MUAR, (Bernama) — Masyarakat perlu menganggap diri sendiri sebagai “petugas barisan hadapan” dan terus mengamalkan norma baharu dalam usaha membantu kerajaan memerangi penularan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil menyeru masyarakat, Perdana Menteri berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada perlu diperluaskan lagi. Katanya ini bagi mengelakkan daripada wujudnya kluster-kluster baharu yang menyebabkan peningkatan kes-kes positif COVID-19 di negara kita.
ARTIKEL MENARIK:Terkini KKM sahkan 1 lagi kluster baru di kesan di Kedah dengan mencatat 9 kes positif. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan puncanya.
“Justeru, kesedaran kawalan kendiri yang tinggi baik di tempat kerja, tempat-tempat awam, tempat ibadat mahupun di rumah perlu ada dalam diri ahli masyarakat pada setiap masa,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu. “Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19, saya menyeru anda semua terus mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.-bh
Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut
Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.
Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar
Tiga golongan ini terima manfaat lanjutan moratorium dan bantuan bersasar – “Saya dengar rintihan saudara, saudari”
Bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS). KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan memerlukan. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman dibuat pada Rabu petang.
Antara yang bakal menikmati tawaran lanjutan adalah individu kehilangan kerja dan masih lagi belum mendapat pekerjaan baharu. “Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. “Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.
“Kedua, golongan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.”Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji,” ujarnya. Jelas Muhyiddin lagi, bantuan itu adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.
Selain itu, bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat wabak berkenaan. Namun ia juga bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut, jelas Muhyiddin.
“Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.”Terakhir, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar
PM Menerima Sumbangan Bernilai Jutaan Ringgit Daripada Dua Pihak Ini Untuk Diberi Kepada KKM Atas Satu Sebab Ini
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai RM2.5 juta daripada Tropicana Corporation Bhd dan Top Glove Corporation Bhd untuk kegunaan petugas barisan hadapan. Dalam acara ringkas di Perdana Putra di sini, sumbangan Tropicana disampaikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tan Chee Sing, manakala Top Glove diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai. Tropicana menyumbangkan peralatan perubatan, iaitu meliputi mesin ventilator, mesin ultrasound dan sut perubatan bernilai RM1.5 juta. Top Glove pula menyumbangkan tiga juta sarung tangan bernilai RM700,000 serta peralatan perubatan, iaitu ventilator dan sut perubatan bernilai RM300,000. Menurut kenyataan kedua-dua syarikat itu, Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin akan mengagihkan sumbangan berkenaan kepada hospital dan jabatan kesihatan yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kegunaan petugas barisan hadapan. – BERNAMA
via Era Kini
Post a Comment