Noor Azmi (dua dari kanan) bergambar pada Program Kospen Negeri Selangor di Dewan Sri Bernam , Sabak Bernam hari ini. SABAK BERNAM – Seramai 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah akan menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) dalam masa seminggu selepas kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, semua penduduk perlu menjalani saringan di klinik kesihatan berhampiran. “Kerajaan sentiasa bertindak pantas bagi mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif Covid-19 bagi membendung penularan wabak itu.
ARTIKEL MENARIK:Terkini 4 sekolah di Tawau ditutup sampai ahad ini. Tergamam rupa rupanya ini punca sampai sekolah kena tutup.
“Kita sedang berusaha mencari (mengesan) individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes Kluster Sungai dan Telaga,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Negeri Selangor di Dewan Sri Bernam di sini hari ini.
Noor Azmi berkata, semua tempat awam di daerah itu juga akan dilaksanakan proses nyahcemar dari masa ke masa. “(Perniagaan perkhidmatan) kedai makan, kedai runcit dibenarkan beroperasi mengikut waktu tertentu manakala masjid, surau dan sekolah diarahkan ditutup,” katanya.
Selain itu, katanya, kira-kira 100 pasukan kesihatan telah dimobilisasikan dari seluruh Kedah. “Ibu pejabat juga sedang mengaturkan mobilisasi dari negeri lain dan sukarelawan mengikut keperluan semasa. “Jumlah anggota kesihatan yang diperlukan disemak dari masa ke masa mengikut keperluan dan situasi Covid-19,” katanya-sinarharian
PKPD Pentadbiran Dilaksanakan Di 28 Mukim Kota Setar. Ismail Sabri Dedahkan Mukim Yang Terlibat Dan Punca PKPD Dilaksanakan
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran yang akan berkuat kuasa di 28 mukim daerah Kota Setar berkuat kuasa tengah malam ini akan membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.
PKPD Pentadbiran itu diputuskan selepas mengambil kira peningkatan kes positif COVID-19 dari Kluster Sungai dan Tawar di daerah berkenaan.”Ini juga selaras dengan cadangan oleh Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor),” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah berkenaan adalah sama seperti SOP PKPD Pentadbiran yang lain, termasuk larangn keluar dan masuk di kawasan berkenaan, di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya.
Sebanyak 28 mukim dalam daerah Kota Setar yang terbabit PKPD Pentadbiran berkenaan adalah seperti berikut:(1) Lnggar,(2) Bukit Pinang,(3) Gunung,(4) Kuala Kedah,(5) Sungai Baru,(6) Kota Setar,(7) Mergong,(8) Titi Gajah,(9) Alor Malai,(10) Pengkalan Kudor,(11) Padang Lalang,(12) Kubang Rotan,(13) Teluk Cengai,(14) Teluk Kechai,(15) Pumpong,(16) Derga,(17) Tajar, (18) Limbong, (19) Tebengau, (20) Teluk Mas,(21) Lengkus,(22) Kangkong, (23) Lepai, (24) Hutan Kampung, (25) Alor Merah,(26) Anak Bukit,(27) Sala Kechik,(28) Padang Hang-siakapkeli
Kedah syor PKPD bagi Kluster Sungai, Telaga
Alor Setar: Kerajaan negeri Kedah akan mengemukakan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan Covid-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan itu akan dibawa pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19 membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain.
Katanya, ini berikutan hanya pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran berjaya memberi kesan positif bagi mengekang penularan wabak itu seperti Kluster Sivagangga di Napoh dan Kluster Tawar di Amanjaya, Sungai Petani. “Kalau ikut pengalaman kita, memang PKPD adalah kaedah paling berkesan. Cumanya pertimbangan perlu dibuat sama ada langkah itu akan memberi kesan terhadap sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan.
