tahun hidup, saya tak pernah tanya berkenaan drama lakonan dia.

“Kalau dia nak cerita, dia akan cerita. Kami tak nak bagi dia ‘stress’. Begitu juga saya tak bawa hal kerja di rumah. Kami hanya fokus pada urusan keluarga,” katanya. Menurutnya, setiap kali rakan-rakan bapanya bertanyakan drama lakonan beliau, mereka hanya menjawab dia terbabit dengan penggambaran.

“Kami memang tak tahu drama apa. Seperti kata rakan-rakannya, karakter ayah di luar dan dalam drama sama sahaja iaitu ‘soft spoken’, cuma dia ada barannya tapi bergantung pada situasi dan keadaan,” katanya. Terdahulu, Idris yang popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 disahkan pergi menghadap illahi di rumahnya di Putrajaya, pada jam 2.30 pagi. Alia berkata, bapanya ditemui dalam keadaan pucat dan tubuhnya sejuk di depan kaca TV di tingkat bawah kediaman mereka.


Loading...
loading...


Suara Tv Makin Kuat

“Ayah memang suka tengok TV seorang diri sampai lewat pagi kerana dia susah nak tidur malam. Mak hanya sedar apabila dengar suara TV makin kuat dan apabila turun didapati kucing berada di atas ‘remote control’ TV. “Dalam masa sama emak lihat keadaan ayah terlantar dan perasan situasi yang berlaku. Memang terkejut kerana ayah tak tunjukkan tanda-tanda sakt,” katanya.

Sementara itu, Idris selamat di uruskan di Tanah Islam Bukit Lagong, Kepong pada jam 11 pagi. Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan seangkatan antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar dan Mubarak.

Idris pergi menghadap illahi dalam tidur.

Idris Mohd Diah pergi menghadap illahi pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya awal pagi Isnin. Pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan pergi ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia mengenali Idris ketika berlakon dalam telefilem untuk RTM dan ketika dia belum dikenali sebagai Remy Ishak. “Ayat abang Dris bagi waktu aku mula-mula masuk bidang lakonan. Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie untuk RTM dengan Abg Dris dan Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’.

“Tak ada orang yang kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara abang Dris kat telinga. “Semoga abang di tempatkan kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya. Idris tinggalkan seorang balu, Che Hawa Abu Bakar, 60, dan dua anak iaitu Muhammad Afiq Husaini, 28, dan Nur Alia Muliyani, 27.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw

Pak Andak 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia

PELAKON veteran Idris Mat Diah yang dikenali dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 pergi menghadap illahi di Putrajaya pada usia 61 tahun jam 2.30 pagi hari ini.

Anak yang dikenali sebagai Alia berkata, bapanya didapati tidak sedarkan diri kira-kira jam 2 pagi sebelum mereka menghubungi ambulans. Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Idris pergi menghadap illahi jam 2.30 pagi. Alia turut memaklumkan dua, tiga hari ini, bapanya tidak mempunyai selera makan.

Terdahulu berita pemergian Idris atau nama sebenarnya Mohd Idris Mohd Diah dimaklumkan menerusi ucapan takziah rakan-rakan artis dan penerbit drama buat ahli keluarga Idris. Antaranya pelakon drama bersiri Gerak Khas, Zulkifli Ismail, Kay Maria dan penerbit Raja Azmi.

Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan di uruskan di Tanah Islam Bukit Lagong, hari ini. Idris pernah berlakon dalam filem Janin pada 2010 selain pelbagai drama bersiri dan telefilem popular antaranya Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Love You Mr Arrogant dan Zahir Tak Terucap. Selain itu, idris juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

‘Mak Andak’ Terkejut Pemergian Idris Md Diah, Banyak Ambil Alih Peranan Masa Berlakon 7 Hari Mencintaiku 2

Dramatis, Anne Abdullah yang melakonkan watak ‘Mak Andak’ bagaikan tidak percaya Idris Md Diah yang berlakon sebagai suaminya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 pergi menghadap illahi awal pagi ini. Bagi Anne, Idris yang berusia 61 tahun itu dikenang sebagai seorang pelakon yang sangat komited kerana sanggup memandu sendirian ke lokasi penggambaran walaupun sedang uzur, lapor Berita Harian. 

Malah tambah Anne lagi, dia banyak mengambil alih dialog Idris kerana pelakon itu tidak mampu mengingati skrip yang panjang. “Ketika berada di set penggambaran, pergerakan dia sangat perlahan. Dia selalu terlupa di mana dia meletakkan barang-barang seperti baju. Kamilah yang membantu mencarinya.

“Kami juga sentiasa pastikan dia sudah makan. Dalam keadaan uzr, dia masih mampu memandu kereta sendirian sehingga kadang-kala, saya jadi risau. “Apatah lagi, matanya sudah tidak begitu nampak. Bila ditanya bagaimana dia boleh memandu sendirian, dia beritahu, dia hanya mampu bertawakal kerana tiada pembantu peribadi,” katanya sedih.

Pelakon dan kru penggambaran juga katanya sering membantu dia di lokasi apatah lagi apabila set penggambaran kurang selesa dengan lampu yang agak panas. “Saya tidak kisah atau marah setiap kali mengambil peranan dia di lokasi. Bagi saya, itu hari dia. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita apabila sudah berusia,” katanya yang mengenali Idris sejak remaja. Al Fatihah buat Idris. Kalau ada 7 Hari Mencintaiku 3 mesti pelakon semua teringat-ingat dia kan?? 

via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post