Selalu brtekak kat rumah. Mengejutkan lepas 11 thn bersama tiba tiba Izzue dedahkan perangai sebenar Awin. Dalam diam rupa rupanya ini sikap sebenar Awin yang ramai tak tahu.

Selalu brtekak kat rumah. Mengejutkan lepas 11 thn bersama tiba tiba Izzue dedahkan perangai sebenar Awin. Dalam diam rupa rupanya ini sikap sebenar Awin yang ramai tak tahu.

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada melayangkan dedikasi terindah buat permaisuri hatinya, Nurinafilah Waharudin bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh bulan lalu.

Selalu brtekak kat rumah. Mengejutkan lepas 11 thn bersama tiba tiba Izzue dedahkan perangai sebenar Awin. Dalam diam rupa rupanya ini sikap sebenar Awin yang ramai tak tahu.

Lebih 11 tahun saling mengenali, bintang asal Kelantan itu turut mendedahkan perangai sebenar keduanya dalam melayari alam rumah tangga.

ARTIKEL MENARIK:Selepas 4 Tahun Baru Ada Perkembangan Terbaru. Hetty Sarlene Dedahkan Dirinya Sekarang Dan Mengejutkan Ia Meraih Perhatian Warganet


“Kami selalu gduh, bertekak, nanges, acah2 merajuk konon tak mau bercakap tapi tak sampai 5 minit boleh borak gelak2 macam xda pape berlaku. “Tak terasa pon dah lebih 11tahun kita kenal. Semoga hubungan ini selalu ada dan hidup sampai syurga.

“Happy Anniversary & Terima Kasih Sayang @awinnurin,” tulis Izzue sambut dihujani dengan ucapan tahniah serta selamat hari jadi di ruangan komen. Merakam kembali memori, Izzue mendirikan rumah tangga bersama wanita yang mesra disapa Awin itu pada 2 Jun 2013 dengan sekali lafaz.

Pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata. Mereka bagaimanapun sebelum ini pernah memberitahu akan terus berdoa dan ikhtiar demi mendapatkan zuriat. Sementara itu menerusi platform sama, Awin turut memberikan ucapan sama buat suami tercinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

sumber: MH

Izzue Islam ambil anak angkat?

“KANAK-KANAK comel dalam gambar itu bukan anak angkat saya,” kata penyanyi dan pelakon Izzue Islam menjawab pertanyaan warganet mengenai gambar dirinya bersama kanak-kanak comel yang dimuat naik di Instagram semalam.

Menurut Izzue, dia belum terfikir untuk mengambil anak angkat buat masa ini meskipun sukakan kanak-kanak. “Nama kanak-kanak itu ialah Mikeyla. Dia anak kepada kenalan saya yang turut sama ikut rombongan ke Jepun. “Saya dan isteri belum lagi terfikir untuk mengambil anak angkat walaupun ada yang menganggap rezeki akan datang selepas itu.

“Lagipun saya sekarang sibuk dengan kerja. Banyak komitmen yang perlu saya buat termasuk menguruskan perniagaan Lookalike,” katanya. Izzue yang kini berbulan madu di Jepun dan mengikuti rombongan Okayama Health Tourism berkata, dia dan isteri sentiasa berusaha dan berikhtiar supaya dikurniakan zuriat satu hari nanti.

“Siapa yang tidak mahu menimang cahaya mata. Saya dan Awin memang tak sabar nak ada cahaya mata tapi belum rezeki. “Insya-Allah masa itu akan tiba nanti. Saya tidak pernah rasa sedih atau kecewa pun sebaliknya okey dengan kehidupan ini,” katanya. Terdahulu terdapat pengikut yang tinggalkan komen pada gambar Izzue bersama seorang kanak-kanak yang bertanya adakah Izzue mengambil anak angkat.


Loading...
loading...


Izzue tak terganggu dikait soal anak

PELAKON Izzue Islam mengaku emosinya tidak terganggu apabila watak Faizul lakonannya dikaitkan warganet dengan kehidupan peribadi yang hingga kini belum dikurniakan cahaya mata. Izzue yang menjadi perhatian menerusi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di TV3 berkata, ketika menjalani penggambaran drama itu dia tidak berdepan situasi sukar, malah berusaha menjayakan dengan sebaik mungkin.

  “Saya okey saja sebab masa menjayakan babak itu untuk episod 10 yang disiarkan semalam, saya sudah terlebih duhulu membaca skrip dan mengetahui lebih awal mengenainya. “Memang babak terbabit berkait rapat dengan kehidupan sebenar saya dan lebih mudah untuk dibawakan. Saya tiada sebarang isu dan menganggap tiada zuriat lagi kerana belum rezeki.

 “Walaupun sedih tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sama macam apa yang dipaparkan dalam episod drama itu,” katanya. Menurut Izzue, dia bersyukur apabila drama bersiri 13 episod itu mendapat sambutan baik penonton di televisyen dan laman YouTube TV3 Malaysia Official.