“Kita bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit. “Rakyat sendiri berharap kerajaan negeri dapat ambil tindakan dan ini yang kita lakukan iaitu membuat syor dan menghantar segera kepada MKN,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 16 petugas kesihatan antara 26 kes positif Covid-19 dalam Kluster Sungai, setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata, daripada jumlah petugas kesihatan terbabit, seorang turut menjangkiti tujuh ahli keluarganya.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya berharap rakyat Kedah dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan MKN. Katanya, rakyat perlu mengambil tindakan awal dengan menjaga keselamatan dan kesihatan diri selain mengelak daripada berada di luar rumah terlalu lama jika tiada keperluan.
“Kita tunggu keputusan MKN, dan di peringkat Kerajaan Pusat juga akan diadakan mesyuarat dan mereka akan mengambil tindakan paling baik setelah mengambil kira semua faktor.”Pada masyarakat pula, diminta terus menjaga penjarakan fizikal, bagi orang muda kurangkan melepak di luar untuk elak menjadi rantaian Covid-19 atau menjadi pembawa kepada orang tua dan adik-beradik,” katanya.-mymetro
Isu Kes Positif COVID19 Melibatkan Kalangan Petugas Kesihatan. KKM Dedahkan Punca Jangkitan Berlaku Dan Ini Langkah Pencegahan Yang Diambil Oleh Petugas
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyenaraikan punca-punca jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan mereka. Menurut satu kenyataan, 53 peratus jangkitan berpunca daripada petugas lain, manakala 22 peratus daripada komuniti dan 17 peratus lagi ketika menguruskan pesakit yang belum diketahui status jangkitannya.
Selain itu, tiada petugas KKM yang dijangkiti ketika menguruskan pesakit COVID-19 di wad isolasi dan unit rawatan rapi (ICU). Justeru, petugas-petugas kesihatan di hospital dan klinik KKM serta swasta dinasihatkan agar memakai pelitup muka jenis 3-PLY svrgical mask sepanjang waktu bekerja dan mengamalkan langkah pencegahan lain.
Penjarakkan fizikal yang selamat di tempat bertugas dalam kalangan rakan sekerja dan ketika menguruskan pesakit juga perlu diamalkan sepanjang masa bertugas.Dalam masa sama, ruang guna sama seperti kaunter jururawat, ruang makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan perlu sentiasa dalam keadaan bersih.-siakapkeli
Kedah mungkin bawa petugas kesihatan dari negeri lain
ALOR SETAR: Kedah mungkin terpaksa membawa petugas kesihatan dari negeri lain sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bagi Kluster Sungai dan Telaga dilaksana dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ini kerana kemungkinan berlaku masalah kekurangan kakitangan kesihatan bagi melakukan saringan COVID-19 dalam kalangan penduduk.
Katanya, sebelum ini ada tambahan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dibawa dari negeri berdekatan bagi membantu melancarkan proses terbabit serta membantu kaki tangan kesihatan sedia ada.”Seperti PKPD Secara Pentadbiran di Amanjaya, terdapat petugas kesihatan dari daerah lain yang tidak terjejas membantu, malah ada petugas dari Pulau Pinang, Perak dan Perlis dihantar ke sini.
“Kita sudah bersedia sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga.”Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mohon petugas tambahan dari negeri lain untuk bantu petugas sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati meminta penduduk tidak panik, sebaliknya terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Kita sudah mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19 petang semalam, kerajaan negeri sudah mengemukakan beberapa syor dalam mesyuarat itu kepada MKN.
“Kita tunggu keputusan MKN sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak di kawasan berkenaan.”Ketika ini, penduduk khususnya di kawasan terjejas akibat penularan COVID-19 dilarng keluar rumah sekiranya tiada keperluan,” katanya. Semalam, KKM memaklumkan terdapat 13 pertambahan kes baharu positif COVID-19 membabitkan Kluster Sungai menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 38 kes, manakala Kluster Telaga mencatatkan satu kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes.-bh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – Foto BERNAMA
via Era Kini
Post a Comment