Pelakon, Azhar Sulaiman ada berkongsi berita yang memaklumkan kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.58 malam Isnin. Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Lalu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan kakaknya. “Al fatihah buat Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman. “Semoga Allah akan menempatkan Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti serta peminat menitipkan ucapan salam takziah buat Azhar sekeluarga.
ARTIKEL MENARIK:Tular video Nabila Huda menangis gara gara didatangi individu yang mencurigakan. Ini kebenaran di sebalik apa yang berlaku dan Nabila harap semua maklum dengan kejadian tersebut
Semoga kakak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Video: Instagram Azhar Sulaiman. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : MH
Tak puas hati gara gara ank dapat B dalam subjek Agama. Mengejutkan ini tindakan dari isteri Azhar Sulaiman buat warganet terkedu.
DISEBABKAN berasa ragu dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya Andika Rees Pahamin, pelakon Azhar Sulaiman berkata isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin membuat semakan semula di Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Azhar berkata, isterinya kurang berpuas hati dan merasakan terdapat kesilapan apabila anaknya itu hanya memperolehi gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
“Seperti biasa, untuk kerja-kerja macam ni memang dibuat oleh ibunya. “Dia dah soal Rees bertalu-talu kenapa dapat gred B untuk subjek Pendidikan Islam. Rees cakap dia dah jawab dengan sebaik mungkin,” “Jadi, satu-satunya cara untuk tahu apa yang Rees cakap tu betul atau tidak, maknya sebagai seorang peguam pergilah buat kepastian dan semakan
“Saya tak terlibat dalam proses ni jadi tak berani nak komen lebih-lebih takut tersilap cakap,” ujarnya kepada mStar. Sebelum ini, pelakon drama Keluarga Iskandar ini berkongsi keputusan terbaharu anaknya di Instagram pada Jumaat. Menerusi perkongsian itu, Rees yang mengambil lapan subjek itu memperoleh 7A dan 1B bagi subjekt Bahasa Melayu.
“Keputusan SPM Rees telah diperbetulkan. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas pembetulan ini. “Keputusan muktamad buat anak kembar tidak seiras saya. Leona 7A & Rees 7A… barulah betul bunyinya,” tulisnya. Manakalan, keputusan SPM kembarnya iaitu Kasih Iris Leona yang mendapat 7A turut dibuat semakan oleh ibu mereka, namun tiada perubahan dalam gred yang diperoleh.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Suka duduk terkangkang. Tak sangka ini tindakan mengejut Azhar Sulaiman apabila tengok anak gadisnya suka duduk terkangkang
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai anak gadis Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sering memuat naik video aktiviti hariannya dan TikTok di Instagram miliknya. Baru-baru ini, Leona dilihat ada memuat naik video bersama kembarnya melakukan senaman.
Seperti sudah dijangka ada yang kurang senang dengan gelagat anak gadis pelakon itu yang mengenakan seluar pendek hitam. Bagaimanapun, ruangan komen video tersebut telah pun ditutup kepada umum. Menyedari nama anaknya menjadi bualan hangat netizen, menerusi Facebook miliknya Azhar berkata dia sudah pun memberi teguran pada anak gadisnya itu.
Azhar memberitahu dia turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim. Katanya lagi, dia juga akan menasihati Leona tentang kandungan yang boleh dikongsikan di Instagram. Malah, dia turut meminta anak lelakinya yang juga kembar kepada Leona iaitu Rees supaya mengingatkan anak gadisnya itu untuk menjaga tingkah laku serta berkelakuan sopan.
Tindakan Azhar yang tampil memberi penjelasan untuk menangani ‘kegelaan’ Tik Tok anaknya itu menerima pujian daripada warganet. Warganet juga mengatakan Azhar seorang bapa yang bertanggungjawab dan bersetuju dengan pendekatan yang digunakan untuk mendidik anaknya.
Malah, warganet berkata mereka juga memahami kesukaran untuk membesarkan anak kerana setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Rotikaya
Leona tampil dengan imej baru. Azhar Sulaiman mampu tepuk dahi tatkala perubahan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu.
Pelakon Azhar Sulaiman cuba sebaik mungkin untuk memimpin keluarganya agar lebih dekat dengan Islam. TERKEJUT dengan gaya rambut baharu anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona, pelakon Azhar Sulaiman akui dia masih berusaha menjadi pemimpin yang baik untuk keluarganya.
