Hilang tiga sahabat serentak. Gadis ini muatnaik apa yg berlaku dlm group wassap sehari sebelum kejadian 4 gadis tertidur dalam kereta. Rupa rupanya ini yang terjadi sebelum kejadian itu berlaku.

Hilang tiga sahabat serentak. Gadis ini muatnaik apa yg berlaku dlm group wassap sehari sebelum kejadian 4 gadis tertidur dalam kereta. Rupa rupanya ini yang terjadi sebelum kejadian itu berlaku.

“SAYA terduduk dan terus menangis. Langsung tak menjangka kehilangan tiga sahabat baik serentak.” Demikian kata rakan baik kepada tiga sahabat yang pergi menghadap illahi pada Khamis, akibat sesak nafas selepas dipercayai mengalami keracunan karbon monoksida.

Hilang tiga sahabat serentak. Gadis ini muatnaik apa yg berlaku dlm group wassap sehari sebelum kejadian 4 gadis tertidur dalam kereta. Rupa rupanya ini yang terjadi sebelum kejadian itu berlaku.



Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syazana itu berkata, dia menerima perkhabaran duka itu pada pagi Khamis ketika sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerjanya di Seri Kembangan, Selangor. “Lebih kurang pukul 7.30 pagi, ada seorang rakan dari Kedah hubungi saya dan beritahu Ayuni dan Fariesha pergi menghadap illahi, manakala kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah ketika itu masih menerima rawatan.

ARTIKEL MENARIK:Tunang terkedu dan sedih. Tak sangka ini pesanan terakhir gadis yg pergi menghadap illahi disebabkan tidur dalam kereta kepada tunangnya.


“Terduduk saya dengar dan terus menangis. Saya terus hubungi umi (ibu) di Gurun, Kedah untuk maklumkan berita sedih ini sebab memang dia kenal sahabat-sahabat baik saya. Umi tenangkan saya sebab saya sedih dan ralat sangat tak dapat ziarahi mereka ketika persemadian di Kedah. Saya hanya dapat wakilkan keluarga saya,” ceritanya kepada mStar.

Dalam kejadian Rabu lalu tiga sahabat, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan pergi menghadap illahi, manakala Nor Aqilah Mohd Safwan pula teruk dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida.

Keempat-empat sahabat masing-masing berusia 21 tahun itu yang merupakan pelajar jurusan farmasi, singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta balik ke Gurun dan Sungai Petani, Kedah.

Mereka yang sebelum itu bercuti bersama-sama di Pulau Jerejak, ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup. Bercerita lebih lanjut, Syazana yang berasal dari Gurun, Kedah berkata pada awalnya, dia dan dua lagi rakan sepatutnya menyertai empat wanita itu dalam percutian tersebut.

“Tapi disebabkan saya tak dapat cuti kerana baru saja dapat kerja, maka tak dapat ikut. Dua rakan lain pun ada kekangan. Kami bertujuh memang sahabat baik sejak belajar di kolej dan praktikal di tempat yang sama. Masa hari kejadian, group WhatsApp riuh dengan celoteh mereka yang bersembang pasal percutian. Bersembang pasal nak pakai baju apa dan sebagainya. Memang siang tu riuh sebab mereka kerap update. Malah Ayuni kata, kalau Kak Syaz (Syazana) ikut mesti best.

Rindu sangat mereka… tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Sekarang hanya tengok gambar dan video untuk lepas rindu. SYAZANA, RAKAN KARIB. “Kemudian saya ada komen pada satu posting Adilah, tapi dia tak respon seperti kebiasaannya.

Malam itu (Rabu), group WhatsApp kami bertujuh pun sunyi tapi tak terfikir apa-apa yang pelik hinggalah dapat berita pagi Khamis,” katanya yang bekerja di sebuah klinik pergigian. Bercerita lebih lanjut, Syazana menyifatkan keempat-empat sahabatnya itu merupakan sahabat sejati yang sanggup susah dan senang bersama.

“Ayuni, dia tersangat baik. Sepanjang mengenali dia, tak ada pun perkataan menyakitkan keluar daripada mulutnya. Manakala kembar Nor Aqilah dan arwah Nor Adilah pula langsung jenis tak berkira. Selalu tumpangkan saya ke hospital masa kami praktikal sebab kami sama-sama asal dari Gurun. Fariesha pula seorang yang manja dan ceria. Mereka ni antara yang awal dapat kerja lepas kami habis praktikal Oktober tahun lalu.



Loading...
loading...



