Sembilan tahun alami sakit teruk. Elyana dedahkan dia menerima mikrofon yang berharga ribuan ringgit oleh seseorang ini

Sembilan tahun alami sakit teruk. Elyana dedahkan dia menerima mikrofon yang berharga ribuan ringgit oleh seseorang ini

KUALA LUMPUR: Senyuman terukir di bibir dan pergerakan lincah tidak membayangkan penyanyi, Elyana Emrizal, 33, berdepan dengan sakit teruk limfoma tahap empat.

Sembilan tahun alami sakit teruk. Elyana dedahkan dia menerima mikrofon yang berharga ribuan ringgit oleh seseorang ini
Jarang dilihat penyanyi lagu Kalis Rindu itu berduka mahupun meratap nasib diri hanya kerana sakitnya itu.

ARTIKEL MENARIK:Pernah dikritik mata duitan sebab suami berisi. Ika Nabella tampil beri kenyataan yang sebenarnya tentang suaminya


Sikap positif mahu terus brtarung dengan sakitnya jelas kelihatan ketika menyertai program Gegar Vaganza musim keempat, dua tahun lalu.Ketika itu, tiada seorang pun tahu pelakon drama komedi remaja berjudul Dunia Baru itu sudah sembilan tahun mengalami sakit teruk hingga Elyana mengumumkan berita sedih pada malam penyingkirannya.


Elyana atau nama sebenarnya, Emeelya Elyana Emrizal berkata, api semangat perjuangannya tidak akan menyala tanpa sokongan orang yang paling dekat di hati iaitu peminat.”Sejujurnya, saya hampir patah semangat untuk kembali menyanyi selepas disahkan mempunyai sakit teruk. Walaupun tidak mengetahui situasi saya pada waktu itu, peminat tetap memberi sokongan dan menggalakkan saya untuk terus aktif dalam bidang seni.

“Semangat diberikan itulah yang mendorong saya memberanikan diri untuk menyertai program Gegar Vaganza. Lebih membuatkan saya terharu peminat menghadiahkan saya mikrofon bernilai ribuan ringgit sempena hari ulang tahun kelahiran, bulan lalu.

“Mereka sanggup berkongsi duit semata-mata mahu membelikan saya mikrofon. Ada banyak hadiah lain yang diterima. Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi itu membuatkan saya rasa perlu untuk meneruskan kerjaya nyanyian. Merekalah menjadi tulang belakang saya selama ini,” katanya kepada BH Online.

Berbekalkan semangat masih bersisa, Elyana berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali dengan single baharu, sekali gus menghantar isyarat yang dirinya tidak pernah tinggalkan dunia nyanyian biar apapun yang terjadi.


“Lagu sudah siap dan sepatutnya karya ciptaan Adi 6ixth Sense ini sudah lama dirakamkan. Bagaimanapun, rakaman terpaksa ditangguhkan berikutan wabak COVID-19.”Kini, saya sudah bersedia memasuki studio. Saya rasa lain sikit memandangkan sudah lama tidak membuat rakaman.

“Persediaan paling utama adalah memastikan stamina kerana sakit berkenaan memberi kesan dari segi pernafasan. Selain sokongan peminat, saya kuatkan diri untuk terus menyanyi kerana bidang ia adalah cinta pertama saya.

“Saya sudah menjadi penyanyi sejak dua dekad lalu dan ia sudah sebati dengan jiwa saya,” ungkap ibu kepada cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah ini.Berkongsi keadaan kesihatannya, Elyana berkata, dia tidak lagi membuat rawatan kimoterapi sejak tahun lalu.

“Keadaan sakit saya masih sama pada tahap empat. Kali terakhir saya membuat rawatan kimoterapi adalah tahun lalu hingga saya tak boleh berjalan. Buat masa ini, saya meneruskan kehidupan dengan semangat positif yang ada.

