Jodoh singkat dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Berikut 9 selebriti yang umum berpisah dengan pasangan sehingga Ogos 2020 sehingga meraih perhatian warganet

Jodoh singkat dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Berikut 9 selebriti yang umum berpisah dengan pasangan sehingga Ogos 2020 sehingga meraih perhatian warganet

TIADA pasangan di dunia ini yang inginkan rumah tangga mereka berantakan dan berakhir dengan perpisahan.Namun, jodoh dan perpisahan adalah kententuan Tuhan dan tiada siapa yang boleh melwn takdir itu.Perkahwinan yang dilihat bahagia dan sempurna pada pandangan orang sekeliling kadangkala tersimpan 1001 rahsia.

Jodoh singkat dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Berikut 9 selebriti yang umum berpisah dengan pasangan sehingga Ogos 2020 sehingga meraih perhatian warganet
Tahun 2020 bukan hanya membawa khabar gembira malah terselit kisah dukaa bagi beberapa pasangan selebriti.Kali ini, mStar senaraikan 9 selebriti yang mengumumkan perpisahan sejak Januari lalu.Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017.

ARTIKEL MENARIK:Nampak kurus dan ramai syak dia ambil sesuatu. Ini kenyataan Ara Johari berkenaan isu yang dibangkitkan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab




1. Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran.Sejak Disember tahun lalu, spekulasi berkenaan masalah rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella hangat diperkatakan peminat Malaysia dan Indonesia terutamanya apabila aktres itu memadam semua foto bersama suami di Instagram.

Namun Laudya akhirnya membuka mulut dan mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya iaitu ahli perniagaan Engku Emran pada Julai lalu.”Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.

“Sudah bermacam upaya kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini dan sudah segala proses kami lalui, sekarang semuanya sudah selesai,” ujarnya.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Laudya dan Engku Emran berkenalan selama lima bulan dan akhirnya membuat keputusan untuk bernikah.

2. Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.Setelah sekian lama berdepan dengan masalah rumah tangga, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya berpisah secara hakam dengan isterinya yang juga ahli perniagaan Noor Nabila Mohd Noor pada 9 Julai lalu.

Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, menjelaskan keputusan itu dibuat secara baik dan mereka sudah bermaafan serta tidak menyimpan sebarang dendam.Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anak lelakinya iaitu Jebat Jayden.

Tambah Sharnaaz, dia tidak mahu anaknya merasa kehilangan kasih sayang seorang bapa.Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang berusia dua tahun.


Loading...
loading...


3. Sharifah Sakinah dan Aliff Adha.Menerusi sebuah laporan, pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan ikatan rumah tangga bersama suaminya iaitu juruterbang Aliff Adha berakhir pada Mei lalu.Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

Khabar angin berkenaan masalah rumah tangga Sakinah bermula apabila Aliff dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi dating untuk bersosial.Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini bagaimanapun menafikan bahawa perpisahan mereka disebabkan orang ketiga.Sakinah dan Aliff berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha.

4. Zimi Sofazr dan Isma Salwana Ismail. Pemuzik dan komposer Zimi Sofazr mengesahkan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama Isma Salwana Ismail, 37, sudah berakhir. Zimi atau nama sebenar Zarimi Zahari, 36, berkata dia berpisah dengan isterinya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada Ahad, 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun Zimi enggan bercerita lanjut mengenai punca perpisahannya kerana mahu menjaga privasi kedua-dua belah pihak. Ahli kumpulan Sofazr ini menganggap dia dan Isma sudah tiada persefahaman dalam rumah tangga mereka. Zimi dan Isma berkahwin pada 8 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Bunga, 4 dan Zerlinada Ikil, 3.

5. Keith Foo dan Kim Raymond. Pelakon Keith Foo mengesahkan sudah berpisah secara rasmi dengan isterinya iaitu model terkenal Kim Raymond sejak Disember tahun lalu.Keith, 37, bagaimanapun berkata dia dan Kim masih menjalinkan hubungan baik demi membesarkan anak mereka iaitu Skylar Raymond Foo yang berusia tiga tahun.

Keith juga menyifatkan sesuatu ikatan perhubungan perlu dihentikan jika sudah tiada persefahaman bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.Keith dan Kim berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo, 3.

6. Opie Zami dan Zamzarina Mohamed.Rumah tangga yang didirikan sejak 17 tahun lalu terlerai selepas pelakon dan pengarah Opie Zami dan isterinya Zamzarina Mohamed berpisah talak satu pada 10 Ogos lalu.Opie atau nama sebenar Mohd Saufi Zami, 46, melafazkan talak di hadapan Hakim Ahmad Mahir Zanial kira-kira pukul 10.47 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada 16 Mac lalu, Zamzarina selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.Zamzarina ketika ditemui di luar mahkamah mendkwa wujudnya cinta lokasi membabitkan Opie. Opie mendirikan rumah tangga bersama Zamzarina pada 5 Disember 2003.Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, 15, Aliff Shah Syedi, 13 dan Ariff Shah Saidi, 8.

7. Imam Muda Syed Faris dan Nur Hidayu Rosly.Finalis Imam Muda 2014, Syed Faris Syed Roslan, 34, berpisah dengan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu.Nur Hidayu membuat pendedahan berpisah dengan Syed Faris selepas pendakwah itu berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Pada 11 Ogos lalu, Syed Faris dan Nur Hidayu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bagi menjalani proses sulh.Sulh merupakan suatu perundingan dan perbincangan di antara pihak-pihak di hadapan seorang pegawai sulh berkaitan perkara yang dipertikaikan terhadap tuntutan di mahkamah syariah.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, 9 bulan.Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hodayu pernah mengalami kehilangan kandungan sebanyak empat kali.

8. Pencetus Ummah (PU) Abu dan Hana Azraa.Selepas pelbagai kontrovrsi dan dkwaan pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Abu berlaku menduakan pada Januari lalu, perkahwinannya dan Hana Azraa semakin berantakn.

Setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama dengan pendakwah itu, Hana pada 13 Februari lalu mendedahkan rumah tangga yang dibina hampir setahun itu sudah berakhir.Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Bagaimanapun difahamkan Abu dan Hana sudah rujuk semula namun kedua-dua mereka memilih untuk menutup mulut.Perkahwinan Abu dan Hana pada Mei tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila pendakwah berkenaan didkwa berlaku menduakan dengan isteri pertamanya Ain Afini Latif ketika wanita itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka.Sebelum itu, Abu atau nama sebenar Mohd Sufyan Mokhtar Rozaidi berkahwin dengan Hana sekitar bulan Mei 2019 di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti dakwaan warganet

9. Da’i Farhan dan Dr Erin. Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin mengesahkan dia sudah berpisah dengan suaminya itu pada hujung April lalu.Menurut Erin atau nama sebenar Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, perpisahannya itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah pun melafazkan berpisah kepada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.”Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.

“Perpisahan ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak pisahkan saya, kejap tak jadi berpisah saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak berpisah balik… saya tahu ustaz pun serba salah kerana itu saya memilih untuk berpisah dengan rela,” katanya.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Nik Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.Sehingga kini, Da’i Farhan masih mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi bagi menjelaskan perkara berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post