Isu pembukaan sekolah agama serta madrasah dan tahfiz. Dr Zulkifli maklumkan tarikh pembukaan rasmi bagi pusat pengajian tersebut

Isu pembukaan sekolah agama serta madrasah dan tahfiz. Dr Zulkifli maklumkan tarikh pembukaan rasmi bagi pusat pengajian tersebut

KUALA LUMPUR: Semua sekolah agama dan madrasah tahfiz berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta kerajaan negeri, dibenarkan beroperasi semula mulai 15 Julai ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata sekolah agama dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar bagaimanapun perlu merujuk pihak kerajaan negeri sebelum memulakan operasi.

Isu pembukaan sekolah agama serta madrasah dan tahfiz. Dr Zulkifli maklumkan tarikh pembukaan rasmi bagi pusat pengajian tersebut
Isu pembukaan sekolah agama serta madrasah dan tahfiz. Dr Zulkifli maklumkan tarikh pembukaan rasmi bagi pusat pengajian tersebut

“Semuanya (juga perlu) tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikemukakan KPM supaya kita dapat menamatkan rantaian COVID-19. “Ia termasuk madrasah berdaftar bawah KPM boleh beroperasi semula. Namun jika tidak berdaftar, mereka perlu memohon kepada kerajaan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), di sini, hari ini. Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan memberi latihan berterusan kepada pegawai dan kakitangan MSWP yang bersesuaian dengan normal baharu bagi meningkatkan kompetensi mereka.

ARTIKEL MENARIK:Isu H1N1. DVS dedahkan sama ada ia boleh dijangkiti oleh manusia atau tidak dan diharap semua rakyat ambil berat akan isu ini


“MSWP juga perlu lebih cekap dan pantas dalam urus tadbir. Selain itu, penambahbaikan terhadap sistem Sifar Kes Tertunggak (SiKeT) akan dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan kes tertunggak,” katanya. Dalam lawatannya ke MSWP, Zulkifli meluangkan masa lebih dua jam bagi melihat sendiri perjalanan operasi mahkamah itu. – BERNAMA

Tak sangka majlis kahwin pandu lalu jadi tular

KLUANG: “Niat kami hanya untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, selain menjayakan majlis yang sudah beberapa kali tertangguh,” kata Norazura Mohd Ali,36. Norazura berkata demikian ketika mengulas tentang majlis perkahwinan bersama jejaka pilihannya, Agus Santoso Sidik, 28, yang tular sejak awal minggu ini apabila diadakan secara pandu lalu untuk tetamu yang datang meraikan. Beliau berkata, pada mulanya adik beradiknya mencadangkan supaya majlis diadakan secara mengagihkan makanan dalam bungkusan kepada jiran serta rakan taulan serta saudara terdekat. “Namun saya dan suami tidak setuju kerana memikirkan banyak kerja perlu dilakukan untuk mengagihkan makanan, selain mengenangkan ramai rakan-rakan dan saudara mara mahu datang sendiri melihat kami berdua di majlis berkenaan.

“Bagaimana pun, selepas melihat video ditularkan sebuah perunding perkahwinan di Kluang, mengenai majlis perkahwinan secara pandu lalu, kami bercadang mengguna konsep itu kerana dirasakan sesuai, selain tidak mel4nggar sebarang SOP penganjuran majlis keramaian,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rumah Murah Jalan Sawi dekat sini hari ini. Norazura berkata, pada mulanya semua ahli keluarga termasuk ibu, Khatijah Awang, 66, membantah niat mereka berdua, namun selepas perbincangan selain mendapat kelulusan polis, akhirnya perancangan itu dapat dilakukan. “Berikutan itu, pelbagai perancangan awal dilakukan untuk menyusun atur perjalanan majlis dengan menampal catatan bahawa majlis kami menggunakan konsep pandu lalu pada kad jemputan.