“Doktor tidak menghalang saya menyanyi. Malah, menggalakkan saya untuk melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan dan menaikkan semangat. Lepas ini, jika saya rasa tak sedap badan, barulah saya akan pergi hospital. Jika tidak, saya lebih selesa untuk fikir secara positif,” ulas Elyana.-bh


Loading...
loading...

Nekad Untuk Hentikan Rawatan. Akhirnya Elyana Tampil Buka Mulut Dedahkan Keadaan Kesihatan Dia Sekarang. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi.


Selepas lapan tahun mengalami dengan sakit limfoma, penyanyi Elyana memutuskan untuk berhenti menjalani rawatan kimoterapi. Pilihannya itu bagi memberikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan kemudahan di hospital.

“Sekarang, negara kita sedang dilanda c0v1d-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di h0sp1tal berbanding saya. “Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi sakit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Kali terakhir Elyana menjalani rawatan adalah pada awal tahun lalu. “Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan sakit sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya. 

“penul4ran itu menyebabkan saya hampir tak boleh gerak langsung. “Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kemoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar,” katanya.

Kongsi Elyana, tahap kesihatannya yang baik itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya. “Saya fikir apa yang membuatkan saya bertahan adalah pengambilan makanan semula jadi. “Saya kurangkan pengambilan ubat, sebaliknya, amalkan pemakanan sihat,” ujarnya. Elyana sebelum ini mendedahkan dia sakit limfoma tahap empat selepas tersingkir dari rancangan realiti Gegar Vaganza 2017.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Elyana henti rawatan kimoterapi

PENYANYI, Elyana memilih untuk tidak menyambung rawatan kemoterapi bagi merawat sakit Limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak hampir sembilan tahun lalu. Elyana atau nama sebenarnya Emeelya Elyana Emrizal berkata, dia tidak lagi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ingin memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan kemudahan di hospital.

“Sekarang, negara kita sedang dilanda Covid-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di hospital berbanding saya. “Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi sakit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Kali terakhir Elyana menjalani rawatan adalah pada awal tahun lalu. “Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan sakit teruk saya sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya. Penularan itu menyebabkan saya hampir lumpuh.

“Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kemoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar,” katanya.

DItanya mengenai ibadah puasa kali ini, penyanyi lagu Kalis Rindu itu bersyukur kerana semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kesihatan. “Alhamdulillah, ibadah puasa saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada sebarang gangguan kesihatan berlaku kepada saya dalam tempoh ini,” katanya. Selain itu, Ramadan juga membuka ruang buat Elyana untuk menjana pendapatan secara pasif dengan menjalankan perniagaan makanan secara dalam talian.-mymetro


Saya tetap hadapi dengan senyuman, kata Elyana

“SAYA akan tetap hadapi dengan senyuman.” Demikian kata penyanyi dan pelakon, Elyana, 33, apabila mengimbas kembali keadaan kesihatannya ketika menjalani rawatan kemoterapi sakit teruk limfoma tahap empat yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal turut memuat naik foto dirinya ketika menjalani rawatan kemoterapi buat kali pertama selepas disahkan menghidap sakit teruk tahap empat. “Setelah puluhan kali kemoterapi yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah, senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.

“Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat ceritakan kepada kalian. Biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap hadapi dengan senyuman. Insya-ALLAH,” katanya.Kenyataan yang dimuat naik itu sekali gus menarik perhatian para peminatnya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Melalui status itu, Elyana turut memohon sokongan dan doa daripada ahli keluarga, peminat dan orang tersayang untuk dirinya serta penghidap sakit teruk lain bagi menjalani kehidupan mendatang. “Kepada anda di luar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang menangani sakit teruk, selalulah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang kerana hanya doa dan sokongan daripada orang tersayang kami harapkan,” katanya.

Elyana. Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengutamakan kesihatan kerana sakit teruk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sementara itu, @Opie berkata, “Manusia paling kuat adalah kamu.” @nadielyana pula mendoakan agar Elyana terus diberi kekuatan untuk terus menangani sakit teruk.-

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post