Buat hal dengan pengarah. Fikry Ibrahim perjelas keadaan terkini salah faham dengan pengarah dan terbongkar punca kejadian ini terjadi

Buat hal dengan pengarah. Fikry Ibrahim perjelas keadaan terkini salah faham dengan pengarah dan terbongkar punca kejadian ini terjadi

Selepas terpalit dengan isu salah faham dengan salah seorang penerbit dan pengarah drama tempatan, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil menjelaskan perkembangan terkini berhubung isu tersebut.

Buat hal dengan pengarah. Fikry Ibrahim perjelas keadaan terkini salah faham dengan pengarah dan terbongkar punca kejadian ini terjadi
Menurut Fikry, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya ketika ini selain turut memohon maaf andai ada melukai hati mana-mana pihak.

ARTIKEL MENARIK:Warganet ragu ragu dengan Man Raja Lawak. Man dikatakan mahu jadi Hero sedekah ribuan ringgit dan ini tindakan mengejut yang diambil Man


“Pertama kali saya nak ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya atas isu baru-baru ini.“Sejujurnya tiada pun negatif komen yang saya terima. Terima kasih buat mereka yang menasihati saya.“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya sendiri ada melukai sesiapa dan bagi mereka yang ada melukai saya, saya dah maafkan. Saya faham tidak semua orang  faham mengenai isu ini.


“Bila isu itu terjadi, hidup saya tidak terkesan pun. Saya okay sahaja tiada pula nak sedih-sedih,” jelasnya.Fikry berkata demikian sewaktu ditemui di sesi pengambaran program Ratu Hijabista 2020 yang berlangsung di Sepang International Circuit baru-baru ini.

Ditanya mengapa dia tidak membuat video susulan di platform media sosial, Fikry punyai jawapannya yang tersendiri.“Ada yang tanya saya kenapa saya tidak buat video susulan kalau betul saya tak salah, bagi saya mengapa saya berkata sedemikian kepada media baru-baru ini sebab saya ada hak untuk bersuara apabila nama saya dibusukkan.

“Kemudian untuk saya balas dalam Instagram, ini bukan personal isu saya. Kalau personal isu mesti saya akan kongsikan di Instagram.“Sebenarnya saya hanya memperjuangkan hak saya dan ada beberapa orang yang lain. Dalam Islam pun ada mengajar kita supaya jangan buat perkara yang sia-sia.

“Kalau saya balas semula pun, saya rasa hal ini takkan habis sampai bila-bila.“Tujuan saya untuk menyampaikan perkara berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada seseorang atau mungkin kepada diri saya sendiri.


“Supaya selepas ini kalau kita ada buat sesuatu projek itu, kita buat dengan cara lebih profesional dan lebih berhemah jangan sampai kita menyusahkan orang lain,” katanya kepada MH.Dalam pada itu, pengacara program Ratu Hijabista 2020 itu turut berharap agar isu tidak dibiarkan berpanjangan

“Kepada si dia, kalau dia ada terasa dengan saya, saya minta maaf. Saya tiada masalah pun dengan dia tapi sama-sama kita boleh ambil pembelajaran.“Kalau kita jumpa di event, bertegur-tegurlah. Janganlah lari-lari.“Buat yang menyokong dan memberi nasihat, saya doakan kalian kekal sejahtera hingga ke akhir hayat dan terima kasih,” akhirinya. Saksikan episod terbaru Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Uyaina Arsyhad pada setiap Rabu pada jam 9.00 malam hanya di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).-mediahiburan

Michael Ang bidas Fikry Ibrahim sanggup ketepi tawarannya demi produksi lain hingga dilabel lupa asal usul jadi perbualan ramai. Dia buka mulut rungkai persoalan sungguh mengejutkan

Pengarah Michael Ang membidas pernyataan Fikry Ibrahim mengenai pernyataan menjejaskan reputasi dan kredibilinya sebagai pelakon. Menerusi akaun Instagramnya, Michael juga memberitahu perangai sebenar Fikry selepas aktor itu membuat kenyataan berkaitan dengan seorang pengarah dalam sebuah program hari ini. fikryibrahim Sila hadam Ini! meloditv3 boleh guna ni untuk response I! Semua orang tahu kalau aku nak berang dekat orang aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyi!


Loading...
loading...


“Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list pelakon yang I nak. Station yang nak walaupun I dah cakap kalau boleh I tak nak guna you selepas mengenali perangai you masa shoot Rahsia Hati Perempuan dan tahu apa you buat kat set Akasia. “Tapi station nak sangat I offer you. Kalau ikut logik bila you tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih dan pada 2 -3 orang yang dm aku nak defend idola you all. Sila tengok video ni dan hadamkan jugak! Luv u all stay safe,” tulisnya.


