Penyanyi yang juga merupakan tunang kepada pelakon Raja Afiq, Soffwany terpaksa menerima rawatan di wad sebuah pusat perub4tan di Subang Jaya, Selangor selepas mengalami kercunan makanan.
Soffwany yang juga merupakan bintang program realiti Suara Viral itu berkata, dia mula dimasukkan ke wad sejak malam semalam selepas mengalami cirit-birit dan mvntah tanpa henti sejak dua hari lalu.
ARTIKEL MENARIK:Siti Sarah kena marah dengan usahawan wanita dan dikatakan sengaja tutup periuk nasi orang. Ini penjelasan dari Siti Sarah sendiri supaya ramai tak salah faham
“Saya dah mula cirit-birit dua hari lepas selepas makan nasi lemak yang dijual di sebuah gerai. Doktor kata kemungkinan saya kercunan makanan.“Pada mulanya saya hanya pergi ke klinik, namun, keadaan semakin teruk apabila saya mula mvntah-mvntah pula dan minta tolong Afiq bawa pergi ke h0spital,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Begitupun menurut Soffwany, dia kini ditahan di wad pengasingan sementara menunggu keputusan ujian saringan C0v1d-19.“Sekarang ni pun saya masih menunggu di wad sementara dulu sebab prosedur operasi standard (SOP) untuk masuk wad sebenar kena tunggu keputusan saringan C0v1d-19 negatif
“Doktor kata nak buat pemeriksaan secara menyeluruh dulu. Petang ini saya akan buat ultrasound (ujian imbasan ultra bunyi),” katanya yang juga merupakan anggota polis.Begitupun, katanya, keadaan dirinya kini sudah beransur baik.Soffwany mengikat tali pertunangan dengan Raja Afiq pada Mac lalu secara rahsia sebelum berkongsi kepada umum dua bulan kemudian.
Saksikan program yang menampilkan Soffwany di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0v1d-19!
Hilang Suara Sampai Tak Boleh Bercakap. Soffwany Luah Rasa Syukur Bila Dia Lepas Ke Pentas Seterusnya
Soffwany bersyukur dapat melangkah ke pentas akhir program Suara Viiral. PENYANYI Soffwany Yusoff meluahkan rasa syukur apabila berjaya menjejakkan kaki ke pentas final program realiti Suara Viiral yang bakal bersiaran di Astro Prima pada Rabu depan.
Setelah hampir dua bulan bersaing merebut tempat di peringkat akhir, Soffwany mendedahkan minggu pertama mencabar mntal dan fizikalnya kerana dia berdepan masalah kesihatan sehingga mengganggu persembahan.”Konsert pertama paling mencabar dan buatkan saya rasa down kerana didatangi batuk-batuk sehingga hilang suara sampai nak bercakap pun tak boleh… mungkin sebab faktor cuaca dan kesibukan kerja tetapi saya gagahkan diri!
“Semasa suku akhir, tugasan duet bersama penyanyi juga agak mencabar kerana saya perlu menyanyi bersama artis yang lebih berpengalaman dan lagu pula ditentukan oleh produksi.”Sejujurnya setiap minggu tugasan diberi bukan mudah dan beberapa kali nama berada di bottom three tetapi saya terus bertahan dan gagahkan diri sehinggalah berjaya ke final, Alhamdulillah!,” katanya kepada mStar.
Soffwany pernah mengalami demam dan hilang suara pada minggu pertama pertandingan.Pada malam separuh akhir yang bersiaran pada Rabu lalu, Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, menyanyikan dua buah lagu iaitu Goyang Bali serta Rela dan berada di kedudukan dua terendah berbanding peserta lain. Konsert minggu ini diadili oleh dua juri tetap iaitu Akim Ahmad dan Misha Omar serta juri jemputan, Datuk Awie.Selain Soffwany, empat lagi peserta yang bakal bersaing di pentas akhir ialah Boy, Ameem, Bella dan Farah.
13 tahun bekerja sebagai polis, semestinya dunia hiburan cukup berbeza buat saya tapi sekarang ini saya sudah semakin terbiasa!
Ditanya bagaimana dia berdepan segala tekanan dan cabaran sepanjang menyertai pertandingan berkenaan, Sofwany berkata dia menerima dorongan dan sokongan daripada tunangnya yang juga pelakon Raja Afiq.”Sejak awal saya melangkah kaki ke dunia hiburan, saya sentiasa berfikiran positif… kalau rasa down ketika malam persembahan, saya cuba atasi dengan cari orang sekeliling yang boleh membantu.
