SEOUL, 26 Ogos (Bernama) — Puluhan ribu doktor pada Rabu melancarkan mogok berskala besar di seluruh Korea Selatan sebagai membntah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan, lapor agensi berita Yonhap.
Mogok tiga hari itu anjuran Persatuan Perubatan Korea (KMA) yang mempunyai kira-kira 130,000 ahli, antara lain membntah tindakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar perubatan. Susulan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan mewajibkan doktor kembali bertugas berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19.
ARTIKEL MENARIK:1000 kes bertambah dalam 5 hari. Satu negara ini sudah siap sedia hadapi gelombang seterusnya dan ini punca kes mereka naik mendadak
“Mulai 8 pagi, kerajaan mengarahkan doktor felow dan pelatih yang bertugas di hospital di Seoul, wilayah Gyeonggi dan Incheon segera kembali bekerja,” kata Menteri Kesihatan Park Neunghoo. Mereka yang ingkar tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan ditarik lesennya dan dikenakan tirai besi kurang dari tiga tahun atau denda kurang dari 30 juta won (US$25,000).
Kementerian Kesihatan berkata sektor perubatan dan pihak kerajaan sudah mencapai kesepakatan untuk menangguhkan rancangan pembaharuan itu sehingga pandemik COVID-19 berjaya dikawal. Bagaimanapun, kesepakatan itu ditolak Korean Intern and Resident Association (KIRA) yang mewakili doktor pelatih, kata kementerian.
Ribuan doktor pelatih melakukan mogok sejak akhir minggu lalu, mendesak kerajaan membatalkan rancangan itu.Mogok itu menyebabkan gangguan dalam sistem rawatan kesihatan tatkala negara ini sedang berganding bahu untuk membendung peningkatan kes baharu COVID-19.Pada Rabu Korea Selatan melaporkan 320 kes baharu termasuk 307 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 18,265, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.
Lima hospital utama di negara ini terpaksa memendekkan waktu klinik dan menangguhkan beberapa operasi. Sebanyak 115 operasi di Pusat Perubatan Samsung ditunda.Sebahagian klinik kejiranan ditutup pada Rabu. Kira-kira 33 peratus pengamal perubatan menutup klinik semasa mogok pertama awal bulan ini.
Pembaharuan itu membabitkan rancangan untuk memperluas kuota kemasukan di sekolah perubatan sebanyak 4,000 dalam tempoh 10 tahun akan datang, mulai 202 di samping membuka sekolah perubatan awam baharu.Ia akan meningkatkan jumlah pelajar yang diterima setiap tahun kepada 3,458 untuk tempoh 2022-2031 berbanding sekarang seramai 3,058.Sumber: BERNAMA
Lonjakan Kes COVID19 Mendadak Di Satu Negara Asia Ini. Negara Ini Nekad Ambi Tindakan Untuk Benarkan Aktiviti Ini Dan Mereka Dikehendaki Tutup Beberapa Premis
Korea Selatan dilapor mula menutup gereja dan kelb malam, selain mengenakan sekatan ke atas sebarang perhimpunan besar-besaran. Malah orang ramai juga tidak dibenarkan daripada menghadiri sebarang acara sukan.The Telegraph melaporkan, sekatan terbaharu itu dibuat susulan peningkatan angka tiga digit kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh sembilan hari berturut-turut — sekali gus menimbulkan kebimbangan pasukan kesihatan negara itu.
Pengumuman larangn itu dibuat Menteri Kesihatan Korea Selatan, Park Neung-hoo — selepas Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Korea merekodkan 332 kes jangkitan baharu, menjadikan angka keseluruhan kes sebanyak 17,002 kes.
Park juga memberi amaaran, negara itu kini berada dalam situasi membahayakan dan ledaakan penularan jangkitan secara besar-besaran boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan segera.
Jelasnya, kes jangkitan Korea Selatan mula mencecah 100 pada 15 Ogos lalu dan ia berterusan meningkat melepasi 300 kes hanya dalam tempoh seminggu.Susulan itu juga, perintah penjarakkan sosial tahap dua akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi keseluruhan bandar dan daerah di Korea Selatan.-lobakmerah
“Kita ambil sebagai iktibar” – Korea Selatan Sahkan Mereka Sedang Hadapi Gelombang Kedua COVID-19!
Sejak bulan April, Korea selatan sudah menunjukkan angka penurunan jangkitan baru. Menerusi Berita Harian, pada 5 April lalu negara itu buat pertama kali mencatatkan angka bawah daripada 50 kes.Difahamkan negara ini gembira bila menyaksikan penurunan semakin banyak hari demi hari hingga mereka mencatatkan angka sifar tiga hari berturut-turut.
Pun begitu kegembiraan dorang tak kekal lama, semalam kerajaan Korea Selatan telah mengesahkan yang mereka sekarang sedang menghadapi gelombang kedua virus ini, lapor BBC.Menurut Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun- Kyeong, gelombang pertama sudah tamat pada bulan April lalu.
