Alyssa Dezek kini merupakan YouTuber solo yang merekodkan jumlah pengikut tertinggi di YouTube Malaysia. [LAPORAN KHAS] UMURNYA pada tahun ini baru mencecah 12 tahun namun tiada siapa sangka, dia merupakan seorang jutawan hasil titik peluhnya sendiri.>
Berbeza dengan kebanyakan kanak-kanak lain, Alyssa Dezek ialah seorang kanak-kanak yang memiliki bakat besar dalam dunia hiburan tanah air, terus mengorak langkah mengumpul harta kekayaan sehingga menjadi buah mulut rakyat Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:Dah khatam Al Quran tapi masih berpakaian kurang sopan. Respon warganet buat Nora Danish fasal gambar yang satu ini
Alyssa yang lahir pada 21 April 2008 mula dikenali pada usia empat tahun melalui video comelnya yang tular bermain ukulele.Video itu bukan sahaja tular di Malaysia malah ke negara jiran antaranya Singapura, Indonesia dan Brunei. Video tersebut dimuat naik oleh ibunya, Suzanne Dezek, dalam akaun YouTube milik Alyssa yang kini memiliki lebih 3.22 juta pengikut.
Bahkan Alyssa kini merupakan individu solo negara yang merekodkan jumlah pengikut tertinggi di YouTube. Berdasarkan socialblade.com, laman web yang mengukur statistik dan pencapaian pengguna media sosial di seluruh dunia, Alyssa yang berada di tangga ke-10 secara keseluruhan dalam ranking saluran YouTube di Malaysia, dianggarkan meraih pendapatan antara RM32,000 dan RM500,000 sebulan.
Pendapatan yang dianggarkan setinggi itu buat Alyssa yang masih muda sudah tentu menjadi pemangkin buat kanak-kanak lain untuk mengikuti jejak langkahnya.Suzanne dalam temu bual dengan Sinar Harian baru-baru ini menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang ditempa oleh anaknya itu.
Katanya, perkongsian video pertama Alyssa di YouTube iaitu ketika anaknya bermain ukulele hanya dibuat secara suka-suka, namun video itu tular sehingga Alyssa mula dikenali ramai. “Saya hanya kongsi apa yang Alysaa minat. Saya tidak jangka penerimaan orang luar seperti ini. Mereka menyokong Alyssa. Bila orang kata Alyssa sudah jadi jutawan, saya aminkan sahaja dan saya terus berdoa anak saya akan mendapat lebih lagi.
“Alhamdulillah juga sekarang ini lagunya, Lagu Untuk Kamu sudah ditonton lebih 77 juta. Jadi kami rasa sangat bersyukur. Bulan September nanti pula Alyssa akan keluarkan single baharu,” katanya.Mengakui menerima kritikan daripada warganet, Suzanne tidak cepat melatah walaupun dikatakan mempergun4kan anaknya bagi meraih pendapatan.
Sebaliknya, menurut Suzanne, apa yang dilakukan olehnya hanya kerana bakat dan minat Alyssa yang dipamerkan sejak kecil lagi. Kisah Alyssa membeli kenderaan jenis Toyota Velfire tular baru-baru ini.
“Sebagai contoh sewaktu Alyssa membeli kereta Toyota Vellfire baru-baru ini. Ramai yang mengata bahawa saya dan suami mempergun4kan Alyssa. Tetapi orang tak tahu bahawa semua itu adalah keinginan Alyssa sendiri,” katanya.
Bahkan, katanya, suasana kehidupan kanak-kanak pada hari ini berbeza dengan kehidupan kanak-kanak masa lalu. “Sekarang zaman 2020. Zaman kita tidak sama dengan zaman sekarang. Dulu-dulu kita main guli dan sebagainya. Itu dulu. Sekarang sudah berbeza,” katanya.
Walaupun tidak mendedahkan pendapatan sebenar Alyssa, bagaimanapun Suzanne mengakui pada awal-awal penglibatan, anaknya itu boleh memperoleh lebih RM10,00 sebulan.Yang pasti, dengan Job Street Malaysia melaporkan purata gaji seorang ketua pegawai eksekutif di Malaysia sekitar RM13,300 sebulan, hari ini pendapatan bulanan yang diperoleh Alyssa dianggarkan beberapa kali ganda gaji seorang CEO.
Senarai Top 10 akaun YouTube di Malaysia
Les’ Copaque Production – 10.8 juta pengikut, Monsta – 5.91 juta pengikut,PlataBush – 4.74 juta pengikut, Didi & Friend – 4.15 juta pengikut,TV3 – 3.78 juta pengikut,Omar & Hana – 3.57 juta pengikut,Alyssa Dezek – 3.25 juta pengikut,Alieff Irfan – 2.75 juta pengikut,Astro Gempak – 2.71 juta pengikut,Jordan Yeoh Fitness – 2.68 juta pengikut.-sinarharian
Rupanya Ramai Peminat Dari Negara Seberang. Alyssa Dezek Bongkarkan Pula Anggaran Pendapatannya Sampai Boleh Beli Vellfire
Alyssa Dezek merupakan seorang pelakon dan penyanyi cilik yang memulakan karier seawal usia tujuh tahun. NAMA pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek menjadi sebutan ramai apabila dia mendedahkan berjaya membeli kereta Toyota Vellfire walaupun baru berusia 12 tahun. Menurut ibunya, Suzanne Sahri, Alyssa membeli kereta berjenama Toyota Vellfire itu di atas kehendaknya sendiri bagi memudahkan untuk dia bergerak bagi urusan penggambaran. Namun, masih ramai tidak mengetahui latar belakang dan perjalanan kerjaya Alyssa dalam industri hiburan. Jom kita semak fakta mengenai pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek!
