Selepas turut berduka dengan pemergian Abam Bocey, warganet seakan-akan tidak percaya dengan sengketa yang menimpa isteri Abam dengan si adik, pelawak tersebut terus dikritik warganet dan disifatkan mengambil kesempatan di atas harta peninggalan Abam yang seharusnya menjadi milik balu serta si anak.
Namun akhirnya, segalanya terjawab apabila Ali menjelaskan semua perkara yang berlaku di sebalik tindakannya itu.
ARTIKEL MENARIK:Sekadar kongsi momen manis bersama suami. Gara gara satu gambar Ain Edruce dan suami terus terima kritikan warganet
Ali Puteh nama yang tidak asing lagi dalam industri seni, kerana beliau merupakan seorang pelawak yang digemari ramai. Beliau merupakan salah seorang dari kumpulan lawak yang diberi nama Puteh. Ahli kumpulan yang lain adalah Mamak Puteh dan juga Man Puteh. Kumpulan ini telah menjuarai Maharaja Lawak 2019 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 k..
Biodata Pelawak Ali Puteh, Adik Abam Bocey
Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara yang juga ahli kumpulan Puteh bersama Mamak dan Man. Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey.
Menggunakan nama komersial, Ali Puteh. Kelahiran Gombak, Selangor pada 1989. Berumur 31 tahun. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan pengacara sejak tahun 2012. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Raja Lawak musim keenam pada tahun 2012 yang mana ketika itu beliau menganggotai kumpulan Albob bersama abangnya, Abam.
Pada 2013, beliau bertanding dalam program Bintang Mencari Bintang bersama Mohd Daniel Lee dan menggunakan nama ‘Bowl’, menjadi protege kepada pelawak senior, Dato Afdlin Shauki. Pada 2015, beliau menubuhkan kumpulan Puteh bersama Mamak dan diangkat sebagai naib juara Projek Komedi Warna.
Kejayaannya berterusan di Maharaja Lawak Mega 2016 sebagai pemenang tempat ketiga di peringkat akhir. Penyertaan bersama Man Raja Lawak sebagai ahli baru Puteh membawa kepada kemenangan trofi juara Maharaja Lawak Mega 2019 sekaligus menjadi kemuncak kerjaya seninya setakat ini. Lain-lain pencapaian beliau termasuk menduduki tempat kelima Maharaja Lawak Mega 2017 dan tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2018.
Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu). Abangnya, Abam Bocey turut bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak. Anak keduanya pegi menghadap illahi pada 26 November 2019 ketika dirinya masih berentap di Maharaja Lawak Mega 2019 minggu kelima. dugaan baharu menyusul apabila abangnya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey pergi menghadap Ilahi pada 10 Februari 2020 selepas sakit demam panas.AIi Puteh Akhirnya Mengaku Rupanya Bapa Kandung Mereka Masih H1idup
” Kepada Norhidayah (kakak ipar), apa yang telah saya katakan itu di laman sosial telah saya tarik balik dan saya sanggup memohon maaf secara terbuka. Apa kita berada dalam sifat amarah benda (status menghiina) itu keluar.
Itu kata-kata Ali Puteh yang enggan memanjangkan kntroversi persngketaan dengan balu abangnya Abam Bocey, dan menyatakan kesediaan mahu berjumpa kakak iparnya untuk memohon maaf. Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Redzuan, 31, berkata dia merancang bertemu kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, secara tertutup bagi menyelesaikan kemelut itu.
” Sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk, kami akan kumpulkan semua wang sedekah orang ramai dan serahkan kepada Nurhidayah di rumahnya. ” Di situ sesi permohonan maaf antara kami akan berlaku. Namun, ia dibuat secara tertutup kerana kami tak mahu a1b keluarga terus dijaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Anggota kumpulan Puteh ini turut memohon maaf kepada kakak ipar berikutan status berbaur emosi dan kasar yang dikongsi di laman sosial, baru-baru ini. ” Saya mendapat tahu mengenai kenyataan yang dikeluarkan Nurhidayah apabila ramai yang menelefon saya untuk bertanya. Saya sangat terkejut dan mengucap panjang.
” Dalam keadaan m4rah, saya terus memuat naik status itu. Pada kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada kakak ipar atas kesilapan yang dilakukan,” katanya. Kontr0versi 1su membolot harta tercetus apabila Nurhidayah memberitahu dalam temubual yang dibuat secara langsung melalui Instagram (IG) usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, mendkwa ada beberapa kekangan yang dihadapinya selepas pemrgian abangnya. Ini termasuk 1su harta peninggalan seperti kereta yang dikatakan diurus keluarga Abam.
Bagaimanapun, semalam, melalui temubual secara langsung di IG, Ali menafikan dakwaan dia mahu membolot harta sambil menyatakan alasan berbuat demikian. Menjelaskan perkara tersebut, ketika sidang media Ali turut menjelaskan bahawa bapa kandung mereka iaitu Syed Mohd Redzuan sebenarnya masih hidup.
Ali menyebut perkara itu ketika bercakap tentang individu yang berhak ke atas harta peninggalan Abam dan dia memahami sebagai adik dia tiada hak untuk menuntut. ” Saya tidak akan tuntut walau satu sen sebab bukan hak saya. Yang perlu dituntut adalah balu, waris, ibu dan bapa.
” Untut pengetahuan umum, bapa kami Syed Mohd Redzuan masih hidup. Memang masa Abam ada dia tidak war-warkan yang bapa kami masih hidup. ” Sebenarnya bapa Syed Mohd Redzuan itu masih hidup dan perlu difaraidkan seperti individu yang saya sebut tadi.” kata Ali.
SUMBER: BHARIAN/M.B via Era Kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Post a Comment