Seperti diketahui umum, majlis pernikahan Mira Filzah terpaksa dipercepatkan berikutan kakaknya iaitu Ain Farhanah yang menetap di New York tak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Selain akad nikah dan resepsi Mira serta Wan Emir semalam, seluruh ahli keluarga kakak sulung termasuk anak buahnya yang bernama Umar juga berkesempatan menyaksikan majlis pernikahan adik bongsu mereka sebelum ini.
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Rupa Rupanya Bukan Sekali Lelaki Tu Masukkan Video Dia Dengan Ank Nora. Akhirnya Ank Nora Ariffin Tampil Bersuara Bongkarkan Satu Persatu Cerita Sebenar Buat Warganet Tergaman.
“Mia, you look beautiful tonight. Uncle Emir, you’re not bad too”

Bersempena majlis resepsi di Hotel Le Meridian, Putrajaya malam tadi, si cilik tersebut telah menjadi tumpuan apabila menyampaikan ucapan khas bagi mewakili keluarga kakak sulung Mira Filzah. Selain memuji Mira Filzah kelihatan sangat cantik, Umar malah sempat berseloroh bahawa bapa saudara barunya itu pun tak kurang hebat juga. Apa yang lebih menyayt hati adalah dia sempat memeluk mesra pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ itu seolah-olah tumpang gembira dengan pernikahan penuh bermakna tersebut.
Tamat majlis, Umar terus balik New York sebab mulakan sesi persekolahan

Menerusi perkongsian di IG Story milik Ain Farhanah, keluarganya terus berangkat ke New York malam tadi sejurus majlis selesai. Menurut kenyataan Mira sebelum ini, mereka perlu pulang kerana Umar bakal memulakan sesi persekolahan baharu di sana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rasa terharu mendengar ucapan daripada si comel tersebut. Malah ada yang turut memuji penampilan ayu kakak Mira Filzah serta bersedih kerana mereka sudah perlu berangkat pulang malam tadi. Sumber: hotfm976 & ainfarhanah16_
Mira akui dia menangis. Dia tak jangka anak buahnya terpilih untuk bersekolah di New York.

“Saya Sangat Beremosi, Menangis,” – Anak Buah Mira Filzah Antara 50 Kanak-Kanak Terpilih Ke Sekolah ‘Gifted n Talented’ Di New York. Pelakon terkenal, Mira Filzah berkongsi kegembiraan terhadap pencapaian anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar.
Ini kerana, dia menjadi antara 50 kanak-kanak terpilih untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di Amerika Syarikat. Pelakon berusia 27 tahun itu turut memuat naik surat tawaran kemasukan dan surat rujukan yang ditulis oleh guru kanak-kanak berkenaan sebagai sokongan.
“Repost this from my BIL’s ig story. I’m so emotional right now. I cried you know! “Over, but I really cried. Big boy already. Umar’s academic abilities and gifts far exceed what is typically expected of a child his age”. “May Allah always keep you safe, well, happy Sayang Mia, and where ever you are, I pray you’re never out of Allah’s protection, not even for a blink. “I miss you so much and I love you one million!” kongsinya. Lalu, warga net turut berkongsi kegembiraan seterusnya beri reaksi di ruang komen.
Sumber:media hiburan
Post a Comment