Menerusi video itu juga Michael turut menjelaskan mengenai pembayaran harga lakonan. “Alah Fikry cakap jelah nama aku. Aku kan orang tu, memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap virus FI tu kau ke? Kau bacalah tu ada ke orang teka kau? “Kalau korang semua nak tahu senang je, ya memang aku offer dia. Waktu aku offer dia, dia kata okay. Dia cuma cakap dia ada Keluarga Badon, 13 episod dan shot lebih kurang 10 hari je.

“Mungkin salah aku sebab aku tak deal harga. Tapi itu memang kebiasannya, tanyalah semua artis yang pernah kerja dengan aku. Kau pun pernah kerja dengan aku. Kau tanyalah manager kau tu. “Kadang-kadang bila dah masuk set baru aku deal harga tapi aku tak pernah kurang, aku tak pernah rasa ada artis yang kata aku bayar dorang kurang. Tu kisah sebenarnya.

“Dan kata aku berkata tak baik pada kau, aku berkata tak baik apa? Aku cakap dengan orang station yang kau mula-mula 10 hari lepas tu kau ada drama sebab itu kau tak nak buat. Jadi aku rasa macam tu. Tapi mereka ada tanya betul ke sebab tu? “Kemudian aku cakaplah mungkin bukan, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, you tak nak sebab dia adalah satu management yang you dulu pernah berada dalam tu. I cakap tu je. I kata mungkin, I tak kata ya ke tak,” jelasnya.


Michael Ang, Fikry Ibrahim apa dah jadi ni?

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menerusi Instagramnya membalas pengakuan yang dibuat pelakon, Fikry Ibrahim di dalam program Melodi TV3, tengah hari tadi. Michael dalam video yang dimuat naik itu meminta Fikry supaya tidak berselindung dan berterus terang jika benar ada masalah atau mempunyai urusan dengannya. “Tak payah nak Mukmin Mukmin (nama samaran yang disebut Fikry dalam Melodi). Cakap saja nama saya dan memang saya pun.

“Yang awak terasa bila saya sebut mengenai Virus FI itu, kenapa? Awak ke? Tak ada satu pun orang yang teka atau sebut nama awak,” katanya. Menjelaskan mengenai pengakuan Fikry yang mengatakan bahawa reputasinya terjejas, Michael berkata, dia tidak pernah mmengatakan bahawa Fikry berkata tak benar dengan menerima tawaran lain. “Bila cakap saya berkata tak baik awak, saya berkata apa? Saya beritahu orang stesen TV yang awalnya 10 hari (penggambaran lain) dan kemudian awak ada Keluarga Baha Don dan sebab itu tak mahu buat (drama Michael).

“Mereka (stesen) tanya, pastikah itu sebabnya? Jadi saya cakap, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, jadi mungkin awak tak mahu sebab dia dari bekas syarikat pengurusan awak. Saya cakap itu saja. Saya cakap mungkin, bukan ya atau tidak,” katanya. Tambahnya, dia juga ada menerima panggilan daripada Fikry, namun terpaksa ditolak kerana masih dalam mesyuarat ketika itu.

“Ada saya cakap awak berkata tak benar, ambil tawaran lain dan tolak tawaran saya di saat akhir? Saya tak cakap begitu. “Ya, semasa awak hubungi saya kali pertama, saya hantar mesej kata akan hubungi semula sebab ketika itu saya sibuk dalam mesyuarat. “Tapi, saya tak hubungi semula sebab tak penting. Dah tak boleh buat, tak boleh buatlah,” katanya. Bercakap mengenai persetujuan bayaran, Michael berkata, sudah menjadi kebiasaan buatnya untuk tidak berbincang mengenai bayaran di peringkat awal.

“Mungkin silap saya, tak persetujui harga, tapi itu memang kebiasaan. Tanyalah artis-artis yang pernah bekerja dengan saya dan awak pun pernah kan, jadi tanyalah pengurus awak yang duhulu. “Kadang-kadang, bila dah masuk set baru kita persetujui harga. Saya memang begitu, tapi tak pernah ada masalah pembayaran. Saya rasa, tak pernah pun ada artis cakap saya bayar mereka kurang,” katanya. Michael ketika dihubungi juga berkata, dia tidak pernah menggunakan kontrak kerana bekerja atas dasar kepercayaan. “Tanyalah mana-mana pelakon yang pernah bekerja dengan saya. Saya tak pernah tandatangan kontrak atau apa. Kalau setuju, ‘jalan’,” katanya kepada Harian Metro. Tambahnya, pihaknya juga tidak mewujudkan sebarang kumpulan WhatsApp seperti yang disebut oleh Fikry.-ctto

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post