“Selain itu, kami turut meletakkan pusat hentian untuk pemeriksaan suhu badan serta pendaftaran kehadiran, tempat agihan makanan dan yang terakhir berswafoto dengan pengantin, hanya dari dalam kereta,” katanya. Norazura berkata, mereka bernikah di Pejabat Agama daerah Kluang pada 23 Jun sebelum melangsungkan majlis resepsi itu pada 27 Jun selepas lebih setahun menjalankan hubungan, tidak menyangka ia menjadi tular selepas dimuat naik dalam laman sosial oleh jurugambar. “Walaupun ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mengecam penganjuran majlis kami. Namun saya tetap bersyukur kerana ia berlangsung dengan jayanya, selain mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,”katanya.-bh

Perincian Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai

PUTRAJAYA: Pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dapat melihat perincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diterima bagi April, Mei dan Jun, dalam Penyata Terperinci yang akan dikeluarkan bulan ini. Syarikat utiliti itu dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Penyata Terperinci itu akan diterima pelanggan bersama bil Julai dalam tempoh tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat. Kenyataan itu menyebut, pelanggan domestik juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil itu melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman.

“Pembaca meter TNB akan melakukan bacaan bulan Julai di premis pelanggan mulai 3 Julai ini dan pelanggan akan diberi Notis Makluman bahawa pembacaan telah dilakukan. “Pada 20 Jun 2020, kerajaan bersama TNB mengumumkan pemberian BPE sebagai pakej bantuan tambahan kepada semua 7.66 juta pelanggan domestik melalui pembiayaan penggunaan elektrik percuma hingga RM231 untuk tempoh tiga bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu April, Mei dan Jun 2020. “Bantuan ini akan dinyatakan dalam bil bacaan sebenar,” kata kenyataan itu. Pada masa sama, kenyataan itu menyebut, pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 hingga 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun 10 peratus iaitu tambahan 8 peratus daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2 peratus bermula April 2020 hingga September 2020. Ia juga menyatakan sebarang pertanyaan lanjut mengenai bil, boleh diajukan pada talian TNB CareLine 1-300-88-5454 atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga berhampiran.-bh


Loading...
loading...


MySejahtera dibangunkan syarikat tempatan

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh syarikat tempatan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), bukannya syarikat asing seperti didakwa sesetengah pihak. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini berkata, KPISoft Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi itu ialah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada 2010. KPISoft Sdn Bhd ialah syarikat tempatan berstatus MSC, diasaskan dua rakyat tempatan, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif bagi KPISoft Malaysia dan Asia Pasifik, Anuar Rozhan serta R Raveenderan yang juga pemegang saham terbesar, pada 2010. Selain itu, Ketua Pegawai Kewangan Global dan Ketua Arkitek Pembangunan Aplikasi Global ialah rakyat tempatan dan melaksanakan operasi global dan berpangkalan di Malaysia. Kenyataan itu berkata, KPISoft berkembang menerusi bimbingan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pada 2010, sebelum menempa nama pada peringkat serantau dengan pembukaan ibu pejabat di Asia Pasifik, empat tahun kemudian.

Katanya, aplikasi itu dibangunkan selepas Kementerian Kesihatan memohon bantuan beberapa agensi pada peringkat permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, pada 18 Mac lalu. MKN berkata, ia bagi menilai aplikasi dibangunkan syarikat KPISoft Sdn Bhd secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk dijadikan aplikasi peringkat nasional bagi pengawasan penularan wabak COVID-19. Agensi terbabit ialah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), MKN dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). “Penilaian dilaksanakan NACSA, MKN dan MAMPU mendapati aplikasi ini paling tersedia untuk dilaksanakan pada peringkat nasional, berbanding mana-mana aplikasi ditawarkan kepada kerajaan pada masa berkenaan.

“Ini mengambil kira keperluan mendesak daripada Kementerian Kesihatan. Pembangunan aplikasi ini hasil kerjasama strategik antara MKN, Kementerian Kesihatan, MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya. “KPISoft terus menempa nama pada peringkat global termasuklah di Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Singapura dan India dan kini mempunyai pejabat operasi di 15 negara. “KPISoft antara syarikat tempatan berjaya mengembangkan nama pada peringkat global. Aplikasi dibangunkannya turut digunakan syarikat tersenarai sebagai Fortune 500,” katanya-bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post