Penyanyi yang juga pelakon, Nabila Razali menepis pernyataan segelintir pihak yang melabelkan dirinya kini sudah besar kepala. Menurut Nabila, dia sedaya upaya cuba untuk bangkit semula selepas teruk dikritik gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang sewaktu membuat persembahan secara live di dalam sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.
“Kalau saya besar kepala, mungkin saya hanya buat conference call je hari ni tapi saya masih di sini dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. “Saya bangkit semula selepas apa yang jadi pada saya haritu.
ARTIKEL MENARIK:Muat naik foto dengan Zain ada warganet komen nampak macam mak dan ank. Akhirnya Che Ta tampil bagi respon win buat warganet terkedu.
Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan berkerja semula.
“Bagi sesetengah orang, mungkin mereka memandang perkara ini remeh kerana mereka anggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu. “Tapi bagi saya ia merupakan isu besar sebab saya tidak rancang pun untuk menyanyi seperti itu dan ia merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu tersebut secara lansung,’ katanya kepada MH.
Nabila berkata demikian sewaktu ditemui di majlis doa selamat dan pelancaran muzik video lagu Peluang Kedua di Symphony Mall, Petaling Jaya. Meluahkan rasa syukur kerana masih ramai yang menyokongnya ketika ini, Nabila menyifatkan keputusan untuk berputus asa hanya akan mematahkan semangat para peminatnya.
“Kalau saya give up, saya dah lama sambung pelajaran saya semula. Tapi tidak kerana ramai lagi yang menyokong saya. “Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka. Lagu ni dah jadi siulan mereka.
“Bagi saya, tidak semua yang mereka kata mengenai saya itu betul. Ada telinga yang mendengar sedap ada pula yang sebaliknya. Saya tidak boleh kawal mereka yang kata saya menyanyi tak sedap. “Bila kita cakap pasal lagu, ada berjuta lagu dalam dunia ni. Nak dengar yang sedap just go ahead. Nak dengarkan versi Nabila Razali tengoklah Youtube saya,” jelasnya.
Ketika di tanya adakah dirinya sudah bersedia untuk mempersembahkan lagu ini secara langsung terutamanya di pentas-pentas besar, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu; “InsyaAllah, jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya.
“Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini. “Apapun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap,” akhirinya. Terdahulu, Nabila telah pun melancarkan muzik video terbaru dan versi tambahan lagu Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.-mediahiburan
Dikatakan tidak profesional ketika berada di konti. Nabila Razali terus lantang bersuara bila dia mengangkat panggilan dari stesen lain tatkala berada di konti
PENYANYI Nabila Razali tampil mempertahankan dirinya mengenai insiden dikatakan tidak profesional ketika menghadiri sebuah stesen radio swasta baru-baru ini. Rentetan itu, muncul satu berita gosip yang ditujukan kepada dirinya di portal radio berkenaan walaupun tidak menyebut namanya. Nabila berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai gosip terbabit namun sekiranya dia membuat kesilapan sepatutnya dia diajak berbincang.
“Sekiranya stesen radio itu ada masalah dengan saya janganlah dijadikan bahan penceritaan untuk orang ramai.”Saya datang ke stesen radio berkenaan untuk tujuan promosi drama dan lagu. Jika diikutkan temubual itu dibatalkan tapi pada saat-saat akhir saya diminta datang.”Bagi saya, ia bukan isu yang perlu dibesarkan. Kalau ada masalah boleh ajak saya borak atau berbincang.
“Saya manusia yang banyak buat silap. Mungkin ada perbuatan yang saya rasa tak salah, tapi salah di mata orang. Namun apa yang ingin ditegaskan, kalau ada benda yang saya buat tak kena, boleh jumpa saya dan jangan dijadikan bahan cerita,” katanya.Menerusi ruangan gosip yang dimuat naik portal stesen radio berkenaan, penyanyi itu didkwa menjawab panggilan telefon sebuah stesen radio lain ketika penyanyi itu berada dalam konti stesen radio terbabit.
Menurut Nabila, dia tidak menyangka perkara sekecil itu boleh timbul sedangkan dia memberikan kerjasama yang baik kepada stesen radio berkenaan.”Saya enggan memanjangkan isu ini. Jujur tak sangka perkara ini boleh timbul lepas saya mempromosikan kerja yang dilakukan. Jika diikutkan pada hari kejadian saya buat sahaja perkara yang tiada dalam perancangan, tapi masih lagi berikan komitmen. “Kalau nak cakap saya berkira, tak pernah saya berkira dengan sesiapa. Bagi saya, benda yang boleh diajak berbincang, tak perlu nak jadikan isu.”Namun kalau betul saya mengguriskan hati sesiapa atau mana-mana pihak pada waktu itu, saya ingin mohon maaf. Insha-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya.-mymetro
Ini inisiatif Nabila Razali selepas suaranya selalu dikritik hebat oleh warganet. Rata rata memuji kesungguhannya dalam nyanyian.
