Dikatakan 4 individu ini menjadi punca masalah bekalan air berlaku. MB Selangor kejutkan orang ramai dengan tindakan yang akan diambil ke atas pengusaha dan kilang terbabit

Dikatakan 4 individu ini menjadi punca masalah bekalan air berlaku. MB Selangor kejutkan orang ramai dengan tindakan yang akan diambil ke atas pengusaha dan kilang terbabit

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Kilang yang terbabit dalam kejadianpencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.

Dikatakan 4 individu ini menjadi punca masalah bekalan air berlaku. MB Selangor kejutkan orang ramai dengan tindakan yang akan diambil ke atas pengusaha dan kilang terbabit
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelnggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

ARTIKEL MENARIK:Satu demi satu ujian yang datang. Terkini Elewsmart pula dimasuki individu yang tidak bertanggungjawab dan ini doa UEL buat 2 lelaki pakai helmet tersebut




“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi. “Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegiil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu. Bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didkwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini. Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terbuuru-buuru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mngganggu proses pemulihan bekalan air. — BERNAMA

Gara Gara 4 Individu Ini Habis 1.2 Juta Rakyat Terpaksa Terima Padah. Ketua Polis Selangor Akhirnya Dedahkan Punca Berlakunya Pencemaran Air

Empat lelaki pemilik kilang yang menjadi punca kepada pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dilapor telah ditahn dalam satu operasi yang dilakukan malam tadi. Bernama melaporkan, kesemua sasaran merupakan adik beradik berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Tangkapn dibuat di kediaman mereka, selain ada yang turut ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata — siasatan awal mendapati kilang tersebut diusahakan oleh keempat-empat individu itu selepas pemergian bapa mereka. Menurutnya, polis akan membuat permohonan remaan di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Kesksaan.


Kejadian pencemaran air yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Gong dilapor telah menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Ia mengundang kemarahan orang ramai, yang terpaksa berdepan masalah gngguan bekalan air di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ketika ini. Turut membuatkan mereka kecewa, setelah siasatan mendedahkan ini bukan kali pertama kilang terbabit melakukan kesalahan seumpama itu.


Loading...
loading...


“Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Lembah Klang mengalami masalah gngguan air sejak dari bulan Mac berpunca daripada sumber air yang tercemar. Menurut New Straits Times, gngguan air di Selangor ini telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut termasuklah di Kuala Lumpur sudah semakin ‘fed vp’ dengan masalah yang tidak berkesudahan ini. Sumber: New Straits Times

Seorang penduduk, Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi berkata, dia dan jiran yang lain terkejut bila mendapat tahu yang terdapat gngguan air tidak berjadual berlaku semalam. “Ia berlaku secara tiba-tiba. Kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor). 

“Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gngguan ini supaya kita boleh simpan air,” katanya. “Gngguan air lebih 48 jam. Macam mana nak masak dan mandi dengan anak 2 orang?”  Seorang lagi penduduk, Norrasmawani Kamaruddin dari Bestari Jaya, Selangor pula berkata pili air rumahnya kering semenjak pagi semalam.

“Susah kalau gngguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya. Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?” katanya. Penduduk bernama K. Girija pula berpendapat supaya kerajaan tampil ke depan dan beritahu hal sebenar. Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam. Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini? Adakah ini pencemaran kimia?”  Sehingga kini, masalah air di Selangor masih belum dapat diselesaikan dan pihak berwajib menjangkakan minimum 4 hari gngguan air di kawasan-kawasan terbabit. So marilah kita bertabah ye kawan-kawan semua… 

Bagi Memudahkan Pengguna, Ini 10 Lokasi Bantuan Air Di Kawasan Lembah Klang Yang Beroperasi 24 Jam

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh 24 April hingga 27 April ini merupakan tarikh yang agak rumit bagi penduduk yang tinggal di KL dan Selangor. Gngguan bekalan air selama 3 ke 4 hari ini sudah semestinya mencetuskan kebimbangan orang ramai. Ini kerana kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 yang membuatkan bekalan air akan terjejas.

