Diisytihar sebagai zon merah. KKM dedahkan satu negeri ini sudah disahkan sebagai zon merah ekoran kes meningkat saban hari

Diisytihar sebagai zon merah. KKM dedahkan satu negeri ini sudah disahkan sebagai zon merah ekoran kes meningkat saban hari

Malam tadi merupakan malam pertama larngan rentas zon yang dibuat oleh Polis Sarawak bagi mengawal pergerakan antara Zon 1 dan Zon 2.

Diisytihar sebagai zon merah. KKM dedahkan satu negeri ini sudah disahkan sebagai zon merah ekoran kes meningkat saban hari

Larangn ini dikatakan akan bermula secara rasmi pada hari ini iaitu 1 ogos 2020 sehingga 14 ogos 2020. Ini berikutan peningkatan penularan wabak cov-19 di beberapa buah daerah di negeri itu.

ARTIKEL MENARIK:Kes baru masih dua angka dan ada satu kes pemergian. Datuk Dr Noor Hisham faktor utama kes ini berlaku


Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dev Kumar berkata penguatkuasaan itu mengikut ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Tambah Dev Kumar, pihak PDRM akan membuat sekatan jalan raya di Simunjan dan Sri Aman bermula tengah malam semalam (31 Julai 2020). Zon 1 berstatus merah dan kuning manakala zon 2 berstatus Hijau. Menurutnya, Zon 1 adalah bahagian Kuching, Samarahan dan SErian manakala pergerakan antara daerah dalam bahagian ini yang meliputi daerah Kuching, Padawan, Kota Samarahan, Lundu, Bau dan Serian dibenarkan tanpa memerlukan surat kebenaran PDRM.

“Manakala pergerakan dari Simunjan ke Sri Aman melalui feri Triso atau melalui Jalan Serian-Sri Aman tidak dibenarkan,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuching, hari ini. Namun begitu pihak PDRM mengatakan bahawa pengecualian akan diberikan kepada mereka yang menjalankan tugasan rasmi dan pekerja perkhidmatan penting. Oleh itu, mereka wajib mendapatkan surat kebenaran polis dengan menunjukkan surat pengesahan dari ketua jabatan dan syarikat masing-masing.

Sarawak kes banyak. Kementerian Kesihatan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kes baru tertinggi sehingga ke hari ini. Beberapa hari lepas, di Kuching sahaja merekodkan sebanyak 21 kes, Serian 2 kes manakala Samarahan dan Undu satu kes menjadikan positif cov-19 di Sarawak lebih 675 kes sehingga ke hari ini.

Menurut pegawai Kesihatan, saringan kontak kepada kluster yang masih aktif mencatat jumlah terbesar pada 28 Julai lalu dengan 15 orang. Kluster hospital di Sarawak juga antara kluster terbesar hari ini. Kluster Sentosa dengan 30 kes sehingga 28 julai lalu. Pada hari semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memaklumkan bahawa daripada jumlah positif semalam 5 individu adalah bukan warganegara

Sumber : wowrentasasia

3,371 Individu Pulang Ke Malaysia Dikuarantin Di Pusat Kuarantin- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Setakat semalam, seramai 3,371 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa telah ditempatkan di stesen kuarantin bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari sejak perintah itu dikuatkuasakan pada 24 Julai lepas, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mereka ditempatkan di 14 hotel serta lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor. “Seramai 3,384 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam, dan daripada jumlah itu seramai 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala bakinya ke stesen kuarantin.

“Mereka tiba dari 23 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda dan Australia,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata semalam, sebanyak 2,271 pemeriksaan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing. Dalam tempoh 27 Julai hingga semalam, PDRM telah mengambil tindakan terhadap enam individu kerana tidak berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah yang ditetapkan, katanya. Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 134 individu ditahan semalam atas kesalhan ingkar arahan PKPP dan daripada jumlah itu, 19 individu dir3man, 22 dijamin manakala 93 lagi dikompaun.

Antara kesalhan ialah aktiviti pusat urut tanpa lesen yang melibatkan 12 individu, aktiviti yang tidak mengikuti SOP (33 individu), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan jarakan fizikal (88 orang) manakala seorang tidak mematuhi perintah pengawasan (Home Surveillance Order).

“PDRM juga telah membuat pemantauan SOP Solat Jumaat di 2,294 masjid yang melibatkan 283,355 jemaah dan kesemua didapati mengikuti SOP yang ditetapkan serta mengikut saiz keluasan masjid,” katanya. Beliau berkata Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM telah membuat 54,582 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP melibatkan 2,610 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 11,970 anggota.

Pemantauan dibuat di 3,598 pasar raya, restoran (4,937), penjaja (1,399), kilang (1,135), bank (3,481) dan 640 pejabat kerajaan, selain 1,025 terminal pengangkutan darat, 153 terminal pengangkutan air serta 80 terminal pengangkutan udara. PDRM juga membuat 63 sekatan jalan raya dalam Operasi Bnteng di seluruh negara semalam dan memeriksa 30,719 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong-lorong tikus, katanya.

