Nampaknya kemelt antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.
Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan samn balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
ARTIKEL MENARIK:Pasangan suami isteri ini pernah dikhabarkan masuk hospital. Terkini Zain Saidin dedahkan punca dia masuk hospital dan tak sangka ia melebihi paras tujuh
Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan samn terhadap dia dan keluarganya. Samn tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).
Berikut Posting dari TN KA sebgai perkongsian kita bersama. Assalamualaikum semua, Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.
Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum. SIAPAKAH WARIS FARAID ABAM? 1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24
2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24. 3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24. 4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.
APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS ABAM? 1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh Abam dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka. 2. Jika ada sebarang harta yang Abam pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka
3. Jika ada sebarang kos pengkbmn, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebmi, boleh tuntut dari pusaka tunai Abam.
4. Jika ada sebarang hutang kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan. 5. Jika ada sebaran hutang Abam kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara. a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240). b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240). c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka 7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh Abam kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)
HAK WARIS
Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid. Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.
1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala 2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui
3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu[. 4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid. Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA
1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.
2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan sam4n menyam4n tidak akan menyelesaikan masalah 3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mti, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.
ANALISA PERIBADI SAYA
Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang yang dh pergi masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mti dan banyak kes perblhan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai
SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)
sumber: Aida Mypusaka
Saya tidak menyesal – Ali Puteh
“Saya tidak menyesal” itu kenyataan Ali Puteh ketika diminta mengulas tindakannya menfailkan samn terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 31, memberitahu, apa yang dilakukan ini dilihat sebagai satu tindakan yang betul dalam mengembalikan maruah keluarganya.
“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikritik dengan pelbagai kata-kata tidak benar. “Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan samn seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.
Sementara itu, Ali juga memberitahu laman sosialnya kini juga dibanjiri pesanan warganet yang ingin meminta maaf. “Yang masih mengkritik itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengkritik ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta Abam saya tahu hukum.
“Tapi sebenarnya lebih ramai yang tinggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku. “Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.
Sebelum ini Ali memaklumkan dia menerima surat samn daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Sam4n itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. “Aku xde masalah ngn ali atau dayah ni , dgn kuasa allah kes ni akan terungkai , yg aku geram kat warganet ni maki melampau mcm 100% dia betul , betul la apa benda yg paling tajam dlm dunia ni adalah lidah , harap dpt bersabar bg dua2 belah pihak” tulis seorang netizan
p/s: Apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada diri kita serta keluarga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/ via Era Kini
Post a Comment