KUALA LUMPUR: Pelakon Fendy Bakry, 32, membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan nama Ayu, 27, malam tadi. Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri berkata, majlis pernikahan berlangsung selepas Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga terdekat.
Pelakon yang meledak menerusi drama Mr Grey itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Sebelum ini, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara ringkas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa pada Mac lalu.
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Sharnaaz Ahmad pergi bercuti dengan bekas isterinya. Jadi tanda tanya pada warganet. Akhirnya terbongkar rupa rupanya ini hubungan Sharnaaz dan Nabila sekarang.
“Jika ikutkan, kami tak bercinta bagai nak rak. Tiada nak berdating atau bergayut telefon selama 24 jam. Kami kenal tiga tahun lalu selepas bertemu di Festival Teater Kebangsaan, Kedah kerana memberi sokongan kepada persatuan teater masing-masing.
“Salah satu perkara tambat hati adalah keperibadiannya. Isteri tak kisah bersusah payah demi saya. Secara kebetulan, saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, jadi dia banyak membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya kepada BH Online.
Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga. “Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.
“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pemilik perniagaan Bhenang Kitchen itu. Fendy berkata, dia bukannya sengaja tidak mengundang ramai tetamu termasuk media massa, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP), selain atas permintaan keluarga isteri.
“Keluarga sepakat mahu meneruskan perkara wajib dahulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. “Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi, tetapi belum ada tarikh tepat. Mungkin tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih diteruskan hingga hujung tahun ini.
“Lagipun, saya dan isteri akan sibuk dengan komitmen kerja selepas ini. Selain perniagaan, saya akan kembali ke lokasi penggambaran hujung September. “Bagaimanapun, saya tak boleh terima tawaran watak utama yang memerlukan komitmen panjang kerana masalah kesihatan. Setakat watak pembantu, insya-Allah boleh. Saya pun tak nak susahkan produksi,” katanya belum memikirkan soal bulan madu.
Mengimbas detik pertemuan, jejaka kelahiran Perlis itu berkata, semuanya berlaku tanpa diduga. “Saya selamba tanya isteri, nak kahwin dengan saya tak sekitar Mac lalu. Dia cakap jika serius kena jumpa keluarganya. “Majlis tunang diadakan dalam keadaan ringkas kerana kebetulan mak saya berada di Kuala Lumpur. Kemudiannya, kami putuskan untuk bernikah.
“Ikutkan perancangnya, kami bernikah pada Januari tahun depan. Tetapi, lebih baik mempercepatkan perkara baik. Tiada guna nak tangguh lagi kerana tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber : BH via Era Kini
Post a Comment