Akui sedar dengan rasa kurang senang dalam kalangan warga net, Azhar, 49, berkata anaknya juga masih belajar banyak perkara terutama dalam usia yang sedang meningkat dewasa.”Dia dah 18 tahun masih explore banyak benda dalam hidup ni.
“Hidup dalam keluarga moden ni, saya sebagai bapa perlu menyesuaikan diri dengan perkara begini walaupun ada suara yang tidak menyenangkan. it’s part of growing up. Kasih Iris Leona merupakan cahaya mata perempuan kedua Azhar Sulaiman.
“Ada juga orang yang menegur dan menyentuh tentang agama… ada yang cakap saya patut buat sesuatu untuk menghalangnya.”Saya hargai semua komen yang berlandaskan agama. Tak apa, nak membebel pun tak apa, ia sangat dialu-alukan,” katanya kepada mStar.
Azhar mengulas komen warga net mengenai penampilan Kasih Iris Leona yang menukar warna rambut kepada jingga.Tambah Azhar dia tidak akan mempertahankan tindakan yang dibuat oleh anak gadisnya itu.Pelakon Abang 92 ini juga berkata sebagai ketua keluarga dia akan membimbing isteri dan anak-anaknya ke arah yang lebih baik dan mendekatkan diri dengan Islam.
Sumber:mstar
Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadisnya Jangan Suka Duduk Mengangkang
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai anak gadis Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sering memuat naik video aktiviti hariannya dan TikTok di Instagram miliknya. Baru-baru ini, Leona dilihat ada memuat naik video bersama kembarnya melakukan senaman.
Seperti sudah dijangka ada yang kurang senang dengan gelagat anak gadis pelakon itu yang mengenakan seluar pendek hitam. Bagaimanapun, ruangan komen video tersebut telah pun ditutup kepada umum. Menyedari nama anaknya menjadi bualan hangat warga net, menerusi Facebook miliknya Azhar berkata dia sudah pun memberi teguran pada anak gadisnya itu. Azhar memberitahu dia turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim.
Katanya lagi, dia juga akan menasihati Leona tentang kandungan yang boleh dikongsikan di Instagram. Malah, dia turut meminta anak lelakinya yang juga kembar kepada Leona iaitu Rees supaya mengingatkan anak gadisnya itu untuk menjaga tingkah laku serta berkelakuan sopan.
Tindakan Azhar yang tampil memberi penjelasan untuk menangani tahap obsesi Tik Tok anaknya itu menerima pujian daripada warga net. Warganet juga mengatakan Azhar seorang bapa yang bertanggungjawab dan bersetuju dengan pendekatan yang digunakan untuk mendidik anaknya. Malah, warganet berkata mereka juga memahami kesukaran untuk membesarkan anak kerana setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sumber:rotikaya
Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang
Tahniah kepada anak kembar Azhar Sulaiman. ANAK kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.
Azhar berkongsi perkara itu di Instagram mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada isterinya Chempaka Emalin Pahamin.”Syukur Alhamdulillah, kembar saya Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM Mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.
Azhar bersama isteri dan anak kembarnya.“Terima kasih ‘zillion’ kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik.”Awak ibu yang terbaik,” tulisnya
Sementara itu, Leona berkongsi keputusan SPM dengan mendapat 7A dan 1B. Manakala Rees masih belum berkongsi berkaitan keputusan yang diterimanya.”7As 1B+, saya rasa baik sahaja.” ujarnya.Selain Leona dan Rees, Azhar Sulaiman turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 21.
Sumber: mstar
Saya akan cuba memimpin keluarga ke arah yang lebih baik dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.
“Saya takkan bersikap pertahankan diri atau tegakkan benang yang basah. Yang salah tu salah, kita tahan la… sebagai seorang ayah saya terima.”Saya juga akan cuba untuk memimpin keluarga ke arah yang lebih baik dan kembali mendekatkan diri dengan Islam,” ujarnya.
Menurut pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1990/91 ini lagi, anak-anaknya faham mengenai hukum hakam agama dan berharap mereka sedar kesan daripada setiap tindakan yang dilakukan.Di samping itu, Azhar berharap masih belum terlambat untuk dia dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin untuk membimbing anak-anak mereka.
