Al Fatihah, Ibu Kongsi Detik Detik Terakhir Anak Mengadap Ilahi Dalam Pelukan Beliau

Al Fatihah, Ibu Kongsi Detik Detik Terakhir Anak Mengadap Ilahi Dalam Pelukan Beliau

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami seorang ibu, MamaDewi Wina dan keluarga selepas kehilangan anak tercinta, Muhamad Adam Faiq Bin Zaidi.

Al Fatihah, Ibu Kongsi Detik Detik Terakhir Anak Mengadap Ilahi Dalam Pelukan Beliau



Lebih meruntun hati apabila mengetahui bahawa anak kecil ini telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada dalam pelukan si ibu.

ARTIKEL MENARIK:Isteri tinggal tunggu hari je nak bersalin tiba tiba dapat tahu laki sendiri tengah bersuka ria kahwin dengan perempuan lain. Akhirnya ini yang isteri pertama buat sampai suami menyesal seumur hidup.


Redha, Allah Lebih Sayangkan

Allahhuakhbar. Inalillahirajiun.(Al-Fatihah. Dibaca). Akhirnya tiada harapan lagi buat anak syurga mak dengan abah, Muhamad Adam Faiq.


Anak yang dikasihi ramai, Allah lebih sayangkan. Tiada lagi seksa dan keskitan yang Adam rasa Allah dah menggantikan keskitan itu syurga buat mu sayang.

Terima Kasih Ya Allah

Terima kasih ya Allah pinjamkn anak syurga ini buat kami, semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kami, kerna memikul amanah yang berat ini.

Mak dengan abah redha dengan pemergianmu sayang. Insyaallah kita akan bertemu sayang, selamat tinggal anakku sayang.

Sesungguhnya setiap sesuatu yang ada didunia ini bukan milik kita, ia hanya pinjaman dari Allah kerana ihsan dan kasihnya pada kita. Sakit dada mak sayang.


Loading...
loading...


Menerusi perkongsian MamaDewi Wina di Facebook, dengan berat hati dia memaklumkan bahawa anak kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya. Anak kecil ini telah menghadap Ilahi selepas waktu solat Zohor pada 17 September 2020.

Dalam kesempatan itu juga, wanita ini meluahkan rasa sedih atas pemergian Adam Faiq tetapi dia dan suami kini sudah redha dengan ujian yang diberikan buat mereka sekeluarga.

Sejak 4 Tahun Lagi

Menurut sumber, Muhamad Adam Faiq disahkan mengalami ketumbuhan pada pangkal otak ketika usianya 4 tahun. Tambah wanita ini lagi, anaknya itu tidak perlu lagi menanggung kesaktan di dunia sebaliknya dia boleh berehat di syurga yang abadi.

Sebak

Selamat tinggal anak syurga ku. Saat terakhir mak peluknya tadi menghembuskan nafas terakhir selepas Azan zohor dalam pelukan mak. Tunggu mak sayang ar….nya sentiasa dihati mak didunia dan akhirat. Al fatihah (Dibaca).

Dalam perkongsian terbaru, MamaDewi ada memuatnaik satu video yang memaparkan dia sedang memeluk anak kesayangannya itu.

Apa yang lebih menyedihkan adalah itu merupakan pelukan terakhir yang sempat diberikan sebelum Adam Faiq menghembuskan nafas terakhirnya.

Gepostet von MamaDewi Wina am Donnerstag, 17. September 2020

Al Fatihah untuk adik ini, semoga urusan untuk kedua ibu bapanya juga dipermudahkan.

Sumber : OHBulan/MamaDewi Wina/OMvia Rakan Media Network


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post