Ruangan komen di IG penuh luahan tak puas hati akan satu perihal ini. Satu perkongsian Shukri Yahaya ni terus raih perhatian orang ramai bila baca kapsyen dia kat IG

Ruangan komen di IG penuh luahan tak puas hati akan satu perihal ini. Satu perkongsian Shukri Yahaya ni terus raih perhatian orang ramai bila baca kapsyen dia kat IG

Pelakon berbakat besar bernama Shukri Yahaya ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sinonim dan dibayangi dengan nama Khuzairi, watak yang dipegangnya menerusi drama yang kini sedang menjadi fenomena iaitu 7 Hari Mencintaiku 2.

Ruangan komen di IG penuh luahan tak puas hati akan satu perihal ini. Satu perkongsian Shukri Yahaya ni terus raih perhatian orang ramai bila baca kapsyen dia kat IG
Usai selesai tayangan episod 31 drama ini sebentar tadi, Shukri Yahaya memuat naik satu foto dirinya yang sedang berdiri di bawah pokok.

ARTIKEL MENARIK:Tak sampai 24 jam jadi isteri. Tular pula video rupanya Miera Liyana isteri kedua kepada usahawan tersebut. Ini reaksi Miera bila dapat tahu


Foto itu nampak biasa sahaja namun apa yang meraih perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh pelakon ini. “Ade ni standby bawah pokok, kot2 ade yg nak pukuiii #7harimencintaiku2”, tulis Shukri Yahaya di ruangan kapsyen.


Tulisan kapsyennya itu telah ‘menjemput’ warganet meluahkan rasa tidak puas hati di IG Shukri Yahaya mengenai episod 7 Hari Mencintaiku 2 sebentar tadi. Berikut adalah perkongsian foto yang dimuat naik oleh Shukri Yahaya menerusi laman Instagram miliknya itu sebentar tadi:

Perkongsiannya itu telah meraih lebih 61 ribu likes dari warganet. Di ruangan komen IG Shukri Yahaya ini telah dipenuhi dengan luahan rasa geram warganet mengenai apa yang terjadi malam ini dalam drama tersebut. Berikut antaranya: “Aku malas layan kau Khuzairi. Malas sumph malas” “Memang ready nak pukuiii dahh nii..Tunggu ehh Khuzairi”-hcl


Penantiannya sudah tiba. Isteri dan Syukri Yahya selamat timang anak keduanya selepas sekian lama menanti


Shukri Yahaya berkongsi berita gembira selepas selamat menimang cahaya mata lelaki pada Isnin.PELAKON Shukri Yahaya melahirkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya iaitu Tya Adnan selamat melahirkan anak kedua mereka pada Isnin.Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 32, berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya.”Alhamdulillah, hari ini Isnin 20 Julai pukul 2.18 petang, lahirlah adik lelaki Aaira Ameena. “Terima kasih kepada uncle dan aunty yang doa untuk kesihatan, keselamatan mommy dan baby yang baru lahir ni.


Loading...
loading...


Shukri bersama isteri dan anak sulung mereka.”Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, amin,” tulisnya.Pelakon itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan artis.”Tahniah, brother. Amin, next saya pula lagi tiga minggu,” kata penyanyi Ippo Hafiz.”Alhamdulillah, bayi lelaki yang sangat comel. Tahniah Shuk dan Tya,” komen pelakon Siti Saleha.Shukri berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015.”Tahniah,” tulis pelakon Pekin Ibrahim ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 5 Julai lalu, Shukri berkata dia dan isteri sudah mempunyai nama yang sesuai untuk anak kedua mereka namun masih belum sedia untuk berkongsi kepada umum.Shukri berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.-mstar


Kembali Mewarnai Industri Dengan Drama TV3. Mengejutkan Syukri Yahaya Bongkarkan Sesuatu Tentang Dirinya Dan Isteri Yang Ramai Orang Tak Tahu

KUALA LUMPUR: Biarpun bukan kali pertama menimang cahaya mata, namun pelakon popular, Shukri Yahaya, 32, tetap teruja menyambut kelahiran anak kedua yang menunggu hari untuk dilahirkan. Pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu sudah merancang mengambil cuti selama seminggu bagi memberi tumpuan kepada isteri, Tya Adnan yang akan melalui tempoh berp4ntang bersama bayi mereka.Biarpun sudah dikurniakan permata hati, Aira Ameena yang kini berusia empat tahun, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu tak sabar menanti ‘orang baru’, lebih lagi dijangka menyambut anak lelaki. “Persiapan menyambut kelahiran anak kedua sudah siap dibuat memandangkan isteri kini hanya menunggu masa bersalin sahaja. “Alhamdulillah, isteri tak berdepan al4han teruk untuk kandungan kedua ini.