“Alhamdulillah tunang saya banyak memberi dorongan dan sokongan sehingga saya berjaya ke peringkat final Suara Viiral,” ujarnya.Soffwany terima sokongan dan nasihat tunang yang juga pelakon Raja Afiq.Sementara itu, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dia akan meneruskan kerjaya tetap sebagai anggota badan beruniform, namun akan cuba memenuhi undangan nyanyian mengikut kesesuaian waktu.
“Sepanjang pertandingan ini saya ambil cuti tanpa gaji kerana mahu beri komitmen sepenuhnya dalam program ini… selepas tamat program ini saya akan teruskan nyanyian dan bekerja seperti biasa.”Memandangkan nyanyian memang minat saya dari kecil, jadi perasaan itu tidak mungkin hilang dan saya akan teruskan dengan minat ini.”13 tahun bergelar pegawai polis, semestinya dunia hiburan cukup berbeza buat saya tapi sekarang ini saya sudah semakin terbiasa!,” katanya.-mstar
PKP eratkan Raja Afiq, Soffwany
PELAKON, Raja Afiq mengakui sedang berkawan rapat dengan anggota polis yang pernah tular memiliki suara merdu dan kini menjadi artis rakaman Suria Records iaitu Soffwany Yusoff. Afiq ketika dihubungi berkata, dia sudah lama mengenali wanita itu di media sosial, namun hubungan mereka mula rapat sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
“Kami sudah lama kenal, tapi hubungan semakin rapat sejak di awal PKP dilaksanakan. Ketika itu, banyak cerita berkaitan petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengira masa demi kesejahteraan negara di media sosial.
“Soffwany antara petugas barisan hadapan yang sering memuat naik hantaran berkaitan pandemik Covid-19. Secara tidak langsung saya terpanggil untuk menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di Instagram agar dia menjaga kesihatan dan berterima kasih kerana bersusah payah menjaga keamanan negara.
“Tidak lama selepas itu, dia membalas mesej saya dan kami mula bertukar nombor telefon dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga sekarang,” katanya. Afiq yang terkenal menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz berharap hubungan yang baru berputik itu berjalan lancar dan melangkah ke fasa seterusnya.
“Setakat ini, hubungan kami berjalan dengan baik. Walaupun jadual kerja kami tidak menentu tapi kami cuba saling memahami antara satu sama lain. “Perancangan untuk membawa hubungan ini ke fasa serius sudah tentu ada kalau sudah tertulis dia jodoh saya.
Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan tentukan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik,” katanya. Terdahulu nama Soffwany pernah beberapa kali menjadi tular di Internet. Antaranya adalah gelagat anggota polis itu mendendangkan lagu raya berjudul Pulanglah mencetuskan ‘kegilaan’ warganet.
Soffwany dan Raja Afiq dah tunang
ANGGOTA polis yang kini bergelar penyanyi dikenali Soffwany Yusoff mendedahkan sudah mengikat pertunangan dengan pelakon Raja Afiq di Johor pada awal Mac lalu. Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, mereka merancang untuk bernikah pada Ogos ini, namun hasrat murni berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasa.
“Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos nanti, tetapi memandangkan PKPB masih berjalan, maka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain. “Cuma, harapan kami semoga majlis pernikahan diimpika dapat berlangsung sebelum tahun depan.
“Namun, saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya kerana kami belum buat sebarang persiapan lagi seperti Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin. “Selain itu, saya juga perlu menjalani beberapa prosedur permohonan lain memandangkan kerjaya sebagai anggota polis,” katanya.
Menurut Soffwany atau nama sebenarnya, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, dia dan Raja Afiq juga tidak berniat merahsiakan majlis pertunangan selepas tiga bulan berkenalan. “Ketika di awal perkenalan kami, saya jarang melayan Afiq yang kerap menghantar mesej peribadi di Instagram. Namun, melihat pada kesungguhan itu saya akhirnya tertarik untuk berkawan.
“Waktu berkawan, kami berborak banyak perkara terutama membabitkan perjalanan tugas polis kerana Afiq sangat berminat nak tahu. “Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami biarlah rahsiakan dan majlis pertunangan pun berlangsung di kediaman keluarga saya di Johor Bahru,” katanya. Sebelum ini, Soffwany pernah tular berikutan kelunakan suaranya mendendangkan lagu raya dan dia juga bernaung sebagai penyanyi rakama di bawah syarikat SRC Records.
via Era Kini
Post a Comment