Begini Caranya Tanam Bendi Dalam Pasu, Tak Susah & Hasilnya Pun Puas Makan

Begini Caranya Tanam Bendi Dalam Pasu, Tak Susah & Hasilnya Pun Puas Makan

Tidak lengkap hidangan asam pedas atau kari tanpa adanya bendi. Dikenali dengan nama ‘lady finger’ dan antara tanaman sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia.

Begini Caranya Tanam Bendi Dalam Pasu, Tak Susah & Hasilnya Pun Puas Makan



Ketinggian bendi kira-kra 1.5 meter ini menjadikan ia pokok tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu.

ARTIKEL MENARIK:Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki


Bagi peminat aktiviti berkebun, ada beberapa tip perlu diambil kira jika mahu menanamnya dalam pasu supaya bendi terus hidup subur.


Tumbuh subur dalam pasu.

Perkara Asas Untuk Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu

1. Pasu

Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas.

Pemilihan material untuk tanam pokok bendi tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.

Namun, untuk tanam pokok bendi anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.

2. Medium Tanah

Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan.

Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium untuk tanam pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.

Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.


Puas makan hasil tanaman sendiri.

3. Semai Biji Benih

Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.

Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang.

Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah


Loading...
loading...


4. Lokasi Tanaman

Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini

5. Cara Siraman

Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis.


Siram sekali sehari.

SUMBER: IMPIANA via Vanilla Kismis


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post