Cukup kuat dan reda dengan suratan ini. Anak kedua Zulkifli Norzaza dedahkan kronologi pemergian ayahnya dan keadaan keluarganya terutama sekali ibunya

Cukup kuat dan reda dengan suratan ini. Anak kedua Zulkifli Norzaza dedahkan kronologi pemergian ayahnya dan keadaan keluarganya terutama sekali ibunya

HULU KLANG: ‘Boyfriend Mama yang pergi dahulu.’ Itu reaksi Norzaza, anak pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, yang sudah pergi buat selamanya akibat komplikasi pelbagai sakit, apabila ditanya keadaan ibu, Datin Normala Omar, 63, yang hilang teman hidup sejak berkahwin lebih 40 tahun lalu.

Cukup kuat dan reda dengan suratan ini. Anak kedua Zulkifli Norzaza dedahkan kronologi pemergian ayahnya dan keadaan keluarganya terutama sekali ibunya
Norzaza yang juga anak kedua pasangan itu memberitahu, ibu tabah menerima hakikat Papa sudah pergi.”Mama cukup kuat dan reda dengan suratan ini. Tapi kita tak tahu, Mama mungkin menyimpan kesedihannya dengan cara sendiri.

ARTIKEL MENARIK:Masih tidak sedarkan diri. Bella perjelaskan keadaan dan punca berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggakam Sandra Dianne dikejarkan ke wad


“Namun, apa yang pasti, cinta dan kenangan mereka bersama akan terus tersemat indah dalam hati Mama,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Ukay Perdana, di sini.Zulkifli hembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pelbagai sakit di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, pada jam 7.30 malam tadi.

Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Norzizi berkata, Papa seolah-olah menunggu anak-anak berkumpul di sini, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Norzizi memberitahu, dia dan empat adik-beradik yang lain termasuk yang menetap di Perlis, kebetulan berkumpul di ibu negara, hujung minggu ini, bagi mengemas rumah milik ayahnya di Setapak.

“Kebetulan kami semua ada di sini termasuk adik yang menetap jauh di Perlis. Kami berkumpul kerana mahu mengemas rumah papa di Setapak yang hendak dijual.”Memikirkan semua sudah berkumpul dan melihat keadaan papa, kami adik-beradik mahu berbincang malam ini (malam tadi) sama ada mahu menghantar papa ke hospital,” katanya.

Norzizi berkata, ayahnya pergi dengan tenang sebaik azan Maghrib berkumandang.”Saya yang ada bersama ayah tidak nampak ayah seperti menghembuskan nafas terakhir.”Ada suatu ketika, Papa seperti menarik nafas dan matanya pejam,” katanya yang sempat menggosok belakang tubuh ayah dan memberinya makan biarpun tidak berselera untuk menjamah.

Norzizi berkata, ayahnya tidak memberi tindak balas sejak petang semalam biarpun masih mampu berkomunikasi dengan isyarat tangan dan bahasa tubuh.”Buah pinggang Papa berada pada tahap bahaaya dan tidak berfungsi. Papa terbaring dan tidak boleh melalui proses dialisis kerana tidak berupaya lagi.

“Doktor sudah mengesahkan keadaan kesihatan ayah yang kr1t1kal… Cuma sudah sampai masanya (untuk pergi),” katanya.Pagi tadi, jnzh Ayahnya dimandi dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana. Ayahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkbrn Islam Ukay Perdana, pada jam 12 tengah hari tadi.

Selain keluarga dan sanak-saudara, turut memberi penghormatan adalah teman artis seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Hail Amir dan Eman Manan.Mac lalu, Zulkifli yang berasal dari Alor Setar, Kedah, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh apabila disahkan mengalami pendrhan dalam otak.

Sebelum ini, ayahnya pernah dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam darh dan masalah buah pinggang.Pada zaman kegemilangannya, Zulkifli pernah membintangi drama Tr4gedi Seri Mersing pada 1985 dan cukup terkenal dengan watak Bentayan.

Filem lain lakonan Zulkifli adalah Sayang Anakku Sayang pada 1981, Penentuan (1982), Kecil-Kecil Cili Api (1996), Anak Mami Kembali (2005) dan Cicakman (2006). Zulkifli berkahwin dengan Normala pada tahun 1976 dan dikurniakan lima cahaya mata selain tujuh cucu.-bh


Loading...
loading...


Banyak Tinggalkan Kenangan Manis Buat Isterinya. Isteri Zulkifli Zain Dedahkan Kisah Sebenar Yang Melibatkan Keluarganya Yang Tidak Menerima Zulkifli Atas Satu Sebab Ini

PEMERGIAN pelakon Datuk Zulkifli Zain malam tadi tinggalkan banyak kenangan buat isterinya yang juga pelakon, Datin Normala Omar, 63, antaranya perkahwinan mereka pernah tidak direstui keluarga. Normala ketika ditemui berkata, keluarganya ketika itu tidak menyukai Zulkifli kerana bekerja sebagai penari.

“Saya orang Pulau Pinang, dia orang Kedah. Keluarga tak suka kerana dia penari. Saya pun penari kebudayaan Kompleks Budaya Negara. “Jadi apabila kahwin memang keluarga tak sukalah. Namun, selepas kahwin kami terus sambung belajar di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia untuk ubah taraf keluarga.