Dah lunyai asyik kena kritik sahaja. Walaupun bergelar penyanyi, namun ramai yang kata suara Nabila Razali sumbang. Sedar dengan kelemahan dirinya, Nabila akhirnya telah mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya.“Tak dinafikan saya ikuti kelas vokal kerana suara saya selalu dikritik warganet sebelum ini. “Saya harus perbaiki kelemahan diri dan semestinya tidak mahu perkara sama berulang lagi. Bagi saya, kalau saya lakukan sesuatu untuk peminat, saya akan lakukan yang terbaik,”katanya kepada Gempak.
Tambahnya, latihan vokal yang diterimanya membuatkan dia semakin selesa dan melakukannya untuk kebaikan diri sendiri. “Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk diri sendiri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata,” tambahnya. Baguslah, sekurang-kurangnya Nabila ada inisiatif. Kita tunggu sahajalah lagu baharu daripadanya. Mana tahu suara dah jadi semakin mantap, kan?
Sumber : Cari.my
Lepas Nabila Razali Kali Ni Giliran Tokti Pula Dikritik Teruk Gara Gara Nyanyian Masa Live 3 Tahun Lepas Terkucil. Sekali Tokti Tampil Buka Mulut Beri Komen Padu Buat Warganet Terkedu.
Baru-baru ini nyanyian live Nabila Razali menjadi bualan peminat apabila dia sedikit ‘terkucil’ ketika menyanyikan single terbarunya, Peluang Kedua. Seorang pengguna Twitter membandingkan kesilapan Nabila itu dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah tersalah teknik ketika persembahan Anugerah Bintang Popular 2017. Siti kemudian menjawab dan menerangkan keadaan sebenar berkenaan kejadian 3 tahun lalu berkenaan.
“Tok Ti pon terkucil”- Guna kesalahan Siti Nurhaliza back up Nabila Razali, Individu ini dikritik warganet
Dato’ Sri Siti Nurhaliza memang dikenali oleh semua orang di Malaysia dek bakat nyanyiannya yang masih lagi mampu menggoncang industri seni walaupun sudah 25 tahun aktif sebagai penyanyi. Oleh kerana pengalaman serta teknik vokalnya yang masih ampuh meskipun usia wanita itu yang kian meningkat, kebanyakan warganet berasa geram apabila ada seorang individu di Twitter yang mengungkit kesilapan vokal Tok Ti semasa berbincang mengenai masalah suara Nabila Razali.
Kisah bermula apabila penyanyi baru iaitu Nabila Razali telah ‘dtngkp’ melakukan kesilapan vokal semasa mempersembahkan lagu ‘Peluang Kedua’ dalam program lebaran di kaca televisyen. ‘Pitching’ Nabila Razali yang dikatakan lari itu telah menerima kritikan warganet kerana masing-masing kesal dengan mutu persembahan yang diberikan walaupun sudah beberapa tahun aktif dalam dunia seni.
Sepertinya gadis ini tidak menunjukkan sebarang kemajuan sejak memulakan karier nyanyiannya. Seorang individu pula tidak semena-mena telah mengungkit kesilapan penyanyi hebat iaitu Tok Ti bagi membuktikan bahawa semua penyanyi ada melakukan kesalahan semasa persembahan.
Katanya, warganet terlampau tegas dalam menegur penyanyi baru seperti Nabila namun hanya memandang sebelah mata apabila penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza mengalami masalah vokal. Langkah lelaki ini untuk ‘back-up’ kualiti vokal Nabila nyata memakan diri apabila warganet terus kerana berani menggunakan kesalahan Tok Ti dan membandingkannya dengan penyanyi baru.
‘Panas’ betul perdebatan di antara warga Twitter kerana perbandingan vokal Dato’ Siti Nurhaliza dengan Nabila Razali. Daripada pengamatan, rata-rata daripada warganet meminta penyanyi yang popular dengan lagu ‘Vroom Vroom’ itu supaya mengasah lagi bakat nyanyiannya. Ini kerana mutu vokalnya yang rendah sudah menjadi sebutan sejak daripada awal kemunculannya lagi.
Sumber: Twitter via Era Kini
Post a Comment