Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam: Muhyiddin. Siapa kata saya lelong aset TH: Mujahid

Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam: Muhyiddin. Siapa kata saya lelong aset TH: Mujahid

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam: Muhyiddin. Siapa kata saya lelong aset TH: Mujahid

Beliau berkata, kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.

ARTIKEL MENARIK:Syed Saddiq Bangun Cuba Nak Mencelah Tun M. Sekali Noh Omar Persenda, Ayat Dia Buat Ramai P4nas Hati



“Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) yang bertanya mengenai kedudukan aset terkini Tabung Haji serta adakah kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset TH dan membiarkan TH dikuasai oleh orang bukan Islam. – Bernama


Loading...
loading...


Siapa kata saya lelong aset TH: Mujahid

SHAH ALAM – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyangkal tuduhan bahawa beliau melelong aset Lembaga Tabung Haji (TH) ketika memegang jawatan itu.

Beliau berkata, buktinya ialah TH menerusi kenyataannya hari ini mengumumkan pendapatan pelaburan sebanyak RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama 2020 dan turut disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Kenyataan TH turut menyebut bahawa pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari sehingga 30 Jun 2020.

Menurut Dr Mujahid, ketika beliau mengambil alih jawatan menteri dua tahun lalu, defisit TH berjumlah RM10 bilion.

Katanya, hasil pakej pemulihan pada penghujung 2018 berjaya menutup defisit dengan lebihan RM1 bilion.

“Melalui lebihan itu TH mampu membayar hibah sebanyak 1.25 peratus kepada pendepositnya manakala pada 2019 pula lebihan sebanyak RM2.3 bilion dengan bayaran hibah sebanyak 3.05 peratus.

“Suku pertama 2020 pula lebihan sebanyak RM1.86 bilion dan Insya-ALLAH bayaran hibahnya lebih baik. Siapa kata saya lelong aset TH,” soalnya menerusi Twitter beliau hari ini.

SH via trendingkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post