PEMERGIAN pelakon Datuk Zulkifli Zain malam tadi tinggalkan banyak kenangan buat isterinya yang juga pelakon, Datin Normala Omar, 63, antaranya perkahwinan mereka pernah tidak direstui keluarga. Normala ketika ditemui berkata, keluarganya ketika itu tidak menyukai Zulkifli kerana bekerja sebagai penari.
“Saya orang Pulau Pinang, dia orang Kedah. Keluarga tak suka kerana dia penari. Saya pun penari kebudayaan Kompleks Budaya Negara. “Jadi apabila kahwin memang keluarga tak sukalah. Namun, selepas kahwin kami terus sambung belajar di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia untuk ubah taraf keluarga.
ARTIKEL MENARIK:Tak beradab dengan mak sendiri. Adlin Aman Ramlie perjelaskan perkara sebenar setelah sekian lama menyepi dalam industri seni dan kembali berlakon bersama Mira Filzah
“Selepas kembali ke tanah air dan mendapat anak iaitu Zizie, barulah mereka terima. Alhamdulillah. Memang macam-macam dugaan kami terima dan abang seorang yang kuat,” katanya kepada Harian Metro. Zulkifli yang juga pelakon filem Mtinya Seorang Patriot hembuskan nafas terakhirnya di sisi Normala di kediaman mereka di Ukay Perdana, Ampang, Selangor akibat angin ahmar, komplikasi buah pinggang, kncing manis dan darh tinggi.
Menurut Normala, Zulkifli ada melahirkan hasrat untuk berkunjung ke Padang Panjang dengan anak-anak. “Dia asyik ulang cakap nak ke sana. Saya kata bukan mudah nak pergi dalam keadaan dia sekarang. Dia pun tak boleh berjalan. Lainlah kalau dia boleh berjalan. Itu sahaja keinginan dia,” katanya.
Bagi Normala, suaminya seorang yang baik dan menghargai isteri apabila menghadiahkan rumah pada ulang tahun kelahirannya. “Di rumah inilah abang Zul menghembuskan nafas terakhir. Saya akan terus tinggal di sini bersama anak kami, Zaza. Saya kena kuat terima kenyataan. Ada seorang kawan kata, mula-mula kita takkan terasa kehilangan.
“Selepas seminggu, barulah akan terasa rindu. Kami tidur berasingan katil dan setiap malam kami akan berbual dan dia masih suka bergurau,” katanya. Bercerita mengenai saat-saat akhir Zulkifli, Normala berkata, suaminya banyak mendiamkan diri.
“Saya suruh dia mengucap dan berzikir. Setiap masa saya suruh dia amalkannya. Abang terlntar akibat angin ahmar selama empat tahun. Dia hanya berehat dalam bilik dan apabila nak makan, anak-anak bawa ke dapur. “Cuma baru-baru ini dia hanya makan dalam bilik kerana terlalu lemah. Apabila makan pula, keluar semula,” katanya.
Katanya, suaminya hanya boleh minum oat yang cair. “Dia sebenarnya teringin nak makan nasi beriani, nak mi kari Zizie buat, tapi kami tahu, dia tak boleh masuk. Dia nampak letih dan tak larat berdiri. Jadi kami rancang nak bawa di ke hospital. Kami dah siapkan pakaian.
“Anak-anak juga syorkan tidur di rumah Zizie di Denai Alam. Dalam masa sama, mereka juga sedang kemas rumah abang Zul di Desa Setapak untuk dijual,” katanya. Menurutnya, mereka terlambat tiba di rumah dan ketika azan Maghrib berkumandang, suaminya menghembuskan nafas terakhir.
Pasangan ini mempunyai lima anak iaitu Dr Norzizi, 44; Norzaza, 38; Norzazila, 36; Norzazleen, 33; dan Mohd Noor Zabaiq, 29. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:HM
Zulkifli Zain hembuskan nafas terakhirnya semalam. Dr Norzizi dedahkan punca pemergian ayahnya dan hasrat ayahnya yang tidak kesampaian
Dr Norzizi mengesahkan bapanya, Zulkifli hembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu. PELAKON veteran Datuk Zulkifli Zain pergi buat selamanya pada usia 76 tahun di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang akibat komplikaasi pelbagai sakit termasuklah kegagaln buah pinggang kira-kira pukul 7.30 malam, Sabtu. Berita sedih itu disahkan anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.
