Kantoi Alvin Chong dating dgn gadis bawah umur. Mengejutkan rupa rupanya ini gadis yang keluar dating dengan Alvin Chong.

Kantoi Alvin Chong dating dgn gadis bawah umur. Mengejutkan rupa rupanya ini gadis yang keluar dating dengan Alvin Chong.

TIADA angin tiada apa, tiba-tiba sahaja nama penyanyi dan pelakon Alvin Chong menjadi perbualan hangat di Twitter sejak malam Sabtu lalu.

Kantoi Alvin Chong dating dgn gadis bawah umur. Mengejutkan rupa rupanya ini gadis yang keluar dating dengan Alvin Chong.



Ia bermula selepas beberapa video aplikasi TikTok yang dilakukan bersama seorang selebriti media sosial dikenali sebagai Athalia Deena Buswani menjadi tular.

ARTIKEL MENARIK:Baru semalam bekas suami kahwin lain. Tiba tiba DS Vida tampil bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dengan apa yang dibongkarkan.


Rata-rata warganet membuat spekulasi bahawa penyanyi lagu Sayang Salmah itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Athalia yang juga anak kepada penyanyi terkenal Sharifah Zarina. Bagaimanapun ada segelintir warganet meluahkan rasa kurang setuju kerana menganggap Alvin tidak sepatutnya bercinta dengan Athalia memandangkan gadis tersebut baharu berusia 17 tahun.

“Alvin Chong nak masuk umur 30 dan Athalia bakal menduduki SPM untuk tahun ini….

“Alvin Chong dah 29 tahun dan Athalia baru 17 tahun, ada antara kamu semua berasa hubungan itu okay?

“Alvin Chong tu nampak baby face tapi iya lah mungkin orang bising-bising fasal Athalia itu masih baw4h umur,” komen beberapa warganet.


Sharifah Zarina secara berseloroh menegur anaknya keluar dengan Alvin.

Bagaimanapun Athalia menjelaskan dia dengan Alvin tidak mempunyai hubungan cinta dan mereka hanya luangkan masa bersama hanya sebagai rakan sahaja. Dalam pada itu, Sharifah Zarina juga ada memberi respons secara berseloroh terhadap video TikTok anak perempuannya dengan Alvin.

“Oh anak aku tu bukan main… kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya. Comel orangnya,” kata penyanyi lagu Langit Ke Tujuh. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Tak Nak Fikir Pasal Cinta. Alvin Chong Sanggup Dedahkan Pekerjaan Ibu Bapanya Sehinggakan Dia Dan Adiknya Menanggung Perbelanjaan Keluarganya

Alvin Chong tidak mahu memikirkan soal perkahwinan buat masa ini. PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mengakui masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta mahupun mengambil langkah berani dengan mendirikan rumah tangga.Alvin, 29, berkata, dia tidak yakin dapat memberikan komitmen dari segi kewangan terutama ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

“Buat masa sekarang, saya tak bersedia nak bercinta sebab tak ada siapa jangka yang pandemik ini akan jadi dan menyebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). “Saya baru saja beli rumah dua tahun lepas. Sekarang ni tengah risau samada saya masih boleh support pinjaman perumahan atau tidak,” katanya kepada mStar.


Alvin ditemui pada sidang media Sayangku Salmah yang merupakan single terbaharu penyanyi itu di Highpark Suites Experience Gallery, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.Dalam pada itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini turut mengakui pendamik memberikan kesan kepada ahli keluarganya yang kehilangan pekerjaan.

Alvin berkata, dia dan seorang adiknya yang bertanggungjawab untuk menanggung perbelanjaan keluarganya ketika ini.”Keluarga saya sekarang tak ada kerja. Ibu saya merupakan seorang pelayan di sebuah pub dan ayah saya bekerja sebagai penjaja… disebabkan PKP dia terpaksa tutup kedai sampai sekarang.

“Adik bongsu pun tak ada kerja sekarang ni. Jadi yang tanggung keluarga adalah saya dan seorang lagi adik,” ujarnya.Alvin Chong akui perkahwinan merupakan perkara penting.Bercerita tentang alasannya enggan berumah tangga dalam masa terdekat, Alvin juga berkata, perpisahan yang sering berlaku kepada orang sekelilingnya juga membuatkan dia takut untuk memikirkan tentang perkahwinan.