Namun sejak Mei, kluster jangkitan baharu semakin bertambah dan antaranya adalah kluster kelab malam selepas kerajaan di sana membenarkan pembukaan kelb malam di Seoul. Kelb malam dah lah crowded, memang mudahlah terkena..
Semalam, pihak berkuasa Korea Selatan mengatakan, dalam tempoh 24 jam terakhir, 17 jangkitan baru telah direkodkan.Pada pandangan KCDC, gelombang pertama wabak ini sebenarnya tidak pernah berakhir.Hingga kini, menerusi Worldometer, Korea Selatan telah mencatatkan 46 kes baharu sekaligus menjadikan angka keseluruhan mereka sebanyak 12,484 kes. Angka pemergian pula sudah naik ke 281 kes.Pengajaran di sini, pastikan negara kita betul-betul bersih dari COVID-19. Jangan buka sebarang tempat yang menjadi punca pengumpulan, kalau tak macam ni lah kita akan hadap.-lobakmerah
Lima Negara di Asia Yang Sedang Kini Mengalami Gelombang Kedua Covid-19
Gelombang Kedua Covid-19 di Negara Asia| Suasana di negara Malaysia semakin hari menunjukkan berlaku pemulihan daripada 4ncaman Covid-19. Perkara ini ternyata banyak dibantu oleh kejayaan pihak frontliner perubatan serta pentadbiran kita, yang seharus menerima pujian atas kejayaan bagi meredakan kebimbangan akibat pandemik yang melanda serta sokongan kuat sistem perubatan kita yang berkesan. Namun demikian, tidak semua negara di Asia turut sama berada mengikut jejak kejayaan ini. Terdapat beberapa negara pada ketika ini sedang menghadapi s3rangan gelombang kedua Covid-19 hingga menyebabkan pelbagai usaha yang telah mereka jalankan terpaksa diberhentikan. Berikut adalah senarai lima buah negara di benua Asia yang sedang atau diramalkan bakal mengalami gelombang kedua wabak virus Covid-19 tersebut.
China. China kini menghadapi gelombang kedua Covid-19 setelah terdapat beberapa laporan jangkitan berlaku pada 11 Jun 2020 di sebuah kawasan pasar yang berada di bandar Beijing. Kes berkenaan telah mengakibatkan berlakunya pertambahan bilangan kes baru kepada 328 kes kesemuanya. Kes tersebut telah memecahkan rekod sifar kes negara China, selama 56 hari yang kosong sebelum ini. Akibat penemuan kes baru ini, kerajaan China telah mengambil langkah dengan memperkenalkan kawalan pergerakan semula ke atas Beijing, serta meminta satu kajian terperinci dijalankan terhadap punca jangkitan virus ini di Pasar Xinfadi yang berada di daerah Fengtai. Bagi memastikan tiada lagi jangkitan seterusnya yang akan berlaku, dalam tempoh beberapa minggu selepas jangkitan virus tersebut dilapor, pasukan perubatan China telah berjaya membuat saringan terhadap 7 juta penduduk Beijing dan mengarahkan penutupan semula sekolah, salon dan kedai makanan. Kerajaan China telah mengumumkan terdapat hanya satu kes baru yang ditemui di sekitar kawasan tersebut pada 1 Julai 2020. Pada masa sekarang, perintah kuarantin 28 hari mandat0ri telah dijalankan di Beijing dan masih lagi berjalan kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pesakit yang didapati positif.
Korea Selatan Gelombang Kedua. Korea Selatan sebelum ini adalah salah satu negara yang paling banyak menerima pujian kerana keberkesanan negara tersebut menangani penularan jangkitan Covid-19 semasa peringkat awal. Korea Selatan sejak Mei 2020 telah berjaya mengawal dan memperlahankan penularan jangkitan virus ini ketika gelombang pertama. Presiden Moon Jae-in semasa memberikan ucapan penghargaan atas usaha kerajaan mereka telah mendabik dada berbangga di atas kejayaan negara mereka pada ketika itu dengan dan beliau menggelarkannya sebagai ‘K-Quarantine’, sempena gelaran muzik popular mereka iaitu K-Pop. Namun begitu, kes di Korea Selatan yang sebelum ini telah reda kini mulai meningkat semula pada sekitar 22 Jun 2020. Ini adalah disebabkan berlakunya penemuan beberapa kluster baru di bandar Seoul sehingga arahan lar4ngan berkumpul serta penutupan beberapa lokasi awam telah diperkenalkan semula Setakat 2 Julai 2020, kes baru di Korea Selatan telah mencatatkan 50 kes baru di mana 44 daripadanya adalah merupakan jangkitan tempatan dan catatan ini adalah peningkatan tertinggi dalam tempoh 2 minggu sebelumnya.