Menurut Norzizi, jnzh bapanya akan disemadikan di Tanah Perkbran Islam Ukay Perdana, Ampang, pada Ahad selepas solat zohor.”Ya… bapa saya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dia pergi buat selamanya di rumah akibat komplikasi banyak sakit. Beliau tinggalkan seorang isteri iaitu Normala.“InsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9 pagi jnzh akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkbrn Islam Ukay Perdana selepas solat zohor,” kata Norzizi kepada mStar.
Sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan bahaaya apabila disahkan mengalami pndarhn dalam otak . Zulkifli dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitn kuman dalam darh dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.Pada 15 Mac lalu, kesihatan bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu dilaporkan merosot hingga kurang memberikan respon dan ada ketika, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurut Zizi, bapanya dijangka menerima satu anugerah dari UiTM pada Khamis ini sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang seni namun tidak kesampaian.Bercerita mengenai apa-apa hajat yang tidak kesampaian ujar Zizi, ayahnya mengidam untuk makan mi kari pada minggu lalu namun Zizi tidak sempat menyediakannya dan bercadang memenuhi permintaan itu minggu ini namun tidak berjaya selain beliau juga sukar untuk menjamah makanan.
Beberapa bulan lalu kata Zizi, ayahnya kerap bertanya bilakah Zizi akan bergelar Profesor Madya dan dia berhasrat untuk memenuhi permintaan bapamya itu.”Ayah selalu tanya bila Zizi nak bergelar Profesor Madya dan sekarang ni Zizi tengah berusaha ke arah itu. InsyaAllah, Zizi akan penuhi impian ayah nanti,” ujarnya yang reda dengan kehilangan bapanya.
Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar itu pernah didatangi angin ahmar pada 2016.Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.Selain Norzizi, Allahyrhm juga mempunyai empat orang anak lagi iaitu Norzaza, 38, Norzazila, 36, Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29 dan memiliki tujuh orang cucu.Pada sekitar era 1970an dan 1980an, Zulkifli yang berasal dari Alor Setar, Kedah pernah membintangi filem Jiwa Remaja, Potret Maria, Penentuan dan banyak lagi.Atas sumbangan pada karier seni yang diceburi, Zulkifli dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Kedah.
‘Zulkifli Zain dah jeriit panggil anak’
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 76, semakin stabil dan dibenarkan keluar hospital, sejak minggu lalu. Sebelum ini, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan teruk apabila disahkan mengalami pendrahan dalam otak. Awalnya, beliau dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam drah dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.
Pada 15 Mac lalu, keadaan kesihatan bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu dilaporkan merosot hingga kurang memberikan respon dan ada ketika, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sebelum ini, doktor memaklumkan pendrahn dalam otaknya tidak merebak dan masih ada harapan sembuh.
Anaknya, Norzaza Zulkifli berkata, bapanya dibenarkan keluar hospital pada 19 Mac lalu. “Alhamdulillah, keadaan Papa semakin baik apabila pulang ke rumah. Hari pertama, Papa kelihatan bertenaga, tidak sama ketika berada di hospital. “Ketika itu, suara pun kita kurang dengar. Sekarang suara sudah jelas, mampu menjeerit nama anak-anak seperti biasa.
“Bagaimanapun, Papa kurang berselera makan. Dia hanya menjamah sedikit makanan,” katanya kepada BH Online. Zaza berkata, ingatan bapanya juga semakin okay. “Ingatan makin pulih, tidak seperti sebelum ini, bercakap sendiri dan tak kenal orang. Cuma, Papa tak ingat banyak kejadian yang berlaku di hospital. Mungkin waktu itu, ingatannya tergnggu disebabkan ada pendrahan dalam otak.
“Secara keseluruhannya, Alhamdulillah. Papa sudah melakukan rutinnya ketika berada di rumah. Selalunya, Papa akan menggerakkan punggung dan kaki perlahan-lahan hingga di hujung katil, sebelum diangkat atas kerusi roda. “Awalnya, Papa seperti lupa, tetapi saya mengingatkannya. Syukur, dia sudah boleh mengesot hingga hujung katil tanpa perlu dipegang belakang,” katanya akan menjalani pemeriksaan pada April depan. © New Straits Times Press (M) Bhd
via Era Kini
Post a Comment