Keadaan di bahagian leher Naz selepas operasi . GARA-GARA tidak menjaga postur kedudukan leher ketika bekerja, pengacara Naz Rahman terpaksa menjalani operasi untuk merawat saraf tunjang termampat di bahagian lehernya sekitar Mac lalu.
Menurut Naz, 42, dia mula merasai kesakitn di bahagian leher sejak 15 tahun lalu namun hanya membiarkan sahaja kerana beranggapan ia sekadar sakit biasa.
ARTIKEL MENARIK:Remaja tampil buat permohonan maaf terhadap keluarga Nora. Ini respon dari anak sulung Nora sendiri terhadap isu yang tular sejak kebelakangan ini
Pemilik nama Nazrudin Habibur Rahman ini akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan operasi selepas tangan kanannya mangalami kebas dan berlaku kejadian yang memalukan.
Naz menjalani operasi saraf tunjang pada Mac lalu. “Saya terlalu banyak melakukan kerja suntingan dan membiarkan tengkuk saya tertunduk lama sangat. Disebabkan itu saraf tunjang saya smpit. Saraf itu terkpit dan lama kelamaan ia menjadi semakin kecil
“Sebenarnya selama 15 tahun saya dah rasa sakit itu tapi mula-mula saya ingatkan angin, lepas urut-urut hilang tapi semakin lama urut pun tak rasa apa. Lama-kelamaan, kesan daripada sakit itu, tangan kanan saya memang jadi kebas. “Tangan saya dah tak boleh rasa apa-apa. Pernah ketika saya sedang mengacarakan program tiba-tiba mikrofon tercmpak. Beberapa kali juga berlaku dan sampai rasa malu.
Saya beranikan diri dan terpaksa juga bekerja tapi saya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi.
“Doktor pun marah saya, kenapa sampai melarat baru jumpa. Daripada melarat, saya pun ada tiga orang anak, masih muda lagi… lebih buat kita buat sekarang (operasi),” kata Naz kepada mStar. Naz ditemui ketika majlis memperkenalkan tiga selebriti iaitu Wany Hasrita, Amira Othman dan Tasha Manshahar sebagai duta produk Bougas Beauty di Glam Hall, Mustapha Kamal, Petaling Jaya baru-baru ini.
Pada Mac lalu, Naz selamat menjalani operasi akibat kecederaan saraf tunjang yang menyebabkan gngguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun. Naz bersama isteri dan tiga orang anaknya. Dalam pada itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini memberitahu biarpun keadaannya belum pulih sepenuhnya namun dia terpaksa mula bekerja demi kelangsungan hidup.
“Alhamdulillah, tangan yang sebelum ini kebaas, dah semakin pulih. Sebenarnya keadaan saya masih lemah dan doktor kata jangan buat kerja lagi tapi apa nak buat… siapa nak bagi makan dekat anak-anak saya. “Jadi, saya beranikan diri dan terpaksa juga bekerja tapi saya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi. Untung masa PKP tak ada pekerjaan, jadi kita gunakan masa itu untuk recover,” ujarnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:
‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM
Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Naz Rahman mengaku sentiasa berhati-hati sepanjang tujuh tahun mengendalikan program berkonsep travelogue itu. Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Rahman memberitahu dia perlu berhati-hati setiap kali membuat ulasan mengenai restoran dikunjungi kerana bimbang menjejaskan periuk nasi pemilik.
“ Setiap manusia memiliki citarasa tersendiri yang mana kalau saya rasa sedap belum tentu orang lain rasa sedap. “ Tugas saya sebagai pengacara bukan untuk buka aib restoran tetapi perlu mengolah juadah yang dihidangkan dalam cara dan nada tepat.
“ Ini kerana saya sedar, apa yang saya sebutkan ketika membuat review tentang sesebuah restoran bakal memberi impaak. Silap hari bulan jika tersalah sebut ia mungkin boleh menjejaskan periuk nasi peniaga. Oleh itu saya sangat berhati-hati ketika mengulas,” katanya kepada Xtra ketika ditemui di ruang legar utama Suria KLCC sempena pelancaran dekorasi Raya bertemakan ‘Semurni Ikatan, Seindah Lebaran’ hari ini.
Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan. “ JCM sudah berubah konsep di mana program ini lebih menekankan mengenai kesihatan bersama komuniti sambil menjamu selera.