Jepun. Negara Jepun pada penghujung bulan Jun turut dilaporkan telah bersedia untuk menghadapi gelombang kedua Covid-19, setelah jumlah rekod kes mencapai 55 kes yang merupakan jumlah tertinggi pernah di alami oleh negara mereka dalam tempoh beberapa bulan. Jepun sebelum ini mencatatkan jumlah kes melebihi 50 kes pada 5 Mei 2020 dan kerajaan Jepun telah mengambil keputusan untuk menarik semula perintah kawalan pergerakan pada 25 Mei 2020. Disebabkan kadar turun naik jumlah kes terbaru yang agak merisaukan, kerajaan Jepun telah meletakkan kawasan-kawasan yang sesak seperti bandar Tokyo dalam keadaan berjaga-jaga. Jika kadar kes baru jangkitan virus Covid-19 ini kembali mencapai 70 kes, kerajaan terpaksa mengembalikan pelaksanaan beberapa sekatan dan larangan. Pada 2 Julai 2020, kerajaan Jepun telah mengesahkan terdapat pertambahan 107 kes baru yang merupakan angka tertinggi dicatatkan dalam tempoh dua bulan. Apa yang membimbangkan, di antara 107 kes baru ini didapati tujuh puluh peratus daripada mereka yang dijangkiti adalah individu yang berusia 20 ke 30-an. Buat masa ini Jepun belum lagi bercadang memperkenalkan perintah l4rangan pergerakan semula.
Indonesia. Ketika negara Malaysia sudah boleh menarik nafas lega, Indonesia yang merupakan jiran besar kita, kini baru saja mencatatkan jumlah kes baru paling tinggi pada 2 Julai 2020, di mana mereka telah mencatatkan penemua 1,624 kes. Angka tersebut adalah merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan sejak negara tersebut melaporkan jumlah kes pertama pada 2 Mac 2020. Apa yang sangat menakvtkan; sungguhpun jumlah kes baru y ang dicatatkan di Indonesia masih lagi melebihi jumlah 1,000 kes dengan konsisten sejak 12 Jun, beberapa buah wilayah di negara tersebut seperti di Jawa dan Jakarta telah mula meringankan perintah peraturan kawalan. Jawa Timur adalah kawasan yang paling terjejas teruk, ini berpunca daripada kepulangan masyarakat dari bandar-bandar kembali mvdik ke desa sempena hari raya Aidil Firi sehingga akhirnya telah menyebabkan pertambahan jumlah kes di sana begitu memuncak dan masih kekal tinggi. Presiden Joko Widodo pada 28 Jun 2020 telah mengeluarkan kenyataan keras untuk bertindak memecat mana-mana anggota abinet serta agensi kerajaan yang masih memandang ent3ng terhadap kris1s yang sedang dihadapi oleh mereka. Diharapkan agar arahan tersebut tidak menyebabkan berlakunya perg0lakan politik di negara itu.
India. Pada penghujung bulan Mei, Kerajaan India telah membuat pengumuman satu rancangan untuk melonggarkan perintah kawalan di negara mereka disebabkan tuntutan ekonomi, mulai 8 Jun 2020. Kelonggaran tersebut membolehkan beberapa buah industri yang telah terjejas kembali bergerak aktif serta kegiatan agama di rumah-rumah ibadat, dijalankan seperti biasa.
Namun begitu kelonggaran ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan kes yang begitu mendadak. Chennai, ibu negeri Tamil Nadu telah mengarahkan kawalan pergerakan semula di bandar tersebut serta di beberapa daerah berhampiran. Setiap individu dibenarkan untuk keluar setakat 2km sahaja dari tempat kediaman mereka. Negara India melepasi angka 500,000 kes pada 26 Jun 2020, di mana buat kali pertama menghampiri 16,000 kes pemergian. Tetapi setelah seminggu berikutnya, angka tersebut telah meningkat kepada 620,000 kes dengan peningkatan jumlah pemergian sebanyak 18,200 kes sehingga 2 Julai 2020. Tidak dapat disangkal lagi semasa pengumuman kelonggaran kawalan pergerakan tersebut dilakukan oleh kerajaan India, telah terdapat petanda jumlah kes penularan covid-19 di negara tersebut mulai menurun.
Tetapi banyak pihak yang sejak awal sudah menjangkakan kelonggaran akan menyebabkan penularan wabak ini akan menjadi lebih teruk di India. Tetapi apa yang membezakan negara mereka dengan negara lain yang turut sama terjejas teruk adalah bagaimana berkesannya pasukan perubatan mereka menangani kes jangkitan coivid-19 ini. Mengikut rekod, kadar kematian yang berlaku di India adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Sepanyol, Brazil, Itali dan juga United Kingdom. Brazil dan Sepanyol khususnya menghadapi kesukaran berpunca daripada perg0lakan politik yang berlaku di negara tersebut, seiring dengan pandemik covid-19 yang melanda.Kesimpulannya, kestabilan p0litik adalah begitu penting bagi sesebuah negara dalam menghadapi waktu-waktu mencabar sekarang.-info sebena
via Era Kini
Post a Comment