Pemergian nenek tersayang, Arbaieah Mohammed mengundang kesedihan mendalam buat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin. Menerusi laman Instagram, Hafizh berkata nenek yang merupakan insan paling disayangi itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.22 pagi tadi.
Menurut pelumba berusia 26 tahun itu, dia menyifatkan dia kuat ketika membesarkan dan memberi kasih sayang kepadanya selain menjaga 15 cucu dalam masa yang sama. “Hanya kenangan je sekarang nenek tinggalkan untuk Apis.
ARTIKEL MENARIK:Macam tahu je dia akan pergi sampai rasa menyesal. Mengejutkan rupa rupanya ini yang bekas PA Datin Shahida buat sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Terima kasih nenek membesarkan Apis dan menjaga 15 cucu dalam masa yang sama nenek memang sangat kuat. “Terima kasih nenek tunggu Apis balik, sangat berat nak terima benda ni tapi Apis reda dengan kentetuanNya. Allah lebih sayangkan nenek.
“Nenek rehat la cukup2 di alam sana ye. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin,” kongsinya. Bagaimanapun, pelumba berasal dari Selangor itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai punca neneknya pergi menghadap illahi. Rata-rata pengikutnya mengambil kesempatan mengucapkan takziah serta mendoakan agar nenek dicucuri rahmat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Hafizh Syahrin
Dilema Hafizh Syahrin
KESUKARAN untuk mendapatkan tajaan bukan sahaja dihadapi oleh pasukan yang beraksi dalam pelbagai pentas perlumbaan musim ini, tetapi tidak terkecuali juga dirasai oleh pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
Bakal beraksi dalam saingan Moto2 musim depan bersama pasukan Angel Nieto selepas dua musim di MotoGP, Hafizh mengakui setakat ini masih belum memperoleh penaja utama. “Saya masih lagi menunggu jawapan daripada pihak tertentu. Buat masa sekarang memang saya belum ada penaja utama yang bersedia untuk menaja saya pada musim baru nanti.
“Apapun saya akan tetap fokus, bekerja keras dan meneruskan perlumbaan seperti biasa meskipun tanpa bergaji pada musim ini,” katanya. Pelumba berusia 25 tahun itu berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal tajaan itu, sebaliknya mahu fokus kepada persiapan musim baru terutamanya sesi ujian rasmi bulan depan.
“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. “Kalau tidak ada, bermakna saya perlu berusaha lebih lagi. Jadi sama-sama kita saksikan nanti apakah yang boleh saya lakukan pada musim baru ini,” katanya. Musim baru bagi saingan MotoGP tahun ini akan bermula pada 8 Mac depan di Qatar.
Memang sukar – Hafizh
GRAND Prix Jepun tidak pernah mengecewakan Hafizh Syahrin Abdullah tetapi dia dijangka berdepan kesukaran pada aksi hujung minggu ini di Litar Twin Ring Motegi. Dengan tiada penambahbaikan di jenteranya sejak awal musim seperti yang sudah diakuinya sendiri, pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu dilihat akan terus bergelut terutama dalam usahanya untuk mengutip mata.
Hafizh bagaimanapun yang sudah mengumumkan akan kembali ke Moto2 musim depan bersama pasukan Angel Nieto tetap bersikap positif. “Litar di sini (Motegi) amat menarik dan saya amat menggemarinya. Tapi saya tahu ia bukanlah perlumbaan yang mudah. “Saya akan berikan yang terbaik seperti kebiasaannya sehinggalah ke penghujung musim ini,” katanya.
Jelas Hafizh, fokus utamanya ketika ini adalah untuk menamatkan perlumbaan dengan keputusan paling baik pada baki pusingan selepas ini. “Perlumbaan terakhir di GP Thailand tidak begitu kompetitif untuk saya. Jadi saya berharap memperoleh keputusan lebih baik di Motegi,” katanya.
Pencapaian terbaik Hafizh di litar itu adalah podium ketiga ketika beraksi di saingan Moto2 pada 2017 manakala pada musim pertamanya di kelas MotoGP tahun lalu, dia menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10. Selepas 15 pusingan, Hafizh hanya mampu mengutip tujuh mata untuk berada di kedudukan ke-24 keseluruhan kelas utama itu.
via Era Kini
Post a Comment