“ Dalam masa sama, konsep JJCM juga adalah untuk mengelakkan pembaziran. Jika dulu saya akan makan 10 hingga 12 jenis menu untuk setiap restoran, kini JJCM akan memilih juadah terbaik sahaja,” akhirinya.-xtra
Mahal! Naz Rahman terkejut! Sotong macam getah ikat plastik!
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan juga pernah bertugas di majalah Variapop. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf.
PENGACARA yang popular dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman atau Naz Rahman berkongsi dalam Twitter perasaan terkejut melihat keadaan sotong celup tepung yang berharga RM15 ketika makan di sebuah restoran. Mak oiii!! RM15 untuk sotong celup tepung!!! : KitaReporters
Apa tidaknya harga tersebut seakan-akan tidak memadai dengan keadaan makanan yang dipesan. “Macam ni RM15?,” tulisnya ringkas. Inilah sotong yang berharga RM15 dan kelihatan seperti getah ikat plastik yang dimaksudkan oleh Naz.
Menerusi gambar yang dikongsi, kelihatan makanan yang dipercayai sotong celup tepung dalam hanya beberapa keping. Umum mengetahui makanan laut seperti sotong memang mahal, namun daripada gambar yang dikongsi, adakah ia berbaloi dengan harga? Perkongsian Naz itu mendapat komen daripada pengikutnya dalam Twitter. Ada warganet yang menyamakan makanan tersebut getah ikat rambut dan peria mamak.
Malah, menurut Naz selain harganya yang mahal, rasanya juga liat. “Big time. Liat macam getah ikat plastik. Lama tak kena tpu,” luahnya.Namun, bagi Naz dia menganggap itu adalah rezekinya pada hari tersebut. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir dia datang menjamu selera di situ.
“Mula-mula naik angin, tapi sekarang kalau itulah rezeki saya, saya terima. Tapi memang takkan datang baliklah,” ujarnya.Jangan main-main dengan Naz. Sudah tentu sebagai pengacara sebuah program makan-makan dia berpengalaman luas dalam menentukan mana satu makanan yang berkualiti atau sebaliknya.
Kalau mahal sekalipun, tapi kualiti makan pada tahap terbaik, tidak kisah. Ini tidak, sudahlah mahal, makanan yang disajikan pula tidak berkualiti dan sepadan dengan harga! Bagi yang belum mengetahui, pada Mac 2020 lalu Naz telah menjalani operasi saraf tunjang di sebuah pusat perubatan swasta. Menurut Naz, kecederaan saraf tunjang yang dialaminya menyebabkan gngguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun. – KitaReporters
“Setahun Tak Dapat Rasa Saraf Tangan Kanan” – Naz ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ Selamat Jalani operasi Kali Ke-10
Pengacara yang popular dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman telah selamat menjalani operasi saraf tunjang di sebuah pusat perubatan swasta baru-baru ini. Kata Naz, 41, kecederaan saraf tunjang yang dialaminya menyebabkan gngguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun.
“Tak mahu berlebih-lebih tetapi rasanya rahsia perlu dibongkarkan. “Salah satu daripada tulang belakang saya telah menjejaskan saraf tunjang saya dan saya tidak boleh rasa pergerakan tangan kanan saya selama lebih setahun.
“Ketakutn membuatkan saya sering menangguh, sehinggalah mikrofon yang saya pegang sering terjatvh setiap kali di pentas. Tibalah masanya untuk saya mengatasi rasa takut itu! “Tolak ke tepi risiko, Alhamdulillah, operasi itu berjalan lancar dan sekarang tengah dalam proses pemulihan di rumah bersama keluarga tersayang.
“Masih tak boleh pusing kepala tetapi cuba melakukan aktiviti ringan mengangkat bebadan di rumah. Sekarang saya sudah boleh mengangkat beban 5 kilogram. “Perlahan dan sakit, tetapi apa lagi yang boleh dibuat ketika tempoh kuarantin?” kongsi Naz menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.
Naz mendedahkan operasi yang dilaluinya baru-baru ini merupakan prosedur ke-10. “Semoga ini menjadi operasi yang terakhir dan terima kasih atas doa dan minta maaf kerana tidak maklumkan kepada kawan-kawan. “Sifat saya tak suka susahkan orang, jangan ambil hati ya,” tambah Naz yang turut berkongsi paparan X-ray keadaan tulang belakang dan saraf tunjangnya. Sepanjang proses operasi dan rawatan terbabit, Naz dijaga rapi oleh isterinya, Sheahnee Iman Leee.
Post a Comment