Tular roti canai ular. Mufti Kelantan beri kenyataan sama ada sah boleh dimakan mahupun tidak

Tular roti canai ular. Mufti Kelantan beri kenyataan sama ada sah boleh dimakan mahupun tidak

Tahap kreativiti orang Kelantan nampaknya semakin tinggi apabila membuat satu lagi masakan yang unik. Kali ini seorang pemilik kedai makan di Kampung Kubur Muda, Kota Bharu telah memperkenalkan roti canai ular untuk korang nikmati.

Tular roti canai ular. Mufti Kelantan beri kenyataan sama ada sah boleh dimakan mahupun tidak
Tular roti canai ular. Mufti Kelantan beri kenyataan sama ada sah boleh dimakan mahupun tidak

Kalau korang pergi bercuti atau jalan-jalan cari makan ke Kota Bharu, Kelantan bolehlah cari cuba rasa hidangan sarapan pagi ‘Roti Canai Ular‘ yang special ini kerana bentuknya sebijik macam ular. Memang luar biasa dan rare tak pernah dibuat orang.

ARTIKEL MENARIK:Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dalam Perjalanan Jadi Imam & Mengajar Al-Quran.


Sejak seminggu lalu makanan yang diperkenalkan oleh pemilik kedai makan iaitu Che Harun Ali yang berusia 45 tahun telah menjadi tular dan hot diperkatakan. Sebenarnya tak ada ular yang dimasukkan dalam tepung malah, kulit ular pun tak ada. Che Harun sebenarnya cuma mengadun tepung gandum  dicampur dengan perisa lain sehingga menjadi bentuk ular sawa yang seolah-olah sedang menyusur.

Roti canai memang dah jadi makanan pilihan rakyat Malaysia terutama di kedai mamak tetapi  tetapi apa salahnya untuk kita cuba style baru dan unik untuk membuat roti canai kerana pelanggan tentunya tak sabar untuk merasa roti canai ular yang rare ini. Che Harun yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun menebar roti canai boleh dianggap sebagai sifu roti canai.

Sebenarnya beliau sudah membuat roti canai ular sejak tahun lalu tetapi dijual di gerainya di daerah Tumpat sebelum beliau berpindah ke Kota Bharu. Che Harun telah menjalankan perniagaannya di lokasi sekarang sejak empat bulan lalu. Menurutnya setiap hari roti canai yang dihasilkan di gerai beliau hampir 10 kilogram tepung gandum digunakan. “SEJAK SEMINGGU LALU, ADA PELANGGAN YANG MENGAMBIL GAMBAR DAN VIDEO CARA SAYA MENGHASILKAN ROTI CANAI ULAR INI DAN BERMULA DARI ITULAH IA MULAI TULAR MENYEBABKAN GERAI KECIL SAYA INI DIKUNJUNGI PELANGGAN BERTALI ARUS. Ramai yang sebelum ini tak tau lokasi gerai ini kerana  lokasinya yang terletak agak ke dalam dari jalan utama menyebabkan menu Roti Canai Ular tidak terkenal sehingga akhir-akhir ini walaupun sudah lama menu sarapan pagi ini diperkenalkan.

Perisa Roti Canai Ular

Che Harun memperkenalkan pebagai inti perisa roti canai ular iaitu planta dan susu pekat, kaya,milo, keju, dan nestum dengan harga antara RM1.50 hingga RM3. Tentu ramai yang nak tahu dari mana datangnya idea membuat roti canai ular ini. Beliau berkata, idea itu datang secara tiba-tiba di mana pada mulanya dia hanya menebar adunan roti canai dan terus membentuk seperti ular dan untuk dimakan sendiri sahaja.

“MASA NAK MAKAN, ADA PELANGGAN YANG NAMPAK DAN BERI CADANGAN UNTUK SAYA TERUS BUAT ROTI CANAI BENTUK NI DAN SAYA CUBA PERELOKKAN SEDIKIT RUPANYA SAMPAI JADI SEPERTI SEKARANG” Che Harun juga mengakui ada juga pelanggan yang tak sanggup nak makan roti canai ular ini kerana g3li atau kembang tekak dan beliau tukarkan bentuk roti canai itu kepada bentuk  bulat dan empat segi.Che Harun menjalankan perniagaan di gerai ini bersama isterinya yang tercinta, Che Nor Azlina Husin, 39.