“Mereka yang sering bagi kata-kata semangat dekat saya sebab saya tak dapat kerja lagi sebelum ini. Rindu sangat mereka… tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Sekarang hanya tengok gambar dan video untuk lepas rindu,” ujarnya sambil menambah, perkara pertama yang akan lakukannya apabila pulang ke kampung kelak adalah menziarahi tempat persemadian sahabat-sahabatnya. Syazana dalam pada itu meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan ketiga-tiga sahabatnya yang sudah menemui-Nya, selain mendoakan kesembuhan Nor Aqilah.

Tunang Terkedu Dan Sedih. Tak Sangka Ini Pesanan Terakhir Gadis Yg Pergi Menghadap Illahi Disebabkan Tidur Dalam Kereta Kepada Tunangnya.

Tiga daripada empat orang gadis telah disahkan pergi menghadap illahi selepas dipercayai sesak nafas akibat terhidu karbon monoksida selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara pada 16 September 2020 yang lalu.Terbaru, ibu kepada Sharifah Fariesha iaitu Hasnida Hassan menceritakan bahawa anak kesayangannya itu bakal melangsungkan pernikahan pada Oktober tahun depan tetapi siapa sangka, tidak sempat berbuat demikian, Allah sudah menjemputnya.

Tak sempat langsungkan majlis pernikahan..

Menerusi laporan yang dipetik daripadaHarian Metro, Hasnida Hassan mengakui sedih dengan pemergian anak tunggalnya itu tetapi mereka sekeluarga kini sudah redha dengan takdir yang telah ditetapkan Allah SWT. Hasnida turut menyifatkan Fariesha seorang anak yang sangat baik, manja dan menghormati orang tua.

Dia memang seorang anak yang manja malah hubungan saya dengan dia bukan saja sebagai seorang ibu dan anak, malah dia jadikan saya sebagai kawan serta tempat dia mengadu masalah. Menceritakan kisah itu, Hasnida memberitahu hasrat anak kesayangannya itu yang  ingin mengadakan majlis perkahwinan dengan tema yang sangat cantik.

Kalau ikut perancangan, Sharifah Fariesha Syed Fathi, bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya Oktober tahun depan tapi semuanya Allah SWT sudah atur, dia pergi buat selamanya. Hasnida mengakui terdapat perubahan pada sikap anknya yang kurang bercakap sejak tiga hari yang lalu. Difahamkan, dia bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 20 Oktober depan.

Sempat tinggal pesan kepada tunang..

Tambah Hasnida lagi, sebelum mengetahui tentang kejadian, dia dan suami sudah cuba menghubungi anaknya dan rakan-rakan ank nya tetapi tiada sebarang jawapan yang diterima. Malah, kiriman Whatsapp juga tidak berbalas.Mereka yang berasa bimbang telah meminta tunang Fariesha untuk menghubunginya. Selepas berjaya dihubungi, tunang nya dimaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya ditemui ‘tertidur’ di dalam kereta yang dinaiki mereka.

Masa tu dah jam 1 pagi dan saya terus ke Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang sebelum dimaklumkan yang anak saya sudah pergi menghadap illahi, seluruh badan saya seolah-olah terkaku kerana kehilangannya. Ketika saya menatap wajahnya kali terakhir ketika hendak dibaluti semalam (kelmarin), wajahnya sangat berseri dan bersih.

Saya dimaklumkan oleh tunangnya, Fariesha empat berpesan kepadanya supaya jaga diri baik-baik kalau dia tiada nanti. Sharifah Fariesha sempat meminta izin daripada tunangnya sehari sebelum kejadian untuk ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya itu.

Sementara itu, Hasnida memohon kepada orang ramai supaya mendoakan roh anknya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Harian Metro

[VIDEO] Kakak K0ngsi Kenangan Terakhir Adik & Rakan Di Pulau Jerejak.. Sedih!

Kehiilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga empat gadis yang terlibat dalam kejadian menyayat hati apabila mereka tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas terhiidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak. Berikutan daripada itu, tiga orang daripada mereka telah dijemput Ilahi.

Terbaru, kakak kepada Ayuni Shazwanie Shabri ada memuatnaik satu video yang memaparkan detik terakhir semasa adiknya itu bercuti bersama rakan-rakannya.

