Isu raya haji yang tak lama lagi berlangsung. Mufti akhirnya jelaskan tentang SOP pada hari tersebut dan mengejutkan satuaktiviti ini tidak dibenarkan

Isu raya haji yang tak lama lagi berlangsung. Mufti akhirnya jelaskan tentang SOP pada hari tersebut dan mengejutkan satuaktiviti ini tidak dibenarkan

Jabatan Mufti Melaka tidak benarkan mereka yang layak menerima daging mengambil daging di masjid atau rumah tempat pengambilan haiwan tersebut.

Isu raya haji yang tak lama lagi berlangsung. Mufti akhirnya jelaskan tentang SOP pada hari tersebut dan mengejutkan satuaktiviti ini tidak dibenarkan

Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan petugas dikehendaki menghantar daging ke rumah penerima sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu bagi mengelak penularan COVID-19.

ARTIKEL MENARIK:KKM umumkan 4 kluster baharu. Mengejutkan Najib muncul beri pendapat mahu arahan ini disemak serta merta


Sehubungan itu, pengagihan kupon kepada penerima daging seperti yang dipraktikkan sebelum ini dimansvhkan, sebaliknya AJK masjid dan petugas harus memikul tanggungjawab mengagihkan daging secara terus ke rumah penerima, terutama fakir miskin.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, jabatan itu berkata, aktiviti yang berkaitan dengan daging serta tulang haiwan harus mengutamakan aspek penjarakkan sosial dan mengelak daripada dilakukan di lokasi sempit. “Penganjur harus memastikan bilangan petugas sesuai dengan haiwan bagi memelihara kebajikan haiwan ketika dikrbankan dan penymblhan serta agihan daging harus mematuhi panduan syarak dan matlamat ,” kata kenyataan itu.

Jabatan itu berkata, aktiviti ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh dibuat di masjid dan surau serta kawasan persendirian dengan syarat mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga harus memperoleh kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), selain sudah dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.Selain itu, penymblihan juga boleh dilakukan di Rumah khas (Abatoir) DVS Jasin dan Kompleks Abatoir Alor Gajah.

Aktiviti juga dibenarkan dibuat di Rumah Ruminan Swasta yang dilesenkan DVS di Bukit Tembakau, Umbai dan Sungai Putat, Batu Berendam, di sini. Bilangan petugas yang dibenarkan hadir ketika aktiviti pnymblhn lembu dan kerbau hanyalah 10 orang manakala untuk kambing hanya empat orang bagi memastikan jarak sosial sentiasa dipatuhi, selain mengelakkan kehadiran terlalu ramai orang di tempat kejadian.

Petugas harus dipastikan sihat, tiada gejala wabak COVID-19, bukan penghidap penyakit kr0nik, bukan kanak-kanak bawah 12 tahun dan bukan orang sedang dalam siasatan (PUI) serta bukan orang sedang dalam pengawasan (PUS) berkaitan wabak berkenaan.-rencah

TERKINI: SOP Hari Raya Haji Kekal Untuk Raya Pertama Sahaja Dengan Jumlah 20 Orang Maksimum

Kerajaan mengumumkan bahawa sambutan hari raya Aidiladha di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masih kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sama seperti sambutan Aidilfitri lalu.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP sambutan hari raya Aidiladha adalah pada hari raya pertama sahaja dengan jumlah maksimum ziarah raya seramai 20 orang di dalam rumah pada satu-satu masa.

”Kebenaran untuk menyambut hari raya adalah hari pertama dengan SOP 20 orang, hari raya pertama sahaja dibenarkan. Jadi selepas itu, tidak ada lagi lah sambutan hari raya,” kata beliau. Jelas beliau, walaupun ramai yang akan pulang ke kampung dan melawat saudara-mara, SOP asas iaitu penjarakkan sosial, mencuci tangan dengan kerap dan memakai topeng muka perlu diamalkan.

”Walau bagaimanapun, saya tahu yang balik ke kampung akan berada di rumah masing-masing, rumah ibu bapa melawat, mungkin pergi ke rumah saudara-mara dan sebagainya.”Tetapi SOP asas kita tetap kekal iaitu penjarakkan sosial, mencuci tangan dengan sabun, sentiasa memakai topeng muka dan oleh kerana penjarakkan sosial, cubalah kalau di rumah yang kecil tentulah mungkin kurang daripada jumlah yang kita pernah benarkan dulu.  ”Kalau boleh, tak perlu lah ramai dalam satu rumah, kerana seperti saya katakan tadi lebih ramai yang berada di dalam rumah dengan keadaan tertutup dan sebagainya, ianya lebih membah4yakan,” kata beliau.-siakapkeli


Loading...
loading...


RISDA sedia geran RM40 juta untuk usahawan

JEMPOL: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah( RISDA) memperuntukkan geran RM40 juta pada tahun ini menerusi projek aktiviti ekonomi tambahan terutama kepada usahawan muda. Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Sharif, berkata menerusi geran itu, setiap pemohon layak memohon geran berjumlah RM20,000.