“Sekarang ni kalau tanya saya jika saya bersedia untuk bercinta dan melangkah ke fasa seterusnya, jawapan saya tak sebab saya tak tahu jika mental saya cukup kuat untuk berhadapan dengan keadaan semasa kalau-kalau ada gelombang kedua atau virus baru yang tersebar.

“Sekarang ni ramai yang berpisah, jadi saya nampak yang ianya sangat mudah untuk sesebuah perkahwinan itu berakhir. Kalau tak jumpa orang yang sesuai saya tak nak bazirkan masa dan duit sebab perkahwinan tu akan habiskan duit yang banyak,” jelasnya.Video muzik rasmi Sayangku Salmah bakal dilancarkan pada 28 Ogos di saluran YouTube AlvinChongVEVO.-mstar


Loading...
loading...


“Tiada siapa boleh ganti tempat Emma dalam hati saya” – Alvin Chong


Alvin akui hubungan persahabatan dia dan Emma sangat rapat. GANDINGAN pelakon Alvin Chong dan Emma Maembong menerusi drama Awak Suka Saya Tak membuatkan peminat suka melihat keserasian mereka. Alvin, 29, mengakui hubungan mereka yang sancta serasi sehingga menganggap tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Emma di hatinya.

Malah, dia meluahkan rasa terharu apabila Emma menerima tawarannya untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya, Tak Terganti.Peminat suka gandingan Alvin dan Emma dalam drama Awak Suka Saya Tak.

“Emma seorang kawan yang saya sangat rapat dan menghargai persahabatan kami. Tak ada orang boleh ganti tempat dia dalam hati saya.”Saya sangat terharu Emma terima tawaran untuk berlakon dalam video muzik saya walauapun dia tak tahu pun konsep video dan lagu itu.”Bagi saya, memang Emma paling sesuai sebab dia ada semua ciri-ciri yang diperlukan seperti ramai pengikut di laman sosial,” katanya kepada mStar.

Bagi saya, memang Emma paling sesuai sebab dia ada semua ciri-ciri yang diperlukan.

Video muzik yang mengandingkan pasangan ini akan dilancarkan di saluran YouTube AlvinChongVevo, pada Isnin.Lagu Tak Terganti itu merupakan hasil ciptaan Ariadinata yang juga vokalis kumpulan Samson dari Indonesia.Single tersebut telah dilancarkan pada 17 Januari lalu dan turut menjadi runut bunyi drama Tolong Sempurnakan Cinta Mami lakonan Alvin.

Alvin terima dua tawaran berlakon dalam filem Melayu.Dalam pada itu, bercakap mengenai lakonan Alvin memberitahu dia ada menerima dua tawaran untuk membintangi filem Melayu.Bagaimanapun, dia masih mempertimbangkan tawaran tersebut kerana dalam proses perbincangan lebih lanjut dengan pihak produksi terlibat.

“Saya dapat dua tawaran untuk filem Melayu tetapi tak tahu nak terima atau tidak. Sebab nak kena tengok pada jadual juga.”Buat masa sekarang, kena bincang dahulu mengenai skrip dan bila mula penggambaran. Takut nanti tarikh yang ditetapkan saya tiada di sini,” ujarnya.-mstar

Alvin Chong terlepas ‘makan besar’

KUALA LUMPUR: Biarpun sibuk dengan penggambaran drama yang sedang ‘mengejar’ tarikh siaran, Alvin Chong tetap mengambil cuti dua hari untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga.Pulang ke Pulau Pinang, Alvin, bagaimanapun terlepas sesi ‘makan besar’ bersama keluarga gara-gara penerbangan tertunda, malam tadi.

Namun, penyanyi dan pelakon yang semakin popular ini mahu mengambil kesempatan menghabiskan cuti dua hari bersama insan tersayang.“Saya sedang dalam penggambaran drama Tolong Sempurnakan Cinta Mami. Namun, biar apa pun, keluarga tidak boleh dilupakan.

