Satu kluster ini dikenalpasti paling cepat merebak. Dr Noor Hisham dedah punca kluster ini pantas berbanding 9 kluster yang lain

Satu kluster ini dikenalpasti paling cepat merebak. Dr Noor Hisham dedah punca kluster ini pantas berbanding 9 kluster yang lain

KLUSTER Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah dan Kluster Ulu Tiram kini menjadi kumpulan sasar bagi pendekatan tertumpu jangkitan Covid-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi Kluster Ulu Tiram yang dikesan daripada sebuah gereja roman Katolik, saringan bukan sahaja dilakukan di Johor, malah di negeri-negeri lain.

Satu kluster ini dikenalpasti paling cepat merebak. Dr Noor Hisham dedah punca kluster ini pantas berbanding 9 kluster yang lain
Bagi Kluster PUI Sivagangga, beliau berkata, saringan lebih tertumpu kepada mereka yang berkunjung ke kawasan berkenaan.”Sekarang ini saringan dibuat kepada mereka yang terdedah kepada kedai makan tersebut, kes-kes positif atau berada dalam lingkungan satu kilometer dari kedai tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Tular pula mesej pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah. Ini penjelasan dari polis berhubungkait dengan kes tersebut


“Tapi kalau ada mereka yang disyaki terdedah kepada kes tersebut, kita akan melaksanakan saringan.”Apa yang kita lihat pada Kluster Sivagangga, kluster ini merebak dengan begitu cepat sekali, berbanding dengan sembilan kluster di negeri-negeri lain termasuk Sarawak,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kluster PUI Sivagangga dimasukkan dalam kumpulan sasar bagi jangkitan Covid-19.Dr Noor Hisham berkata, kajian sedang dijalankan sama ada negara sedang menghadapi satu kluster ‘super spreader’.

“Kementerian dimaklumkan (virus) super spreader dari Mesir dan Pakistan. Besar kemungkinan… ini mungkin satu kluster super spreader. Tetapi kita kena laksanakan ujian dengan teliti, kita akan kultur viru tersebut di makmal, dan melihat virus yang dijangkiti di Kluster Sivagangga,” katanya.Setakat Khamis, sebanyak enam kes positif baharu dilaporkan dalam Kluster Sivagangga, menjadikan jumlah terkini 30 kes.

Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang ingkar arahan kuarantin di rumah menyebabkan 7,000 penduduk di empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) mulai 3 Ogos hingga 30 Ogos depan.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

15 kes baharu Covid-19, termasuk 6 jangkitan kedai nasi kandar

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 15 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,038 kes setakat Khamis.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 200 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, lima kesadalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tiga warganegara Malaysiadan dua bukan warganegara. Menurut Dr Noor Hisham, daripada 10 kes penularan di dalam negara juga, lapan kes dalam kalangan warganegara dan dua bukan warganegara.”Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.”Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kes yang telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,713 kes.”Sehingga kini, terdapat dua kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Mengenai Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan enam kes baharu positif Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah terkini sebanyak 30 kes.-mstar
Loading...
loading...


Kadar Positif Wabak Meningkat Di Dua Negeri Ini. Dr Adham Dedahkan Peratusan Yang Melibatkan Kluster Sivagangga Dan Kluster Yang Lain

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Kadar positif terkini bagi kes COVID-19 melibatkan kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga di Kedah adalah 1.46 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi kadar positif wabak itu di Kuching sehingga semalam sebanyak 2.64 peratus melibatkan sembilan kluster aktif.

“Bagi Kluster PUI Sivagangga sehingga semalam, 1,647 individu telah disaring dan daripada jumlah ini 24 kes dikesan positif COVID-19.“Di Kuching, seramai 2,541 individu disaring dan 67 kes adalah positif,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai status kes COVID-19 di Kedah dan Kuching serta langkah kementerian untuk mencegah gelombang seterusnya termasuk jumlah saringan yang dibuat.

Sumber: BERNAMA

Terungkai Sudah Punca Berlakunya Kluster Sivagangga. Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepada Pengusaha Kedai Nasi Kandar Tersebut

Kluster nasi kandar Kedah atau Kluster Sivagangga merupakan sebuah kluster baharu di Malaysia yang berpunca daripada kes import yang menjadi kes indeks bagi kes ini.Pemilik kedai nasi kandar ini pada 23 Julai lalu dikesan berada di premis perniagaannya dengan memakai gelang berwarna merah jambu.

Selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu, beliau telah diarahkan untuk mengkuarantinkan diri namun tidak mengikuti arahan tersebut dengan alasan mahu memantau perniagaan nasi kandar yang dijalankan di Pekan Napoh, Jitra.Beliau kemudiannya ditahan dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Beliau yang disahkan negatif untuk ujian saringan COVID-19 kali pertama dan perlu menjalani ujian kedua pada minggu seterusnya.

Hasil ujian kedua, beliau disahkan postif dan lima kontak rapatnya juga disahkan positif pada ketika itu; empat daripadanya merupakan pekerja bukan warganegara dan seorang adalah anak lelakinya.Susulan daripada penahanan beliau, premis nasi kandar tersebut diarahkan untuk ditutup serta merta dan pelanggan yang hadir atau mempunyai hubung kait dengan restoran tersebut antara 13 hingga 24 Julai diarahkan untuk hadir ke pejabat Kementerian Kesihatan daerah untuk membuat saringan awal.

Setakat semalam (3 Ogos) pada jam 12 tengah hari, seramai 425 orang telah disaring dan daripada jumlah tersebut 21 dikesan positif, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan. Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu premis berkenaan juga didapati tidak merekodkan kehadiran serta suhu pelanggan yang datang.Pada hari semalam juga, satu kes dilaporkan dari kluster ini menjadikan beliau sebagai kes-9,000 yang mana pada awalnya disahkan negatif ketika menjalani ujian saringan Rapid Test KitAntibody pada 27 Julai.

Namun pada 31 Julai, beliau mula menunjukkan gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan untuk rawatan segera.Sehari kemudian selepas terlibat dalam aktiviti-aktiviti Hari Raya Aidil Adha, kes memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan hasil ujian RT-PCR beliau didapati positif.

Susulan itu juga, kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di empat mukim yang terjejas susulan daripada penambahan 1 kes aktif bagi kluster berkenaan.Mukim yang terlibat adalah mukim yang berada dalam kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1km dari restoran tersebut iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.Kluster ini telah mencetuskan panik di Kedah dan pihak KKM secara aktif sedang melaksanakan pengesanan kontak rapat membabitkan kluster ini.

sumber:odisi via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post