 “Alhamdulillah, rata-rata penonton memberikan komen yang positif dan suka dengan jalan cerita dalam drama itu. Cuma mereka sedih apabila drama ini berbaki tiga episod saja lagi. “Tak sangka drama ini mendapat maklum balas yang baik. Antaranya, ada yang memuji keserasian saya dengan pelakon  Elisya Sandha. Meskipun tidak ada babak bersentuhan, tapi kami berjaya mencipta  momen romantis sebaik mungkin,”katanya.   Dalam perkembangan lain, Izzue kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Biar.

Mengharap zuriat 2020

TAHUN 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bagi pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam, dia menganggap tahun ini cukup gemilang buat dirinya. Izzue berkata, banyak perkara sudah dicapai dan dia bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan Ilahi.

Namun, di sebalik kejayaan karier yang dilakar, ada satu perkara yang belum dicapai dalam hidupnya iaitu mendapatkan anak. “Tahun yang hampir lengkap dalam hidup saya. Banyak perkara yang saya dapat capai terutama dalam kerjaya seni.

“Bukan saja dapat bergelar pelakon dan penyanyi, tapi diberikan ruang untuk mencuba nasib dalam bidang penyampaian radio serta pengacaraan. “Jujur semuanya hampir lengkap tapi ada satu impian yang belum dicapai iaitu anak. Saya pernah katakan dulu menjelang 2020 saya nak sambut tahun baru bertiga, tapi impian itu belum dapat dicapai.

“Saya positif dan bersyukur dengan setiap ketentuan Ilahi. Saya anggap belum rezeki saya dan isteri untuk menimang cahaya mata,” katanya. Izzue berharap 2020 bakal memberi khabar gembira buat dirinya dan isteri agar dikurniakan cahaya mata.

“Harap tahun depan dapat timang cahaya mata dan menunaikan umrah. Doakan segala urusan saya dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik,”katanya. Ditanya mengenai pembabitannya dalam industri seni yang dikatakan merebut semua rezeki yang datang hingga tiada nilai eksklusif, Izzue berkata, dia sukar menolak rezeki yang datang.

“Saya tidak mahu tolak rezeki. Sekarang masa mencari pengalaman dan tambah ilmu. Saya memang suka bekerja dan tidak kisah penat. “Saya nak orang gembira dengan apa yang saya lakukan. Semua ini saya buat untuk diri saya pada kemudian hari. “Saya tak tahu berapa lama lagi bakal berada dalam industri seni. Jadi setiap peluang yang datang saya manfaatkan sebaik mungkin dan pastikan ia disampaikan dengan baik,” katanya.

Berbulan madu di Okayama

Izzue juga teruja apabila berpeluang bercuti ke Okayama, Jepun, baru-baru ini. Izzue berkata, dia begitu teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu buat kali pertama. Lebih istimewa, impiannya untuk berbulan madu bersama isteri, Awin di Jepun akhirnya tercapai.

“Alhamdulillah, impian membawa isteri berbulan madu di Jepun menjadi kenyataan selepas enam tahun kami melayari bahtera perkahwinan. “Walaupun agak terlewat, kami bersyukur dapat juga menjejakkan kaki di sana. Dapatlah kami berehat sambil meluangkan masa bersama-sama.

Menurut Izzue, sepanjang lima hari berada di Jepun bermula 22 hingga 26 November lalu, dia berpeluang membawa isterinya bersiar-siar di bandar Osaka, Kyoto dan Okayama. “Percutian kali ini kami bersama pihak Okayama Health Tourism. Mereka bawa kami melawat beberapa tempat menarik sekitar Okayama.

“Ini percutian yang indah buat kami berdua kerana dapat mengenali budaya Jepun dan melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana,” katanya. Ditanya apakah momen paling diingati, Izzue berkata, pengalaman ketika mempelajari cara membuat sushi antara yang tidak dapat dilupakan.

“Boleh dikatakan semuanya menarik sebab ini pengalaman pertama saya ke Jepun. Tempatnya cantik, persekitaran yang berlainan dengan tempat kita dan berpeluang belajar buat serta makan sushi. “Malah saya juga ambil peluang belajar bertutur bahasa Jepun. Memang pengalaman yang sangat bermakna,” katanya.

Katanya, antara tempat yang dilawati adalah Okayama Korakuen, Okayama Castle, Kanba Falls dan banyak lagi. Dalam perkembangan lain, Izzue bakal membintangi drama bersiri 13 episod di TV3 berjudul Nasi Kerabu Untuk Che Abe. “Saya bawa watak Faizul iaitu jejaka dari Kelantan. Saya bergandingan dengan Elisha Sandha. “Selain itu, saya juga bakal lancarkan single duet terbaharu bersama seorang penyanyi berbangsa Cina. Siapakah dia, tunggu saja nanti,” katanya.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post