Alyssa atau nama sebenarnya Aryanna Alyssa Dezek mencuri tumpuan netizen baru-baru ini selepas membeli sebuah kereta mewah, Toyota Vellfire, yang bernilai kira-kira RM250,000 dengan wang yang diperoleh dari video-video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya. Si cilik ini lahir pada 21 April 2008 merupakan anak sulung daripada dua beradik. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Aaron Dezek.
Alyssa bersama ibu bapa dan adik lelakinya. Alyssa mula dikenali selepas videonya menyanyikan lagu Kun Anta sambil bermain ukulele tular di YouTube. Penyanyi asal lagu tersebut iaitu Humood Alkhudher turut menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Alyssa apabila berkunjung ke Malaysia. Selepas tular dengan video nyanyian Kun Anta, Alyssa menyertai program terbitan Astro iaitu Ceria All Star pada usia tujuh tahun. Astro sekali lagi memanggil Alyssa untuk menyertai program Ceria Mega Star. Sejak bertanding dalam Ceria All Star, pelakon cilik ini mula menerima tawaran berlakon beberapa drama seperti Kasut Bola Pink, Pathnya Sebelah Sayap dan Anak-Anak Ibu.
Alyssa memulakan karier YouTube pada tahun 2013 seawal usia lima tahun.Karier YouTube Alyssa bermula pada tahun 2013 apabila dia menjadi popular dengan lagu-lagu saduran sejak berumur lima tahun. Pendapatan Alyssa diperoleh bukan sahaja daripada penggambaran, malah daripada saluran YouTube yang mempunyai lebih dari tiga juta langganan yang menjadikannya selebriti Malaysia paling ramai pelanggan.
Video-video yang dimuat naik pelakon cilik itu juga mencecah 300 juta tontonan. Laman web penjejakan Social Blade menganggarkan bahawa pendapatan Alyssa bernilai antara US$7,000 (RM29,942) sehingga US$100,000 (RM42,750) sebulan dari YouTube. Bagaimanapun, laman web tersebut menjelaskan bahawa angka itu hanyalah anggaran umum dan kiraannya tidak semestinya tepat. Alyssa bukan sahaja menyanyi dan bermain alat muzik, malah turut berlakon dan berkecimpung dalam iklan komersial. Selain aktif menyanyi di YouTube, Alyssa turut melancarkan beberapa single dan muncul dalam beberapa iklan komersial.
Single terbaharu Alyssa yang bertajuk Lagu Untuk Kamu memperoleh 63 juta tontonan di YouTube dengan 910,000 tanda suka sekaligus direkodkan sebagai video dengan likes paling banyak di YouTube Malaysia. Lagu ini dicipta oleh komposer Indonesia iaitu Posan Tobing. Salah sebuah single Alyssa yang bertajuk Lagu Untuk Kamu dicipta oleh komposer Indonesia, Posan Tobing. Seawal usia empat tahun, Alyssa mula belajar sendiri cara bermain ukulele melalui YouTube sebelum menyertai kelas muzik.
Pada awalnya, Alyssa tidak dibenarkan menyertai kelas muzik kerana faktor umurnya, namun selepas melihat kesungguhannya belajar bermain ukulele serta kepintarannya membaca nota muzik, dia akhirnya diterima menyertai kelas muzik. Sejak itu, Alyssa bukan sahaja pandai bermain ukulele, malah bakatnya turut dikembangkan pada gitar dan biola. Peminat Alyssa dari Indonesia bertambah selepas videonya menyanyikan lagu Merindukanmu nyanyian Dash Uciha menjadi hit. Video ukulele terbaik Alyssa adalah ketika menyanyikan lagu Tak Tun Tuang yang mencatatkan 36 juta tontonan, selain lagu Despacito sebanyak 9.3 juta.-mstar
Beli Vellfire di usia 12 tahun. Ibu Alyssa pula dikatakan tidak pandai urus duit anak dan terus sahaja ibu kepada Alyssa lantang bersuara akan isu ini
Ibu bapa pelakon cilik Alyssa dikritik tak urus duit anak beli aset. GARA-GARA mendedahkan mampu membeli sebuah kereta jenama Toyota Vellfire pada usia 12 tahun, penyanyi dan Bintang YouTube Alyssa Dezek mendapat pelbagai reaksi warganet. Segelintir warganet menganggap, tindakan ibu bapa kanak-kanak itu membeli sebuah kereta adalah tidak wajar berikutan pendapatan tersebut seharusnya digunakan untuk tujuan pelaburan masa hadapan Alyssa. Bagi mengulas perkara itu, ibu Alyssa iaitu Suzanne Dezek berkata, mereka menghormati kehendak Alyssa yang mahukan sebuah kenderaan bagi memudahkan perjalanan kerjayanya.
“Pada saya duit tu duit dia, jadi dia yang nak beli Vellfire untuk memudahkan dia pergi penggambaran dan travel jauh untuk keselesaan dia. Suzanne dan Hafidz Dezek, ibu bapa kepada Aryanna Alyssa. “Bab rumah tu kita dah sediakan untuk Alyssa dan adik. Suami saya dah belikan. Simpanan pun memang ada untuk dia sambung belajar,” katanya kepada mStar. Suzanne turut meluahkan rasa k3cewa apabila terdapat warganetyang menganggap dia dan suaminya Hafidz Dezek mahu menumpang kesenangan kanak-kanak itu. Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai ketua jurutera kapal mampu untuk memiliki kereta tersebut dan tidak perlu bergantung kepada pendapatan anak mereka.-ctto
Post a Comment