Pelakon Datin Eina Azman dilabel kurang cerdik oleh seorang warganet hanya kerana memakai pakaian ‘turtle neck’ ketika bercuti di Langkawi.
Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik beberapa keping foto bersantai di atas kapal layar untuk tatapan umum. Menurut warganet tersebut, pakaian ‘turtle neck’ tersebut tidak sesuai dipakai kerana cuaca panas terik, pakaian tak kena dengan gaya. Datin tak sesuai panas terik macam tu pakai turtle neck,” tulis warganet terbabit di ruangan komen.
ARTIKEL MENARIK:Kembali bersama dengan bekas suami. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Noor Nabila tampil bongkarkan sesuatu tentang status hubunganya dengan Sharnaaz buat warganet terkedu.
Tidak berdiam diri, Eina membalas komen tersebut dengan memberikan alasan yang kukuh tentang pemakaiannya ketika bercuti. “Ia tidak cerdik, turtle neck yang saya pakai nipis dan saya taknak buruk sangka macam hati awak tu.
“Langkawi tu panas sebab tu saya pakai macam tu. Nasib baik saya pakai turtle neck, kalau pakai bikini? Awaklah antara orang yang akan kritik kan,” balas Eina. Penampilan Eina yang mengenakan skirt berwarna putih itu turut undang pelbagai pujian pengikutnya. “Cantiknya! Sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” komen seorang wargamaya.
“Cantik foto datin! Tempatnya pun cantik,” kata seorang wargamaya.
“Pandai datin jaga dato, nampak dari perutnya. Pandai dato jaga datin, nampak dari badannya jugak,” puji seorang wargamaya. “Suka la tengok pakaian datin ni,” ujar seorang wargamaya lagi. Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.
Eina Azman dikatakan penting diri borong enam troli barang Kalau tak fikir orang saya tak beri bantuan makanan 100 buah rumah
Pelakon Datin Eina Azman berang apabila dikatakan kononnya mementingkan diri dan berbelanja besar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Mengakui kata kata warganet itu benar, Eina menjelaskan barangan yang dibeli itu bukan untuk kegunaannya sahaja malah untuk ahli keluarga yang lain.
“Saya rasa this girl nak popular atau memang suka nak bercerita hal orang. Apa masalah awak nak tag nama saya dan komen saya di Instagram kawan saya Betty Rahmad? “Pertamanya saya memang beli enam troli sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan adik ipar saya yang berkeluarga besar! Jadi apa masalahnya? Saya tak fikir orang?
Eina jelaskan sebab berbelanja besar di laman Instagram. “Kalau saya tak fikir orang saya tak akan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin hari itu,” katanya. Eina menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya. Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen yang tinggalkan oleh seorang warganet di salah satu foto yang dimuat naik di Instagram milik Betty.
“Tanya Eina sebab hari itu nampak dia shopping borong habis sampai enam troli penuh semua dalam tu, kasihan tak fikir orang lain,” tulis warganet tersebut. Eina tak berkira hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, hasil carian mendapati komen tersebut telah dipadam. Sementara itu, Eina meminta individu berkenaan tidak mencampuri urusan orang lain sehingga boleh menimbulkan kata kata negatif yang tidak benar.
Malah, dia mengakui tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. “Maaf bukan nak menunjuk atau apa-apa. Saya tanpa ada masalah pun sentiasa menolong orang tak mengira bangsa atau agama. “So, please mind your own bussiness! Jangan tahu berkata tak benar dan bercerita hal orang. Terima kasih untuk semua yang bercerita tentang saya beli enam troli,” katanya.
‘Sorry Ya, Saya Perempuan Tulen & Dah Ada 2 Anak’ – Eina Azman
Sering memuat naik video dan foto di Instagram, pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman menerima pujian daripada warganet kerana bijak mengekalkan kejelitaan wajah dan sosok tubuh yang langsing. Walaupun sudah mempunyai dua anak, warganet kagum dengan rutin harian pelakon tersebut untuk tampak cantik sentiasa.
Namun begitu, masih ada segelintir warganet tinggalkan komen yang seakan-akan membandingkan sosok tubuh pelakon itu dengan salah seorang usahawan kosmetik terkenal. Siapa agaknya?
Menerusi Instagram Eina Azman, dia memuat naik satu video di mana dia sedang merakam bentuk badannya selepas melakukan senaman. Menurut kapsyen Eina pula, dia seolah-olah memberitahu warganet agar jangan berhenti melakukan senaman sehingga mereka sendiri berasa gembira melihat hasilnya. Tambahnya, walaupun hasil tersebut akan mengambil masa yang agak lama.