Azhar berkongsi foto bersama isteri dan anak-anaknya pada Aidilfitri baru-baru ini.“Saya harap semakin mereka membesar menjadi orang dewasa mereka akan faham kesan yang mereka akan dapat daripada setiap tindakan mereka.
“Mereka bukannya kurang pandai. Mereka tahu api neraka tu panas macam mana.”Saya dan Chempaka sentiasa menasihati mereka dan pada masa sama kami harap ia masih tidak terlambat untuk membimbing anak-anak kami,” jelasnya. Azhar dan Chempaka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Leona dan Andika Rees Pahamin, 18, serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.
Sumber: mstar
Warganet Puji Cara Azhar Sulaiman Nasihat Anak Selepas ceramah fasal TikTok
Sebelum ini tular di media sosial mengenai Kasih Iris Leona, anak kepada artis Azhar Sulaiman yang aktif memuat naik beberapa kiriman video di Instagram dan TikTok. Tindakan anak gadisnya itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menegur perkara itu dan kemudiannya membawa kepada perdebatan antara mereka dan pelakon itu.
Malah BH pada semalam turut melaporkan pelakon itu terpaksa memuat naik sijil akademik miliknya selepas ada warganet yang mempertikaikan kewibawannya sebagai bapa. Tidak mahu perkara itu terus berlanjutan, Azhar pada dua hari lepas membuat kenyataan kepada para warganet yang menegur perangai anak gadisnya itu sebelum ini.
Salam semua, Nampaknya sejak dua-menjak ini nama anak Mami (Azhar) naik kerana penampilannya dalam Tik-Tok-nya. Cara penyelesaian Mami; Pertama, Mami sudah bercakap dengan Leona dan mengingatkan ‘siapa dia’- seorang gadis Muslim.
Kedua, Mami sudah berbincang dengan Maling dan akan bekerjasama untuk menasihatkan Leona memikirkan kembali mengenai kandungan di Instagram. Ketiga,Mami dah suruh anak lelaki saya Rees untuk selalu mengingatkan Leona supaya jangan suka duduk mengangkang macam di tempat awam. Semoga Leona dan keluarga saya akan belajar sesuatu daripada ‘episod’ ini.
Tindakan Azhar yang tampil memberi penjelasan bagaimana untuk menangani tahap kesukaan Tik Tok anaknya itu kemudiannya menerima pujian daripada warganet. Malah mereka juga berhadapan dengan perangai dan telatah anak yang membesar adalah perkara biasa sebagai seorang bapa. Apa-apa sekali pun, tindakan Azhar dalam menasihati anaknya ini adalah merupakan satu usaha yang terpuji malah pendekatannya yang digunakan berbeza daripada orang lain.
Daripada terus ‘berdebat’ dengan warga net tentang siapa yang betul dan salah, beliau mengambil pendekatan untuk menasihati anak gadisnya dan memaklumkan perkara tersebut kepada warga net kerana tidak mahu terus disalah anggap tidak berwibawa untuk menguruskan anak-anak sendiri. Tahukah anda pada 2018 Tik Tok pernah dinilai bakal berharga melebihi RM300 bilion dan ketika itu sudahpun mempunya 500 juta pengguna aktif.
Sumber:Vocket
Azhar Sulaiman Tepuk Dahi Tengok Warna Rambut Anak Gadisnya
Pasti ramai tahu pelakon Azhar Sulaiman mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona berusia 18 tahun yang kini menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja cantik malah seorang yang pintar apabila berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM.
Baru-baru ini, anak gadisnya itu tampil dengan imej terbaru apabila rambutnya diwarnakan dengan rona jingga. Di Instagram, Azhar dilihat memuat naik foto bersama anak gadisnya sambil menepuk dahi serta memberikan respon tentang perkara itu.
“Ya Allah jingga laa pulak rambutnyaaa. Ingat I was the only one yang tak betul today rupanya…,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi Azhar tentang rambut anaknya itu. Warganet berkata itu merupakan perkara biasa dikalangan remaja yang sedang meningkat naik.
Dalam pada itu, ada dikalangan warganet berkongsikan bahawa mereka turut berdepan perkara sama apabila anak remaja mereka juga turut mewarnakan rambut dengan warna terang-terang. Tidak kurang juga, ramai yang meminta agar Azhar bersabar dalam membesarkan anak remaja serta mendoakan anak gadisnya itu akan berhijab suatu hari nanti.
Sumber:rotikaya via Era Kini
Post a Comment