Katanya geran berkenaan boleh digunakan bagi aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama dalam bidang makanan.”Kebergantungan terhadap hasil getah yang rendah ketika ini berbanding harga sawit tidak mencukupi untuk pekebun kecil. Oleh itu RISDA menggalakkan anak muda dari keluarga berkenaan berkecimpung dalam perniagaan.

“Mereka boleh menjadi pengeluar makanan mentah namun kekangan untuk membeli peralatan menyebabkan hasrat itu terbantut dan mereka ini boleh memohon geran berkenaan. “Mereka yang terbabit dalam bidang ternakan juga boleh memohon geran yang disediakan RISDA ini,” katanya.Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan keperluan makanan kepada 90 peneroka FELCRA Rompin B di sini, semalam.

Mohd Salim berkata sekiranya bidang perniagaan dijalankan berjaya serta mempunyai nilai tambah dan berdaya saing, mereka boleh memohon geran tambahan berjumlah RM50,000.Justeru beliau berharap golongan muda mengambil kesempatan menerusi projek aktiviti ekonomi tambahan bagi memastikan kehidupan lebih selesa menerusi bidang perniagaan.

Katanya, permohonan geran tidak hanya terhad kepada perniagaan makanan semata-mata.Dalam perkembangan lain, Mohd Salim yang juga Ahli Parlimen Jempol mahu FELCRA menyelesaikan kelewatan pembayaran sara hidup RM500 sebulan kepada 90 peneroka FELCRA Rompin B.Katanya, masalah berkenaan sudah berlarutan sehingga tujuh bulan membabitkan bantuan berjumlah RM3,500 bagi setiap peneroka.-siakapkeli

COVID-19: Bilangan pensampelan ujian saringan Malaysia setanding Korea Selatan

PUTRAJAYA: Bilangan pensampelan ujian saringan COVID-19 di negara ini setanding dengan Korea Selatan, iaitu 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pensampelan ujian saringan dilakukan Korea Selatan ialah 26.29 bagi setiap 1,000 populasi.

Beliau berkata, walaupun kapasiti makmal untuk pensampelan di negara ini sudah bertambah, iaitu 37,000 sampel sehari, kadar positif COVID-19 hanya 1.05 peratus.”Ini bermakna hampir 99 peratus keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di Malaysia adalah negatif.”Secara terperinci, pihak kementerian sudah menjalankan 1,577,417 ujian (Rapid Test Kit Antigen dan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) kerana ada individu yang perlu melalui saringan ulangan,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bilangan harian kes COVID-19 menunjukkan angka rendah sejak kebelakangan ini tetapi bagi memastikan penularan dalam komuniti terus dipantau, pihaknya mempergiatkan aktiviti survelan.”Secara kumulatif, kementerian telah melaporkan 129 kes COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan klinikal.

“Ia membabitkan 15 kes atau 0.47 peratus dikesan positif daripada 3,174 pensampelan Penyakit Seperti Influenza (ILI); Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) pula 85 (0.39 peratus) daripada 21,544 pensampelan; selain prapembedahan 29 (0.04 peratus) daripada 66,081 pensampelan,” katanya.-siakapkeli

Pelitup muka hanya wajib kepada pelajar bergejala

BERA: Hanya pelajar yang bergejala seperti demam dan batuk saja diwajibkan memakai pelitup muka di sekolah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berharap orang awam tidak lagi keliru dengan ketetapan itu kerana sejak awal lagi, kerajaan tidak mewajibkan pelajar memakai pelitup muka apabila berada dalam kawasan sekolah.

“Isu pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah sepatutnya tidak lagi timbul lagi dan boleh dianggap sudah selesai. Sebelum ini (keputusan) sudah jelas, tidak ada istilah pelajar sekolah wajib memakai pelitup muka, kecuali pelajar yang bergejala seperti demam dan batuk saja,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Keusahawanan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Dalam Mendepani Cabaran Norma Baharu di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting dan Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz. Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa yang menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan melonggarkan peraturan pelajar sekolah tidak diwajibkan memakai pelitup muka di sekolah.

Ibu bapa menyifatkan kelonggaran itu terlalu awal selain mendakwa ia bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang menggalakkan pemakaian pelitup muka di khalayak ramai.Garis Panduan Kementerian Pendidikan menetapkan pihak sekolah perlu menyediakan sabun atau cecair nyhkuman serta melakukan saringan gejala dan suhu badan pelajar atau orang awam yang memasuki sekolah.

Sementara itu katanya, usahawan AIM perlu bangkit semula dalam perniagaan mereka walaupun aktiviti ekonomi terhenti selama empat bulan lalu akibat penularan COVID-19.Katanya, usahawan AIM juga wajar bersyukur apabila kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan pakej rangsangan bagi membantu mengekalkan perusahaan serta perniagaan.-bh

via Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post