Sumber: BERNAMA


Loading...
loading...


Kluster PUI Sivagangga Bertambah. KKM Jelaskan Punca Utama Kluster Ini Meningkat Hari Demi Hari

PUTRAJAYA: Dua lagi individu didapati positif COVID-19 dalam Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bagi kluster itu seramai lapan orang setakat ini. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan saringan terhadap seramai 262 individu yang berkaitan dengan Kluster PUI Sivagangga, di Napoh, Kedah, setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah berkenaan, seramai lapan individu dikesan positif COVID-19, 251 negatif; dan tiga lagi masih menunggu keputusan ujian saringan. “Daripada lapan kes positif, lima adalah bukan warganegara Malaysia. “Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks Kluster PUI Sivagangga membabitkan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu. Individu itu dilaporkan menjalani saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan pada mulanya didapati negatif.”Individu ini menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), namun tidak mematuhi syarat perintah itu dan kini dalam tindakan pihak berkuasa,” katanya-BH

Ekoran Khabar Angin Kluster Sekolah Di Sabah. Dr Noor Hisham Dedahkan Cerita Sebenar Berkait Dengan Kluster Ini

PUTRAJAYA: Tiada kluster wabak COVID-19 berlaku di sekolah Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sebaliknya, beliau berkata, seorang kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah di negeri itu, disaring kerana demam sebelum didapati positif COVID-19. “Satu lagi kes dikesan membabitkan seorang kanak-kanak yang mempunyai komplkasi kebkran dan dimasukkan ke hospital.

“Pensampelan telah dijalankan ke atas pelajar lain serta guru di sekolah terbabit dan tiada yang didapati positif COVID-19, manakala kedua-dua kanak-kanak itu pula sudah dimasukkan ke hospital serta dirawat. “Yakinlah, tiada kluster yang berpunca dari sekolah membabitkan dua kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Semalam, Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu. Sebelum itu, tular mesej dalam media sosial mendkwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.Mengulas laporan mengenai 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kubang Pasu, Kedah, ditutup mulai semalam pula, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah menjalankan saringan terhadap 143 individu berkaitan Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, India, di Napoh, Kedah.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, enam dikesan positif COVID-19 dan 67 negatif, manakala 70 masih menunggu keputusan ujian saringan serta diletakkan bawah perintah kuarantin di rumah.”Kita sudah mengenal pasti kluster itu tetapi tidak mencadangkan sekolah atau TADIKA (Taman Didikan Kanak-kanak) ditutup.”Apa yang perlu dilakukan ialah membersihkan sekolah dan nyhkuman kawasan digunakan bersama.”Kita sudah menjalankan saringan hingga jam 12 tengah hari tadi,” katanya sambil menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan tindakan kesihatan awam di Kedah dan Sabah-beritaharian

73 TABIKA, 3 TASKA di Kubang Pasu ditutup susulan kluster ini berlaku

ALOR SETAR: Bagi mencegah penularan COVID-19, sebanyak 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan tiga Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kubang Pasu ditutup bermula, hari ini. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Yasid Bidin, berkata tindakan itu diambil berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

“Proses nyh kuman di semua premis terbabit akan dilakukan segera. Sehingga kini, tiada kakitangan KEMAS, TABIKA dan TASKA yang terbabit disahkan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Dalam perkembangan sama, Pengarah KEMAS Kedah, Noor Azman Abd Rahman, berkata penutupan itu dilakukan berikutan kluster baru PUI Sivagangga yang berlaku di daerah itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,605 murid TABIKA dan 62 murid TASKA KEMAS terbabit dengan penutupan ini.”Semua premis akan ditutup selama 14 hari sehingga kami menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan,” katanya.Noor Azman berkata, murid yang hadir ke TABIKA dan TASKA semalam dibenarkan pulang awal ke rumah masing-masing.

“Antara TABIKA yang ditutup termasuklah TABIKA KEMAS Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing yang dikhuatiri mempunyai rekod kontak rapat dengan Kluster Sivagangga.”Kontak rapat itu membabitkan waris murid yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh dalam tempoh 13 Julai hingga 24 Julai lalu,” katanya.

Noor Azman berkata, TABIKA KEMAS Kampung Tebing terletak paling hampir dengan kedai makan berkenaan iaitu hanya kira-kira 500 meter.Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baharu dikenal pasti di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, India.Kes indeks berkenaan membabitkan seorang pemilik kedai makan dan empat kes positif dalam kluster terbabit ialah pekerja kedai itu.Premis kedai makan nasi kandar itu sudah ditutup untuk menjalani proses pembersihan dan nyh kuman.-bharian

via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post