‘1 Malaysia doakan adik’

Allah dik, apa amalan adik semua orang sayang adik. Orang tak berhenti-henti ziiarah adik, sedekah tak berhenti. Kami p kedai nak beli barang orang tak mau ambil duit sedekah dekat adik. Solat adik macam solat jumaat, time nak simpan adik orang ramai sangat-sangat. Jalan jem dik. Ramainya orang sayang adik. 1 Malaysia doakan adik. Al fatihah (dibaca). Tenang la dik di sana nanti kita jumpa ya.

Menerusi perkongsian Erina Shabina Shabri di Facebook, dia turut memuatnaik satu screenshot daripada salah seorang peniaga, Jeffryzal Kasim di Pulau Jerejak yang memaklumkan bahawa keempat-empat gadis berkenaan ada datang ke kedai makannya itu tempoh hari. Menurut Jeffryzal, dia mengakui amat terkejut mendengar berita yang menimpa gadis-gadis tersebut.

Dalam kesempatan itu, Erina turut meluahkan rasa sedih atas pemergiian adik tercinta. Menurut kakak nya, terlalu ramai insan telah hadir ke solat yang dilakukan selain menganggap adiknya itu disayangi ramai kerana mereka tidak putus-putus menerima sedekah.

Erina turut memuatnaik video yang diambil dari akaun Instagram Story milik nya yang memperlihatkan mereka berempat dipercayai sedang bersiar-siar di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Video tersebut telah mengundang pelbagai rea4ksi daripada warganet yang rata-ratanya sebak dengan nasib yang menimpa mereka. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan percutian gadis-gadis ini sebagai kenangan terakhir mereka bersama.

Sumber: Erina Shabina Shabri

Adik Saya Ayuni Pengsan, Bukan Tidur. Mereka Pengs4n Kerana.. – Kakak

Kjadian empat sahabat yang ditemui tidak sdarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi semalam telah mengejutkan ramai pihak. Berdasarkan laporan terkini, seorang lagi iaitu Nor Adilah Mohd Safwan pergi menghadap illahi malam tadi menjadikan 3 orang pergi buat selamanya dalam kjadian itu.

Susulan berita tentang pemergian tiga sahabat yang pergi menghadap illahi selepas gas karbon mon0ksida dalam kereta, beberapa warganet berkongsi fakta tidak tepat tentang kjadian tersebut. Antaranya adalah dengan mengatakan keempat-empat gadis itu telah pergi menghadap illahi. Selain itu terdapat individu juga yang mengatakan bahawa gadis gadis itu berhenti untuk tidur di kawasan parking dalam keadaan enjin kereta tidak dipadamkan dan penghawa dingin berfungsi.

Adik saya pengs4n bukan tidur

Tampil menjawab perkara itu, kakak kepada salah seorang gadis telah tampil membalas satu hantaran seorang individu di Twitter. ”Adik saya Ayuni dan rakan-rakannya pengsan bukan tidur. Mereka pengs4n apabila tersedut gas boc0r,” tulis Afza Shabri

Beliau adalah kakak kepada Ayuni Shazwanie Shabri, salah seorang gadis yang menghembvskan nfas ter4khir ketika menerima raw4tan di hospital. Jawapan balas Afza itu susulan satu hantaran yang dikongsikan warganet di Twitter yang menulis;

” Peringatan, jangan tidur dalam kereta dengan aircond berfungsi tanpa udara luar. Dipercayai akibat kebocoran gas aircond, seorang wanita pergi menghadap illahi manakala rakan dalam keadaan teruk. wanita 21 tahun dilapor tidur dalam kereta itu bersama dua rakan lain.

Dalam kjadian jam 1 pagi, keempat-empat gadis, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti berehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Aqilah berhenti sekejap sebab pening

Sementara berdasarkan maklumat ahli keluarga, Nor Aqilah yang memandu MPV berkenaan mengalami sakit kepala dan memberhentikan kenderaan itu untuk berehat serta membeli makanan. Difahamkan Nor Aqilah mengalami pening kepala dan muntah dan hanya dia sahaja yang tahu memandu manakala Ayuni Shazwanie mempunyai lesen memandu tetapi tidak berani kerana bukan keretanya.

Disebabkan itu mereka berhenti dan berehat sementara menunggu keadaan Nor Aqilah pulih. Nor Aqilah kini berada di Unit Raw4atan Rapi Hspital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur. Ini bermakna, ketiga-tiga sahabat Aqilah bermasuk kembarnya yang berada di tempat duduk penumpang telah pergi buat selamanya dalam kjadian itu.

Admin ucapkan tkziah kepada ahli keluarga gadis itu dan Al-Fatihah (dibaca) buat kesemua semoga ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Asiakini  via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post