Di ruangan komen, warganet tinggalkan pelbagai komen positif buat pelakon tersebut. Namun, ada juga di antara mereka yang membandingkan sosok tubuh pelakon itu dengan seorang usahawan kosmetik terkenal di Malaysia. Lebih mencuri tumpuan, komen tersebut dibalas semula oleh Eina Azman sendiri.
Datin Paduka Eina Azman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Demam, Negatif COVID-19
Pelakon Datin Paduka Eina Azman ada berkongsi status kesihatan terkini dirinya. Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mengalami demam dan terpaksa ditahan di wad. Sambil memohon maaf kerana tidak dapat untuk berkongsi video masakan sebagaimana sebelum ini, Eina turut memaklumkan dirinya turut menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan.
“Assalamualaikum semua, hope everyone is doing good. Sorry couldn’t upload and share video masakan as I wasn’t well for about a week (fever caught me up). “For precaution, dah buat Covid 19 test and alhamdullillah result is negative. Now, I’m in recovery process and shall be back soon with all the cooking ideas for you guys. “Doakan Eina cepat baik okay! Love you guys and thank you for the love and support! Take care and stay safe always.please stay at home,” tulisnya menerusi posting terkini di Instagram hari ini.
“Belum Cuba, Belum Tahu, Berani Cuba, Rasa Hasilnya” – Datin Paduka Eina Azman, Kongsi Kisahnya.
Pernah tak bila dah terlalu biasa dengan satu rutin tu, bila tiba masanya nak lakukan perubahan akan rasa macam, ”eh, betul ke apa yang aku buat ni?”, “boleh ke aku buat?”
Keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru ni secara jujurnya memang bukan senang dan perlukan keberanian. Yelah, untuk buat sebarang keputusan ni bukannya boleh tergesa-gesa. Kena fikir panjang.
Kalau anda nak buat sesuatu di luar kebiasaan anda tapi masih takut dan ragu-ragu, apa kata anda baca dulu kisah seorang wanita hebat yang kami nak kongsikan ni. Mana tahu, anda akan terinspirasi dan bersemangat untuk keluar dari zon selesa anda.
Nak buat sesuatu keputusan bukan mudah. Perlu fikir semua aspek
Siapa je yang tak kenal dengan wanita cantik pemilik nama Ainur Syakina Azman ataupun Datin Paduka Eina Azman yang popular dengan tagline “It’s done..” di setiap video masakannya. Bermula sebagai seorang pelakon dan kini bergelar isteri, ibu dan juga ahli perniagaan, Datin Paduka Eina Azman berkongsi kisahnya.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, beliau dah tinggalkan dunia seni ke? Yelah, sebab dah jarang kelihatan di kaca tv. Menurut Datin Paduka Eina Azman, beliau masih belum tinggalkan dunia lakonan tetapi lebih memberi fokus kepada keluarga dan bisnesnya. Kalau anda nak tahu, beliau kini giat mengusahakan bisnes skincare sendiri iaitu Nea Beauty Care Malaysia.
Wow, bagi kami, ini satu keputusan berani apabila meliputi perubahan dalam kerjaya. Tambah-tambah pula, ibu berusia 24 tahun ini sentiasa sibuk dengan tanggungjawabnya dalam menguruskan rumah tangga dan anak kembar comelnya yang akan mula bersekolah tahun ini.
Ketika ditanya apakah faktor yang mendorongnya untuk terjun ke dunia perniagaan dan mencuba sesuatu yang baru, beliau menjelaskan, beliau memang sukakan cabaran dan buat sesuatu yang boleh mencabar kemampuan dirinya. Kerana baginya, kalau tak cuba, kita takkan tahu hasilnya. Jadi, kalau nak buat sesuatu, kena yakin, fikir dalam-dalam dan terus go for it!
Mulanya tak pandai masak sekarang ini jaguh masak
Termasuklah apabila di dapur. Walaupun sangat sibuk dengan aktiviti sehariannya, Datin Paduka Eina Azman tetap rajin ke dapur dan handal memasak. Siap boleh buat video masakan lagi!
Mengakui yang beliau pada mulanya tak pandai memasak dan agak kurang arif di dapur, berkat kesungguhannya dan tak putus asa untuk belajar dari ibunya, kini, Datin Paduka Eina Azman dah jadi jaguh memasak dan merupakan chef favourite suaminya.
Bila tengok suami, anak-anak dan keluarganya berselera menikmati masakan air tangannya, lagilah beliau seronok dan ia secara tak langsung memotivasikan dirinya untuk memasak setiap hari. Bagi beliau,tak kisah sesiapa pun, kena berani mencuba benda yang baru dan teruskan usaha sampai berjaya. Begitu juga bila memasak, jangan takut untuk mulakan langkah pertama dan kongsi hasilnya bersama yang tersayang.
via Era Kini
Post a Comment