Pada sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan hari ini, Ismail sabri ditanya soalan oleh pengamal media mengenai adakah kerajaan akan menempa vaksin dari negara russia.
Rujuk pada Sidang Media Minit 26
ARTIKEL MENARIK:42 kontak rapat dikesan lepas tular murid di lembah pantai positif covid 19. Mengejutkan ini keputusan ujian covid 19 pelajar itu.
Dilaporkan russia telah berjaya menemui vaksin C0vid 19, dan 20 negara telah dilaporkan menempah vaksin itu, adakah malaysia juga akan mengambil langkah yang sama untuk menempah vaksin tersebut. Kenyataan Dari Ismail Sabri
“Saya percaya kementerian kesihatan pastinya akan menelititi dahulu perkara tersebut, sebab banyak negara sekarang telahpun claim bahawa mereka juga telah menjumpai vaksin. Tapi sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana berjaya dan sebagainya saya percaya kementerian kesihatan akan membuat kajian sebelum kita nak tempah, kementerian akan melihat dari segi boleh digunakan atau pun tidak. Masih terlalu awal, katanya lagi”.
Sebelum ini, Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Cov-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet. Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 percubaan dilakukan hari ini dan pengeluaran dijangka bermula September nanti.
“Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.
“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan.
“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.
Sumber : SidangMediaMKN/Bernama/OM
42 Kontak Rapat Dikesan Lepas Tular Murid Di Lembah Pantai Positif Covid 19. Mengejutkan Ini Keputusan Ujian Covid 19 Pelajar Itu.
KECOH di media sosial mengenai seorang pelajar di Lembah Pantai di Kuala Lumpur dikatakan dijangkiti Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat kes seorang pelajar sekolah di Seri Pantai, Lembah Pantai yang dikatakan dijangkiti Covid-19, sebagaimana yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan saringan demam denggi pelajar itu didapati positif dan pengesahan ujian Covid-19 sedang dijalankan di makmal bagi memastikan tiada tindak balas silang semasa ujian yang mungkin boleh berlaku memandangkan beliau dijangkiti demam denggi.
KKM, katanya telah menerima laporan daripada sekolah terbabit mengenai satu kes bergejala melibatkan seorang pelajar dan siasatan dijalankan mengikut protokol KKM, iaitu sebarang kes dilaporkan kepada kementerian itu akan disiasat terlebih dahulu dan sekiranya perlu tindakan selanjutnya seperti pengesanan kes akan dijalankan.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati pelajar Tingkatan 5 itu telah mengalami gejala muntah dan cirit- birit pada 9 Ogos lepas. “Pada 10 Ogos lepas beliau telah dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dipindahkan ke pusat perubatan bagi rawatan lanjut di mana beliau telah disaring untuk demam denggi dan juga jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tular mengenai seorang pelajar di Lembah Pantai dikatakan dijangkiti positif Covid-19.
Dr Noor Hisham berkata, sementara menunggu pengesahan ujian makmal tersebut, KKM telah memulakan aktiviti awal pengesanan kes secara aktif iaitu sebagai tindakan proaktif yang biasa dijalankan di lapangan bagi mencegah risiko penularan jangkitan.
Setakat ini, seramai 34 orang pelajar dan lapan orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pelajar tersebut dan daripada jumlah tersebut seramai 28 orang telah disaring dan 14 orang lagi telah diberi arahan untuk hadir ke Klinik Kesihatan bagi persampelan, katanya.
Semua individu yang telah disaring diberi arahan supaya menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebagai langkah pencegahan, manakala proses nyah cemar dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang telah dikenal pasti.
“Pemantauan ke atas kes bergejala ini dan semua kontak rapat beliau akan terus dipantau oleh pihak KKM. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya dan menambah kes COVID-19 hanya akan dilaporkan sebagai kes positif COVID-19 selepas ia diumumkan secara rasmi oleh KKM.
Katanya laporan dari mana-mana sumber lain akan dianggap sebagai spekulasi sehingga siasatan dijalankan dan disahkan oleh KKM. Justeru, masyarakat diminta supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut. – Bernama
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mSTar
Ramai Pandang Remeh Tapi Ia Memerlukan Kerjasama Orang Ramai. PM Dedahkan Supaya Rakyat Malaysia Berbuat Sesuatu Ini Untuk Menangani Wabak COVID19
MUAR, (Bernama) — Masyarakat perlu menganggap diri sendiri sebagai “petugas barisan hadapan” dan terus mengamalkan norma baharu dalam usaha membantu kerajaan memerangi penularan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil menyeru masyarakat, Perdana Menteri berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada perlu diperluaskan lagi. Katanya ini bagi mengelakkan daripada wujudnya kluster-kluster baharu yang menyebabkan peningkatan kes-kes positif COVID-19 di negara kita.
“Justeru, kesedaran kawalan kendiri yang tinggi baik di tempat kerja, tempat-tempat awam, tempat ibadat mahupun di rumah perlu ada dalam diri ahli masyarakat pada setiap masa,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu. “Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19, saya menyeru anda semua terus mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.-bh
Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut
Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.
Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar
Tiga golongan ini terima manfaat lanjutan moratorium dan bantuan bersasar – “Saya dengar rintihan saudara, saudari”
Bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS). KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan memerlukan. Demikian kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman dibuat pada Rabu petang.
Antara yang bakal menikmati tawaran lanjutan adalah individu kehilangan kerja dan masih lagi belum mendapat pekerjaan baharu. “Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. “Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.
“Kedua, golongan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.”Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji,” ujarnya. Jelas Muhyiddin lagi, bantuan itu adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.
Selain itu, bank turut menawarkan bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat wabak berkenaan. Namun ia juga bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut, jelas Muhyiddin.
“Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.”Terakhir, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar
Post a Comment