Ramai pelanggan yang datang ke sini setelah menonton video yang tular sejak semalam dan mereka datang untuk mencuba makanan sarapan pagi ini. Rasanya memang sedap, garing serta macam-macam perisa dan yang lebih menarik lagi ia mempunyai bentuk seperti ular. Meskipun ular adalah haiwan reptilia yang ditakuti tapi ia menjadi comel bila dibentukkan dalam adunan roti canai. Mungkin ada lagi idea lain yang boleh dicuba selepas ini dan  menarik minat semua pelanggan tak kira tua adat muda.

PANDANGAN MUFTI KELANTAN TENTANG HUKUM MAKAN ROTI CANAI ULAR

Beliau ketika mengulas pertanyaan yang dikemukakan kepadanya mengenai hukum untuk memakan roti canai berbentuk ular kepada Bernama yang kini menjadi tular di facebook dan WhatsApp sejak akhir-akhir ini.“KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, BAHAWA KANDUNGAN ROTI CANAI ITU HANYALAH TEPUNG GANDUM SAHAJA DAN IA DATANG DARIPADA SUMBER YANG HALAL. JADI TIDAK TIMBUL SEKALIPUN ISU HARAM JIKA MEMAKAN ROTI CANAI BERBENTUK ULAR.

“BAGAIMANAPUN, HUKUM MEMAKAN ULAR TETAP HARAM KERANA IA MENGANDUNGI BISA YANG AKAN MEMUDARATKAN MANUSIA NAMUN ROTI CANAI ULAR INI CUMA MENYERUPAI BENTUK SAHAJA, BUKAN KANDUNGANNYA YANG MEMUDARATKAN MANUSIA,” KATANYA. Mufti Kelantan, Dato Mohamad Shukri bin Mohamad, turut mengingatkan umat Islam supaya jangan ada unsur mempers3ndakan agama ketika makan roti canai ular.

“Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan alk0h00l adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam. “Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif,” katanya. Ramai pelanggan yang datang gerai Cik Harun setelah menonton video yang tular sejak semalam dan mereka datang untuk mencuba makanan sarapan pagi roti canai ular ini.-hcl


Loading...
loading...


Lawat Potret ‘Tiga Panglima’, Dr Noor Hisham Terharu & Dapat Rasa Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berpeluang meluangkan masa hujung minggu dengan melawat ke tempat ‘memorial’ dirinya sendiri. Pada hari ini, beliau berkesempatan singgah ke kawasan dinding mural yang terpapar lukisan potret wajahnya sendiri. Justeru, beliau turut bergambar dengan mural tersebut dan memuat naik fotonya ke Facebook hari ini.Saya berada di sini (U12 Shah Alam) pagi ini dan saya dapat merasai semangat patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelukis berbakat yang cemerlang dengan kemahiran serta karya seni mereka yang luar biasa. Ia menunjukkan bahawa setiap orang ada peranannya masing-masing ketika kr1sis pandemik ini dan menyahut cabaran dengan lukisan mural yang sangat hebat ini.Mengimbas kembali, lukisan mural tersebut merupakan hasil tangan seorang anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali yang telah pun memulakan projek tersebut sebelum ini. Di dinding tersebut, bukan sahaja ada wajahnya sendiri, malah turut dilukis juga potret Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.-hcl

Lagi Anak Malaysia Diiktiraf Dunia, Dr. Masliza Mahmod Dilantik Jadi Profesor Perubatan Kardiovaskular Universiti Oxford

Melalui perkongsian Dato’ Sri Noor Hisham di laman Twitter, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr. Masliza Mahmad diatas pencapaianya menjadi Profesor Madya Perubatan Kardiovaskular di universiti terbaik di dunia. Menurut Dr Noor Hisham, Dr Masliza sememangnya seorang ahli kardioligi yang cemerlang. Disebalik kesukaran dan cabaran yang dihadapi, kegigihan, semangat dan minat yang mendalam terhadap penyelidikan klinikal menjadikannya penyelidik yang sering menjadi rujukan perubatan.

Kejayaan Dr Masliza Mahmod menempah nama di Universiti Oxfard, salah satu universiti terbaik di dunia ini merupakan pencapaian yang membanggakan. Nama Dr. Masliza Mahmod telah mendapat perhatian dari universiti tersebut kerana kejayaan beliau yang mengharumkan nama institusi melalui penyelidikan dalam bidang kardiovaskular.Terdahulu, Dr Masliza Mahmod berjaya mendapat Anugerah Pensyarah Penyelidikan dari universiti yang sama dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama mendapat anugerah menerusi bidang kardiovaskular.-ctto

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post