“Sayangnya, saya terlepas ‘makan besar’ bersama keluarga kerana penerbangan saya tertunda. Tidak mengapa, saya luangkan masa dua hari ini untuk bersama keluarga dan saudara-mara.“Saya jarang pulang ke kampung, jadi inilah masa untuk saya tebus semula. Saya juga sudah sediakan angpau untuk ibu bapa,” katanya kepada BH Online.

Jejaka berbangsa Cina berusia 28 tahun ini mengaku sudah menyediakan jawapan kepada soalan lazim yang akan diterima ketika menerima kunjungan saudara-mara.“Pasti ada yang bertanya bila saya mahu kahwin, hendak beli rumah dan sebagainya. Satu sahaja jawapan iaitu apakah mereka fikir pilih isteri atau beli rumah macam beli barang di pusat beli-belah?

“Tapi, tidak mengapa. Saya faham mereka mengambil berat. Jadi saya terima semua itu sebagai bahan jenaka untuk mengeratkan lagi hubungan,” katanya.Mengenai perkembangan karier, Alvin berkata, selepas selesai penggambaran drama Tolong Sempurnakan Cinta Mami, dia akan mempromosikan single terbaru berjudul Tak Terganti.

Single yang dicipta penyanyi dan komposer Indonesia, Ariadinata, iaitu anggota kumpulan terkenal, Samsons, diharapkan mampu menarik perhatian peminat. “Saya sudah menghasilkan beberapa lagu tapi kurang mendapat sambutan. Diharapkan dengan single ini, ia boleh melonjakkan nama saya sebagai penyanyi.

“Saya sedar ada yang beritahu lebih baik berlakon sahaja. Namun, menyanyi adalah minat dan kepuasan saya,” katanya yang pernah merakamkan beberapa single iaitu Lagu Mu, Mencintaimu dan Tajam.Mengenai video muzik Tak Terganti, Alvin akan menampilkan pelakon, Emma Maembong sebagai watak utama. Alvin mula mencipta populariti apabila bergandingan dengan sahabat baiknya itu dalam drama rantaian Awak Suka Saya Tak?-mstar

Alvin Chong simpan rahsia Emma

KUALA LUMPUR: Tiba-tiba disatukan dalam majlis diatur indah, rupa-rupanya, Alvin Chong menjadi antara individu yang merahsiakan tarikh pernikahan Emma Maembong dengan jejaka pilihan hati si ‘Mr Pilot’, pagi tadi.

Bersyukur majlis dirancang lancar, Alvin tumpang gembira teman gandingannya dalam drama Awak Suka Saya Tak itu selamat bernikah di sebuah premis acara di Bukit Damansara. “Syukur akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Saya sangat gembira kerana sudah lama saya simpan rahsia ini.

“Ramai yang cuba ‘korek’ daripada saya mengenai perkahwinannya, tetapi saya jaga rahsia sebaik-baiknya. “Saya doakan perkahwinan Emma kekal bahagia. Semoga Emma dan pasangan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata comel dan jadikan saya bapa angkat,” katanya kepada BH Online.

Pada jam 11.58 pagi tadi, dengan sekali lafaz, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup, di sini. Sementara itu, pasangan adik-beradik, Aprena dan Oktovia Manrose tidak menyangka Emma yang mereka kenali sejak kecil, bergelar isteri orang.

“Tahniah kepada Emma dan Shazli, selamat pengantin baharu! Semoga kekal ke anak cucu. Dari kecil kita bersama-sama, tak sangka sekarang Timah sudah berkahwin. “Jagalah rumah tangga baik-baik. Semoga cepat dikurniakan zuriat… Kami sayang Emma,” kata Aprena mewakili kakaknya.

Sementara itu, adik Emma, Chacha Maembong mendoakan kakaknya gembira dengan fasa baharu dalam hidup. “Selamat pengantin baharu buat kakak saya. Saya tumpang gembira untuk Emma. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berkahwin. Akhirnya hari ini niat, Emma termakbul.

“Saya doakan perkahwinan Emma berkekalan dan cepat-cepatlah beri saya anak buah yang baharu. Tapi sedih kerana sekarang, saya terpaksa tinggal seorang,” katanya. Pelakon, Lia Natalia turut mengharapkan perkahwinan Emma dan suami berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan zuriat comel.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post