“Selepas kembali ke tanah air dan mendapat anak iaitu Zizie, barulah mereka terima. Alhamdulillah. Memang macam-macam dugaan kami terima dan abang seorang yang kuat,” katanya kepada Harian Metro. Zulkifli yang juga pelakon filem Mtinya Seorang Patriot hembuskan nafas terakhirnya di sisi Normala di kediaman mereka di Ukay Perdana, Ampang, Selangor akibat angin ahmar, komplikasi buah pinggang, kncing manis dan darh tinggi.

Menurut Normala, Zulkifli ada melahirkan hasrat untuk berkunjung ke Padang Panjang dengan anak-anak. “Dia asyik ulang cakap nak ke sana. Saya kata bukan mudah nak pergi dalam keadaan dia sekarang. Dia pun tak boleh berjalan. Lainlah kalau dia boleh berjalan. Itu sahaja keinginan dia,” katanya.

Bagi Normala, suaminya seorang yang baik dan menghargai isteri apabila menghadiahkan rumah pada ulang tahun kelahirannya. “Di rumah inilah abang Zul menghembuskan nafas terakhir. Saya akan terus tinggal di sini bersama anak kami, Zaza. Saya kena kuat terima kenyataan. Ada seorang kawan kata, mula-mula kita takkan terasa kehilangan.

“Selepas seminggu, barulah akan terasa rindu. Kami tidur berasingan katil dan setiap malam kami akan berbual dan dia masih suka bergurau,” katanya. Bercerita mengenai saat-saat akhir Zulkifli, Normala berkata, suaminya banyak mendiamkan diri.

“Saya suruh dia mengucap dan berzikir. Setiap masa saya suruh dia amalkannya. Abang terlntar akibat angin ahmar selama empat tahun. Dia hanya berehat dalam bilik dan apabila nak makan, anak-anak bawa ke dapur. “Cuma baru-baru ini dia hanya makan dalam bilik kerana terlalu lemah. Apabila makan pula, keluar semula,” katanya.

Katanya, suaminya hanya boleh minum oat yang cair. “Dia sebenarnya teringin nak makan nasi beriani, nak mi kari Zizie buat, tapi kami tahu, dia tak boleh masuk. Dia nampak letih dan tak larat berdiri. Jadi kami rancang nak bawa di ke hospital. Kami dah siapkan pakaian.

“Anak-anak juga syorkan tidur di rumah Zizie di Denai Alam. Dalam masa sama, mereka juga sedang kemas rumah abang Zul di Desa Setapak untuk dijual,” katanya. Menurutnya, mereka terlambat tiba di rumah dan ketika azan Maghrib berkumandang, suaminya menghembuskan nafas terakhir.

Pasangan ini mempunyai lima anak iaitu Dr Norzizi, 44; Norzaza, 38; Norzazila, 36; Norzazleen, 33; dan Mohd Noor Zabaiq, 29. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:HM

Zulkifli Zain hembuskan nafas terakhirnya semalam. Dr Norzizi dedahkan punca pemergian ayahnya dan hasrat ayahnya yang tidak kesampaian

Dr Norzizi mengesahkan bapanya, Zulkifli hembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu. PELAKON veteran Datuk Zulkifli Zain pergi buat selamanya pada usia 76 tahun di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang akibat komplikaasi pelbagai sakit termasuklah kegagaln buah pinggang kira-kira pukul 7.30 malam, Sabtu. Berita sedih itu disahkan anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.

Menurut Norzizi, jnzh bapanya akan disemadikan di Tanah Perkbran Islam Ukay Perdana, Ampang, pada Ahad selepas solat zohor.”Ya… bapa saya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dia pergi buat selamanya di rumah akibat komplikasi banyak sakit. Beliau tinggalkan seorang isteri iaitu Normala.“InsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9 pagi jnzh akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkbrn Islam Ukay Perdana selepas solat zohor,” kata Norzizi kepada mStar.

Sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan bahaaya apabila disahkan mengalami pndarhn dalam otak . Zulkifli dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitn kuman dalam darh dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.Pada 15 Mac lalu, kesihatan bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu dilaporkan merosot hingga kurang memberikan respon dan ada ketika, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Menurut Zizi, bapanya dijangka menerima satu anugerah dari UiTM pada Khamis ini sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang seni namun tidak kesampaian.Bercerita mengenai apa-apa hajat yang tidak kesampaian ujar Zizi, ayahnya mengidam untuk makan mi kari pada minggu lalu namun Zizi tidak sempat menyediakannya dan bercadang memenuhi permintaan itu minggu ini namun tidak berjaya selain beliau juga sukar untuk menjamah makanan.

Beberapa bulan lalu kata Zizi, ayahnya kerap bertanya bilakah Zizi akan bergelar Profesor Madya dan dia berhasrat untuk memenuhi permintaan bapamya itu.”Ayah selalu tanya bila Zizi nak bergelar Profesor Madya dan sekarang ni Zizi tengah berusaha ke arah itu. InsyaAllah, Zizi akan penuhi impian ayah nanti,” ujarnya yang reda dengan kehilangan bapanya.

Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar itu pernah didatangi angin ahmar pada 2016.Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.Selain Norzizi, Allahyrhm juga mempunyai empat orang anak lagi iaitu Norzaza, 38, Norzazila, 36, Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29 dan memiliki tujuh orang cucu.Pada sekitar era 1970an dan 1980an, Zulkifli yang berasal dari Alor Setar, Kedah pernah membintangi filem Jiwa Remaja, Potret Maria, Penentuan dan banyak lagi.Atas sumbangan pada karier seni yang diceburi, Zulkifli dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Kedah.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post