Bagaimanapun, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Pusat Khidmat Setempat (PKS) mengadakan bantuan air melalui lori tangki dan pusat aduan yang beroperasi selama 24 jam bagi membantu penduduk. 10 Lokasi bantuan air 24 jam

PKS akan bagi bantuan ini bermula 26 April jam 8.00 pagi. PKS akan menyediakan bantuan ini sehingga air pulih sepenuhnya. Terdapat 5 kawasan yang menyediakan PKS ini antaranya, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak dan Kuala Selangor. Selain itu, sebanyak 10 lokasi yang anda boleh dapatkan. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 15300 atau ke Facebook rasmi Air Selangor, atau emailkan kepada puspel@airselangor.com

Tong Air Besar ‘HABIS’ Lepas Notis Lebih 570 Kawasan Sekitar Selangor & KL Akan Alami Gngguan Air Bermula Rabu

Selepas je senarai kawasan-kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur akan alami gngguan bekalan air dikeluarkan, makan ramai lah yang mula mengeluh. Mana taknya sebanyak lebih 570 kawasan terjejas dari tempoh 24 hingga 27 April ini..Baik korang check kawasan korang kena ke tak. So selepas sahaja notis tersebut dikeluarkan maka ramai yang datang kedai menjual tong dan bekas air.ADVERTISING

Memetik Sinar Harian, tinjauan yang mereka lakukan mendapati dua kedai di Bandar Baru Sentul kehabisan tong air saiz besar. Pekerja kedai itu memaklumkan mereka kehabisan stok tong sejak semalam selepas ramai pelanggan membelinya sebagai persediaan bedepan gngguan bekalan air bermula 24 April ini.

Tong besar sudah habis yang tinggal hanya saiz kecil saja. Kami sudah membuat tempahan stok tapi mungkin sampai minggu depan.” Rata-rata orang awam yang ditemui juga menyatakan mereka telah bersedia menghadapi gngguan bekalan air tersebut memandangkan tempoh gngguan agak lama.

“Saya akan beli air mineral untuk tampung keperluan dan jika masih tidak mencukupi terpaksa juga menginap di hotel berhampiran,”– Azli Mokti. “Kami dah buat persediaan awal masa dapat tahu kawasan Sentul terlibat dengan gngguan air disebabkan tempohnya agak lama dari kebiasaan. Bagi menjimatkan air saya ambil peluang cuti hujung minggu saya untuk mendobi baju.”– Sharifah Nur Farahin

“Dah tiga kedai saya pergi tapi semua tong air saiz besar sudah habis dan paling awal pekedai boleh menyediakan bekalan pada hari esok. Kami belum buat apa-apa persediaan kerana masing-masing ada urusan tapi kami kena dapatkan tong hari ini juga sebab esok masing-masing sudah bekerja,” – Nurul Aflah

Untuk makluman gngguan bekalan air hingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan teruk sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April. Better korang semak notis sama ada kawasan korang alami gngguan ke tak. Nasib baik kawasan min tak kena! Fuhh..

Masalah Bekalan Air. Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Umumkan Bekalan Air Berlarutan Sehingga Ke Satu Tempoh Ini Dan Harap Penduduk Yang Terjejas Ambil Perhatian

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Lembah Klang terpaksa berdepan masalah ketiadaan air sekurang-kurangnya empat hari lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, ianya susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih tercemar.

“Setakat pukul 2.30 petang hari ini pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji tersebut dan berada pada tahap 1 ton. “Kami memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan LRA tersebut diberhentikan operasi sehingga 30 jam,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Suhaimi, kesemua loji rawatan air tersebut hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 ton. “Air Selangor tidak dapat mengagihkan air sebanyak 2,767 juta liter air kepada 1,292 kawasan pengguna di Kuala Lumpur, Petaling, Klang / Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang terjejas.

“Justeru itu, khidmat bekalan air akan terus diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas,” ujarnya. Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi selama 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya. – K! ONLINE

Air Selangor nafi mesej tular LRA beroperasi malam ini

KUALA LUMPUR- Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan mesej tular yang menyatakan Loji Rawatan Air telah beroperasi semula malam ini. Ketua Komunikasi Korporat syarikat itu, Elina Baseri berkata, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi semula.

“Ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga jam 8.30 malam ini masih mengesan pencemaran pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON. “Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran-saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gngguan ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang menyatakan Pencemaran berbau di Sungai Gong telah diselesaikan dan LRA dijangka akan beroperasi semula sepenuhnya pada pukul 8 malam. Tambah Elina, Air Selangor akan mengemaskini maklumat gngguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman web di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. -K! ONLINE

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post