Cuma, dari sudut emosi itu biasalah, tetapi berjaya ditangani dengan baik. “Walaupun mempunyai Aira Ameena, saya teruja menyambut kelahiran anak kedua. Lagipun, kami dijangka menimang cahaya mata lelaki, jadi perasaan lain macam sedikit. Insya-Allah, saya akan mengambil cuti selama seminggu apabila isteri bersalin. Nama anak pun sudah dipilih, tetapi kami akan umumkan apabila bersedia untuk berkongsi gambarnya nanti,” katanya kepada BH Online. Shukri yang baru selesai menjalani penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 2 tidak sabar menantikan maklum balas peminat menerusi drama yang menggandingkannya bersama Siti Saleha.Namun, pada masa sama, pelakon yang menempa populariti menerusi drama Dia Isteri Luar Biasa dan Andainya Takdir itu berdebar mampukah drama yang sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 itu memberi impak sehebat musim pertama? Ini kerana seakan menjadi ‘svmpahan’ apabila sekuel sesebuah drama lazimnya kurang menjadi.

Bagaimanapun, Shukri berkata, dia yakin dengan kekuatan jalan cerita musim kedua, drama arahan Jamal Khan itu akan disambut baik. “Bukan saya sahaja tetapi boleh dikatakan semua yang terbabit tertekan apabila penerbit dan stesen televisyen meletakkan sasaran untuk drama ini. Sebelum ini, ramai yang beranggapan, kebiasaan musim kedua kurang menjadi.”Bagaimanapun, saya percaya jarak tiga tahun antara musim pertama dengan kedua mungkin penonton tidak akan membandingkan mana lebih bagus. “Jika boleh, tentulah kami mahu drama musim kedua ini berjaya seperti musim pertama. Sebab itu, kami sangat berhati-hati. Saya terpaksa menonton semula drama musim pertama supaya karakter Khuzairi tidak lari. “Begitu juga dengan pelakon lain. Jika ragu-ragu, kami akan merujuk video terdahulu.

Maklum sahaja, jarak tiga tahun bukan sekejap dan pelbagai karakter berbeza kami sudah bawakan sepanjang tempoh berkenaan. Jadi, kami perlu mengkaji semula karakter supaya berjaya menjiwai kembali watak dibawakan,” katanya. Berkongsi pengalaman kembali semula ke lokasi penggambaran selepas empat bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19, Shukri berkata, pelakon dan tenaga produksi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Katanya, suhu badan diambil setiap kali masuk ke lokasi dan cecair pembasmi kuman turut disediakan. Disebabkan empat bulan kerjaya lakonan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shukri berkata, dia terpaksa menyusun semula jadual lakonan bagi mengelakkan berlakunya pertind1han.


Tidak kurang juga ada antara projek senyap tanpa sebarang khabar berita. Jadi, katanya, dia terpaksa menerima tawaran lain yang datang demi menjaga periuk nasi. Pelakon Watak Antag0nis Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 itu berkata, dia bersyukur memiliki wang simpanan, malah hanya bergantung dengan simpanan untuk meneruskan kehidupan ketika PKP. “Saya lega apabila tempoh PKP tidak dilanjutkan. Jika dilanjutkan hingga enam bulan, ia mungkin akan menjejaskan wang simpanan. “Mujurlah saya beringat untuk menyimpan. Jika tidak, tentulah kehidupan terjejas kerana punca pendapatan tiada. Isteri pula memiliki sendiri, jadi tidaklah terlalu perit sepanjang PKP.”Tidak dinafikan, agak l3ceh bekerja dalam keadaan mematuhi SOP dan berjaga-jaga, tetapi tidak mengapa, asalkan ada pendapatan yang masuk,” katanya.-bh

Hampir Tiada Sumber Pendapatan. Shukri Yahaya Nekad Guna Duit Simpanan Semata Untuk Sesuatu Ini

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ramai yang terjejas pendapatan termasuklah penggiat seni apabila segala aktiviti hiburan dan penggambaran terpaksa dihentikan. Akui turut terkesan, Shukri Yahya memberitahu dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh tersebut. Bagaimanapun, Shukri berkata banyak hikmah diperoleh daripada ujian tersebut. “Sepanjang PKP saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan tiada apa lagi boleh dilakukan memandangkan saya pun tiada bisnes.

“Jadi, terpaksalah guna duit simpanan sedikit dan isteri pun ada bantu melalui perniagaan dia. Bagi saya PKP tidaklah terjejas sangat cuma tiada apa yang masuk dan perlu bergantung pada simpanan sepenuhnya,” katanya kepada Astro Gempak. Dalam pada itu, Shukri berkata dia kini sudah boleh menarik nafas lega apabila kerajaan sudah mula membenarkan industri beroperasi semula dengan SOP yang ditetapkan. Ujarnya, dia baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaimu musim kedua. “Kalau sampai setengah tahun mungkin akan rasa terd3sak dan pastinya semua akan rasa yang sama. Syukur kini pelakon sudah dibenarkan bekerja semula dan saya pun keluar mencari rezeki,” katanya.-rotikaya

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post