Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini.Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.
“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018. “Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak. Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Wanie Kayrie bongkarkan siapa Sandra Dianne yg sebenar. Dia jadi saksi kali terakhir Sandra buat benda ni. Warganet tergamam dengan apa yang dibongkarkan.
“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu.“Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya.Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.
Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendkwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.-gmpk
Terlopong tengok perubahan Cik B, slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful – “Yang kritik tu… hambek!”
MEMILIKI gaya cukup bersahaja, Cik B yang sebelum ini hanya dikenali sebagai anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri.Bukti populariti yang dikecapinya, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu turut menjadi trending di laman Twitter sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada 19 Mei lalu.
Tolak ke tepi hal itu, nama Cik B kembali menjadi sebutan pada Sabtu gara-gara perkongsian terbaharu menerusi laman sosialnya.Menerusi video Instagram yang turut dikongsi di Twitter, ramai warganet memuji penampilan terkini remaja itu yang kelihatan cantik dan lebih feminin.
Dalam rakaman singkat itu, Cik B turut ditemani seorang pelakon baharu iaitu Shasha Abedul.Selain rambutnya yang kelihatan lurus dan didandan rapi, solekan ringkas yang dikenakan turut menaikkan seri wajah Cik B.Paparan skrin rakaman tular berkenaan.
Dia juga kelihatan sedikit berbeza apabila kini mengenakan pendakap gigi.Rata-rata komen warganet memuji penampilan itu dan menyifatkan Cik B kini semakin matang.Malah, ia sedikit berbeza dengan gaya Cik B sebelum ini sebagaimana yang sering dikongsi menerusi video-video oleh ibunya.
Anak mama ke ni? Tunggu yang kritik Cik B tu. Hambek
“Cantiknya Cik B. Serius cantik. Sumpah tak tipuu.”Cantik Cik B buat mekap macam tu. Ke filter? Apa pun, soft glam with pinkish colour suits you well.”Kenapa Cik B lawa sangat ni? Blushing aku tengok.Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida.“Tahniah Cik B berjaya. Keep it up. Stay healthy.
“Slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful kot, ‘ tulis beberapa warganet .Selain itu, Vida sendiri turut tinggalkan komen menerusi posting tersebut.Cik B berkongsi video berkenaan menerusi laman Instagram dan Twitter pada Sabtu.
“Anak mama ke ni? Tunggu yang kritik Cik B tu. Hambek,” tulis Vida di ruangan komen Instagram.Sehingga kini, video di Instagram itu menerima lebih 240,000 tontonan.Video sama yang dikongsi di Twitter pula meraih hampir 260,000 tontonan.-mstar
Vida Sogok Cik B Kereta Mercedes Harga RM3.2 Juta, Tapi Ini Syaratnya!
Perbualan antara jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dan anak perempuannya, Cik B mencuri perhatian warganet di Twitter.Menerusi paparan skrin perbualan WhatsApp tersebut, Vida menawarkan untuk membelikan sebuah kerena mewah jenis Mercedes Brabus G79 6×6 yang berharga RM3.2 juta.
Bagaimanapun, Cik B perlu mengikut syarat yang ditetapkan Vida untuk memperoleh kereta mewah itu.”Mama beli untuk Cik B nak? Asalkan Cik B kurus dan putih ye,” kata Vida.Cik B selamba membalas pertanyaan Vida dengan stiker wajah Vida sendiri sambil menunjukkan jari tengah di dahi.
“Dia f***kan mak dia guna stiker muka mak dia. Adoi perangai Cik B ni,” tulis @yrfavhello berseloroh.Tweet itu disertai dengan komen waragnet yang beriya-iya mahukan stiker tersebut.Tapi, ini pula jawab Cik B.”Sticker tu bukan mama ambil gambar saja-saja tu mama tengah buat video pastu garu kepala,” jelas Cik B.
Dalam masa sama juga ramai yang turut prihatin dan berkongsi petua untuk Cik B menurunkan berat badan serta mencerahkan kulit demi mendapatkan kereta mewah yang disogok Vida itu.“Buat intermittent fasting, lepas tu minum air banyak. Malam jangan makan, berhenti sebelum pukul 7 dan perlahan-lahan kurangkan gula. Jangan lupa buat cardi sikit,” cadang @chibimun666.
“Cik B kalau nak kurus jangan diet ekstrem tau. Cuba kurangkan nasi dalam setiap hidangan dan lauk pauk juga. Jangan minum air manis, bersenam tiga kali seminggu,” tambah @ipancrossing.Entri tersebut terus mendapat perhatian warganet yang terkejut dengan tawaran Vida untuk Cik B.Good luck ya Cik B!-gmpk
“Hambekk.. mana makcik bawang…”- Cik B & DSV hiasi cover majalah jadi perhatian ramai
Siapa saja yang tidak mengenali dengan usahawan popular, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV. Namun begitu, bukan hanya DSV saja yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air tetapi anaknya, Cik B juga cukup popular.
Menerusi Instagram Majalah Nona, foto berkenaan merupakan cover Majalah Nona bagi edisi Mac 2020 dengan penampilan khas CEO muda iaitu Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida yang merupakan diantara usahawan kosmetik terkenal.Foto Cik B & DSV itu juga dikongsikan DSV menerusi laman Instagram peribadinya dan ternyata foto itu meraih perhatian peminat dan pengikutnya.Manakan tidak, dapat diperhatikan aura ibu dan anak ini sangat berbeza apatah lagi Cik B juga kelihatan berbeza daripada sebelum ini.
Cik B & DSV hiasi cover majalah
DSV menerusi Instagram juga memberitahu bahawa anaknya itu sudah banyak peningkatan.“Hambekk mana Mak Cik Bawang… selalu dok kritik Cik B. Sila hadam ye. Ko mampu?“Cik B dah improve banyak. Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu… tak yakin diri…
“Tq Majalah Nona pilih Cik B dan saya jadi cover.”Dalam pada itu, diruangan komen lantas peminat dan pengikut tinggalkan pelbagai maklum balas dengan memuji Cik B sehinggakan lebih seribu komen meskipun hanya sebentar tadi dikongsikan DSV.-hcl
Apa? DSV mengandung? Cik B, Kacak bakal dapat adik baru?
VIDEO atau gambar yang dimuat naik oleh Cik B dalam media sosial sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat beliau kerana ia mempunyai aura tersendiri serta mampu membuat orang ramai terhibur dengan telatah yang dilakukannya. Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin adalah anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV). : KitaReporters
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin. – Kredit foto: IG Cik B (@cikb_havoc66) Dalam video terbaru Cik B dalam akaun Twitter miliknya (@cikb havoc), beliau pada mulanya ingin melakukan video mengenai makan buah mangga, namun apabila kedengaran Dato Seri Vida batuk dan muntah serta memanggil namanya menyebabkan niat asalnya terbantut. Ada juga usikan naakal yang dilakukan oleh beberapa warganet yang mengatakan bahawa Cik B dan Kacak bakal mendapat ‘adik’ baru.
Namun begitu, Cik B lantas membalas kembali usikan nakal warganet dengan mengatakan bahawa ibunya mengalami kercunan makanan. Reaksi muka terkejut Cik B dalam video itu turut meraih tumpuan pengikutnya dan mereka mendokan agar ibunya cepat sembuh. Video yang berdurasi 21 saat itu telah ditonton lebih 275,000 kali dan disukai lebih 16,000 orang, setakat jam 6 petang, Sabtu, 2 Mei 2020. Cik B sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau mempunyai pengikut atau peminat begitu ramai di media sosial biarpun usianya masih muda. – KitaReporters
via Era Kini
Post a Comment